BAB 2

Romance Completed 5087

Elza mematikan enjin motornya. Dia memandang rumah Encik Hisyam. Kereta tak ada. Mesti keluarlah ni. Adoiyai… Baik dia telefon dulu Puan Kaisara tadi sebelum datang. Elza menghidupkan enjin motornya. Dia ingat mahu lepak mana-mana warung sementara menunggu Encik Hisyam pulang ke rumah.

***Ktang!!!

Elza tidak jadi meneruskan niatnya. Dia cuba mendengar bunyi bising tadi.

“Mama Sara ada rumah ke?” Tanya Elza sendiri. Mustahillah Mama Sara ada dirumah. Dia takkan pernah tinggal dirumah sendirian.

Elza mematikan enjin motornya semula dan turun menjejak tanah. Dia berjalan menuju ke pintu masuk.

“Assalamualaikum… Ma, ooo Ma!” Elza memberi salam. Dia memandang mangga yang kemas berada di pintu pagar rumah. “Hmmphh? Takkan ada orang pulak?”

Elza berjalan menuju ke pintu belakang. Manalah tau kan Mama Sara ada dibelakang.

“Ma?” Panggil Elza lagi. Dia memusing sekeliling rumah itu namun dia tidak menemui sesiapa pun. “Kucing kot tadi tu.” Ujar Elza sendiri. “Hmmphhh… aku nak pergi mana tadi? Owh, kedai makan.” Ujar Elza.

Dia menghidupkan enjin motornya dan berlalu pergi.

Ismad mengeluh lega. Dia memandang Zuhim dengan pandangan marah.

“Aku dah cakap hati-hati tadi kan? Kalau kantoi tadi macam mana?”

“Alah kita terjah jelah minah tu. Gaya je kasar tapi takkan boleh menang lawan kita berdua kot?”

“Banyaklah cakap kau. Kebas lekas semua barang yang boleh. Aku tak nak lama-lama kat dalam rumah ni.”

Mereka berdua mengambil barang-barang kemas yang terletak didalam almari.

“Cukuplah tu… jom.”

“Aku laparlah. Tak boleh ke kita makan sikit?”

“Banyaklah kau punya makan. Kita keluar dulu dan jual barang-barang ni. Masa tu kau nak tidur ke apa ke lantak kaulah.” Ujar Ismad sambil keluar melalui pintu belakang.

Mereka berdua ingin melarikan diri namun satu kaki hinggap dikepala Zuhim dan kemudiannya Ismad. Mereka berdua pengsan serta-merta.

“Fuhh… terer lagi rupanya aku ni.” Ucap Elza.

Dia sebenarnya mengesyaki ada perompak memasuki rumah itu jadi dia ambil keputusan untuk berpura-pura meninggalkan rumah itu sedangkan pada hakikatnya dia memakir motornya dirumah sebelah sahaja.

“Tali? Kat mana tali ek? Kena ikat ni. Kalau tidak sia-sia je.” Ujar Elza sambil terhinjut-hinjut mecari tali.

Setelah mengikat kedua-dua perompak itu dia menelefon polis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience