BAB 7

Romance Completed 5087

Halqi rasa pelik. Sejak beberapa hari ini Elza semakin dingin dengannya, semakin jarang berhubung dengannya.

– Sayang… Bie dapat praktikal dekat Kelantan… tak nak ikut mama hantar Bie ke?-

– Tak nak.-

Itu yang dibalas Elza. Biasanya Elza akan balas dengan panjang lebar. Halqi menaip mesej lagi.

– Tak takut rindu dekat Bie nanti ke? Bukan sekejap Bie dekat sana tau.-

– Tak… gambar Bie banyak.-

Halqi rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Elza. Dia ingin berbincang dengan Elza. Bila dia ingin bercakap melalui telefon ada sahaja alasan Elza. Bila diajak berjumpa juga susah.

– Okay… kalau macam tu tak apalah.-

Elza tidak membalasnya.

– Bie rindu sayang…-

Lima bulan menjalani praktikal. Elza semakin jauh dengannya. Elza membalas mesejnya sebulan sekali. Halqi benar-benar terasa Elza semakin meninggalkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience