BAB 4

Romance Completed 5087

Halqi mencari-cari kelibat Elza.

“Hello!” Elza melambainya.

Halqi mendapatkan Elza. Dia lihat kaki kanan Elza berbalut.

“Kenapa ni? Accident ke?”

“Panjang ceritanya.”

“Pendekkan.”

“Well…”

“Encik Hisyam Hasbullah?” Seorang pegawai polis memanggil ayah Halqi.

“Saya?”

“Encik tuan punya rumah No.41, Jalan Meranti, Kampung Tawar?”

“Ah, iya. Itu rumah saya. Kenapa ya?”

“Ohhh… rumah encik kena rompak tadi dan err cik ke encik ya?” Pegawai polis itu bertanya kepada Elza. Dia takut silap percaturan kena lagi dia kerana sebelum ini ada kes yang memaksa dia berurusan dengan ‘Mak Nyah’. Dia memanggil ‘Mak Nyah’ itu abang. Terus sahaja dia dimaki.

“Cik.” Jawab Elza.

“Ya, cik ni yang tangkap perompak tu.”

Halqi memandang Elza yang tersengih-sengih.

“Owh…”

“Kami nak tau apa hubungan Cik Elza dengan keluarga Encik Hisyam sebab dia datang ke rumah Encik Hisyam sewaktu keluarga Encik Hisyam tiada dirumah.”

“Dia tunang saya.” Jawab Halqi dengan selamba. Mereka sebenarnya belum bertunang pun cuma Halqi memang akan memperkenalkan Elza sebagai tunangnya kepada semua orang.

Pegawai polis itu tercengang. Tomboi itu tunangan lelaki muda itu? Dia macam tak percaya sahaja.

Elza mengekek ketawa. Dia menekup mulutnya supaya tawanya tidak meledak terlalu kuat. Dia dah agak reaksi seperti itu yang akan keluar. Sesiapa pun akan terkejut kalau dengar perkara itu.

“Err…”

“Serius ni. Dia tunang saya.”

Pegawai polis itu masih kurang percaya. Elza menyeka airmatanya. Dia tidak tahu apa masalah Halqi, Halqi lebih suka memperkenalkannya sebagai tunang daripada teman wanita kepada semua orang.

“Encik, betullah apa yang dia cakap. Saya tunang dia. Pelik sangat ke? Alah encik, kat dunia ni apa je yang mustahil?”

“Ah, yalah.” Jawab pegawai polis itu. Semakin hari semakin pelik dunia ini. Lantaklah, janji diorang bahagia.

“Dia yang lawan perompak tu ke encik?” Tanya Halqi.

“Ah ya. Dia yang lawan. Kami datang tinggal amik je penjenayah tu tapi kaki Cik ni terseliuh sikit. Kami dah panggil doktor rawat dia tadi.”

“Nasib baik terseliuh, kalau patah tadi macam mana?”

“Alah… tak pelah. Jauh dari nyawa pun.”

“Elza!”

“Apa? Dah betul kan?”

“Kenapa tak terus call polis je? Itu kan kerja diorang? Biarlah diorang yang tangkap penjenayah tu.”

“Alah… bukan buat apa pun. I just kick them out je. Tak sangka pulak kaki ni masih berbisa. Satu je kesalahan. Tak stretching sebelum kick. Tu yang terseliuh tu lagipun, kita tak bolehlah nak harapkan polis je. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kita patutnya tolong pihak berkuasa bukannya membebankan mereka. Betul tak encik?”

“Ah, ya. Betul tu.”

“Tapi awak tu perempuan. Sorang pulak tu. Kalau apa-apa jadi tadi macam mana? Nanti polis jugak yang disalahkan dan dituduh tak buat kerja.”

“Betul, betul…”

“Alah… tak apalah. Sekali-sekala jadi rakyat Malaysia yang prihatin.”

Encik Hisyam memandang pegawai polis itu.

“Diorang memang macam ni. Memang selalu bergaduh.”

“Owh…”

“Ada apa-apa yang encik nak tanya lagi ke?”

“Saya nak mintak encik dan keluarga encik camkan barang-barang rompakan sebab mungkin perompak-perompak itu ada masuk ke rumah mangsa lain sebelum mensasarkan rumah encik.”

“Iyalah.”

Encik Hisyam dan Puan Kaisara mengekori polis tadi. Tinggal Halqi dan Elza. Halqi memandang kaki Elza yang berbalut. Risau pula dia dengan perangai Elza.

“Cik, ini air Cik.” Seorang pegawai polis menyerahkan secawan air kopi kepada Elza. Pegawai polis itu nampak tampan dan bergaya.

“Terima kasih Encik. Buat susah-susah je.” Elza menyambut huluran polis muda tersebut. Dia mengenyitkan matanya kepada polis muda itu.

Berangin sahaja Halqi memandangnya.

“Tak susah mana pun. Bukan saya buat air tu. Saya just tekan je dekat mesin air. Lagi satu tak payahlah berencik dengan saya. Panggil saya Farid je.”

“Farid? Saya Elza. Yang ini Halqi.”

Farid menghulurkan tangannya bersalaman dengan Halqi.

“Farid.”

“Halqi.”

“Hebat eh awak ni. Boleh kalahkan dua penjenayah sekaligus.”

“Haha… saya pukul curi. Tu yang boleh kalahkan diorang tu.”

Halqi memandang polis muda itu. Dalam hatinya yang membara itu berkata bahawa janganlah polis itu cuba menggoda kekasihnya yang pelik itu.

“Awak ada belajar martial art ke sebelum ni?”

“Ada… saya amik Karate, Silat dengan Taekwondo. Saya minat sukan extreme.”

“Woo… bahaya ni bahaya.”

Serentak Farid dan Elza ketawa.

“Okaylah. Saya kena gerak dulu.”

“Okay… thanks untuk air saya ni.”

“Welcome.”

Farid melangkah mendapatkan temannya yang sedang menunggunya. Elza memandang Halqi. Wajah jejaka itu nampak masam sahaja.

“Tak ingat betul balak kat sebelah ni.”

“Sorrylah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience