BAB 11

Romance Completed 5088

Elza mencapai telefonnya. Dia perlu memeriksa E-mailnya selalu.

“Bila dah sampai berada dekat tempat macam ni awak patutnya tahu yang awak patut berhenti fikirkan pasal kerja sementara. Awak patut tahu yang badan awak dah penat dan tak larat nak terus bekerja.” Ujar Halqi sambil masuk ke dalam bilik wad.

“None of your concern.” Jawab Elza. Dia tidak menyangka yang Halqi akan menjenguknya setelah apa yang dilakukan kepada Halqi. Dia ingat Halqi akan berdendam dengannya.

“It concern me kalau ia melibatkan awak.”

“Kenapa pulak?”

“Let see… Kalau saya recall dua tahun yang lepas. Kita memang putus komunikasi tapi hubungan kita tak putus. Saya tak cakap apa-apa pun and awak hilang macam tu aje. So, till now awak masih lagi gf saya. Apa-apa yang jadi pada awak…”

Elza memandang Halqi.

“Saya masih lagi nak ambil tau sebab saya masih sayang awak.” Ujar Halqi. Dalam hatinya hanya ada Elza. Dia menutup pintu hati serapatnya untuk wanita lain.

“Awak patut lupakan saya. Itu sebabnya saya tinggalkan awak.”

“Kenapa saya nak lupakan awak? Kenapa awak nak tinggalkan saya?”

“Sebab kita tak layak bersama. Awak patutnya bersama dengan perempuan yang layak dengan awak.”

Halqi mengeluh.

“Siapa je yang layak dengan saya selain awak?”

“Huh? Err…”

“Sayang, awak terlalu fikir pasal saya tapi pernah tak awak tanya apa yang saya nak, apa yang saya mahukan, apa yang saya perlukan?”

“Hmmphhh…”

“Saya sayang awak. Cuma awak seorang. Sebaik mana orang lain kalau saya tak suka, kalau saya tak nak for sure saya takkan bahagia. Itu ke yang awak nak tengok? Saya menderita bersama orang lain?”

Elza menundukkan wajahnya.

“No… Saya cuma nak tengok awak bahagia je.”

“Saya pernah cakap dulu dan saya ulang sekali lagi… Saya tak kisah perangai awak macam mana, saya tak heran awak pakai macam mana. Saya sayang awak dan perasaan saya ni takkan berubah.”

Elza diam. Dia menangis.

“Sayang…”

“Hmmphh?”

“Saya rasa cukuplah setakat ni je…”

“Huh?” Elza sangka Halqi mahu mereka betul-betul berpisah dengannya.

“Kawin nak?”

Air mata Elza mengalir lagi. Halqi sungguh setia. Dia mengabaikan Halqi, dia meninggalkannya namun Halqi tetap menyintainya.

“Why?”

“Sebab saya cinta awak seadanya.”

Ya, dia sangat menyintai Elza. Dia terima Elza seadanya. Dia tak peduli kata orang lain. Dia tahu siapa Elza. Dia yakin Elza adalah yang terbaik untuknya.

Elza memandang Halqi. Dua tahun berpisah memang menyakitkannya. Dia berubah perlahan-lahan. Dia meninggalkan zaman tomboinya dan berubah menjadi sebenar-benarnya perempuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience