BAB 1

Romance Completed 5087

Ditatapnya atas dan bawah, kecil besar kecil besar matanya melihat penampilan manusia yang ada di depannya itu.Puan Illisa menggelengkan kepalanya sebaik sahaja terpandangkan anak nombor tiganya. Seluar jeans, t-shirt lusuh, rambut potong pendek ala-ala Miley Cyrus dan tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Tak fahamlah aku dengan anak-anak aku ni. Yang perempuan macam jantan, yang jantan pulak macam perempuan. Apalah salah aku agaknya? Aku salah makan ubat ke masa mengandungkan diorang ni?” Ujar Puan Illisa.

Shanira Elza memandang ibunya.

“Rileklah Ma. Orang gaya je macam lelaki tapi hati orang ni 100 percent perempuan. Angah pun macam tu jugak. Dia lelaki cuma lembut sikit je.” Ujar Elza sambil mematahkan tangannya supaya nampak lembut seperti abangnya, Shahreza Nazmi.

“Ha’ah… yelah tu. Penatlah aku nak melayan korang ni.”

“Alah Ma. Ma nak risau apa? Kasar-kasar orang ni pun ade je orang kenan, ade je balak. Orang takkan jadi anak dara tua punyalah. Yang pasal cucu untuk Ma je orang tak tau macam mana sebab tu kerja tuhan kan? Kalau dia nak bagi tu dia bagilah. Kalau tak, kita sebagai hamba-Nya kenalah redha.” Jawab Elza dengan selambanya.

“Hish budak ni. Aku ni tak kisah kau tu kawin ke tak. Yang aku kisah mulut orang kat luar tu. Sibuk mengata aku tak pandai jaga anak, tak pandai didik anak. Jantan tak macam jantan, yang perempuan tak macam perempuan.”

“Ma nak risau mulut diorang tu buat apa? Bukan mulut diorang yang bagi Mama makan. Mama patutnya bersyukur sebab anak-anak mama ni semuanya perangai baik-baik, tak buat kerja jahat, tak mencuri, tak merompak, tak merogol… tak macam anak-anak orang lain tu.

Dilahirkan cukup sifat, cukup akal, cukup anggota badan dan cukup sihat tapi mencuri, merompak, merogol… itu tak kira lagi yang jadi mayat hidup dengan menghisap dadah… yang lagi teruk tu ada yang membunuh. Anak-anak Mama ni, bukan nak tinggi diri ke apalah kan, tak buat semua tu Ma. Tengok Along, kasar-kasar dia pun jadi peguam tu… Ada suami kaya, anak tiga, berjaya. Lembut-lembut Angah tu, wanted chef, gaji tinggi sampai boleh beli rumah dengan kereta cash. Siap boleh sponsor Mama dengan Papa pergi haji lagi. El? Tak boleh cakap apalah. Kasar-kasar El ni pun otak geliga, cantik, cun, diminati ramai, ade balak. Ned? Errr… tu tak boleh komenlah sebab tu anak mama paling perfect. Ehehe…”

“Hish budak ni. Ade je benda nak menjawab.”

Elza mencapai topinya. Dia menapak keluar dari rumah besar itu.

“Nak pergi mana pulak tu? Tak reti nak duduk rumah ke? Awak tu lelah pun tak habis lagi nak keluar berjalan pulak!”

“Alah, pergi rumah buah hatilah Ma. Dah berbulan tak jumpa dia. Alang-alang tu melawat bakal pak mentua dan mak mentua. Hihi…” Ujar Elza sambil ketawa nakal.

Puan Illisa menggelengkan kepalanya.

“Kirim salam sekali kat diorang. Kalau datang rumah orang tu jangan datang je. Bawaklah apa-apa sekali. Singgah kedai makan Cik Nik tu beli kuih sikit. Tak pun singgah kedai buah Hanif tu beli buah.”

“Yela, yela…”

“Jangan nak buat perangai kasar sangat. Karang tak memasal je diorang rijek kamu jadi menantu baru tau. Menangis tak berairmata nanti.”

“Taulah Ma. Orang pergi dulu ni. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Puan Illisa menghela nafas panjang. Dia memang tak faham dengan kerenah anak-anaknya. Setiap mereka punya sifat yang perangai yang berbeza tetapi yang paling menyenangkan dia adalah mereka semua tahu menjaga perasaannya. Tidak pernah pula dia dengar anak-anaknya terlibat dengan kegiatan yang tidak sepatutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience