BAB 8

Romance Completed 5087

Elza diam membisu. Halqi diluar mengamuk ingin bertemunya. Ned dan Reza sedaya-upaya memujuk Halqi. Dia bukan tidak mahu bertemu Halqi. Dia mahu sangat bertemu dengan Halqi tetapi dia takut. Dia takut bila dia nampak Halqi dia rasa sayang ingin berpisah dengan Halqi. Selama lima bulan mereka tidak berjumpa dia sudah nekad ingin terus meninggalkan Halqi. Dia mahu Halqi bersama dengan wanita yang lebik baik darinya.

“Elza! Tolonglah keluar. Kalau saya salah tolonglah beritahu apa salah saya. Saya boleh betulkan.” Rayu Halqi.

“Abang… jangan macam ni. Malu kami dengan jiran-jiran.” Pujuk Ned.

“Yeah… jangan macam ni.”

“Elza…”

“Biar kami yang pujuk. Biar kami yang tanya apa sebenarnya yang jadi.”

Halqi diam. Dia benar-benar rindukan Elza. Elza yang kasar, Elza yang sentiasa menyenangkan hatinya, Elza yang lain dari wanita-wanita yang pernah dikenalnya.

“Baik… kalau ada apa-apa boleh call?”

“Yeah…”

Elza tidak terdengar lagi suara Halqi. Mungkin Halqi sudah pulang. Dia dengar pintu biliknya diketuk.

“Alang… Ni Ned dengan Angah.”

Elza bangun dan membuka pintu dengan lemah. Dia kembali duduk diatas katilnya sambil memeluk patung beruang yang dihadiahkan Halqi kepadanya. Wajahnya nampak suram.

“Apa yang dah jadi sebenarnya?” Tanya Ned berpeluk tubuh memandang kakaknya yang seorang itu.

“Yelah… kenapa sampai jadi macam ni? Selama ni Alang dengan Halqi baik je kan?”

“Alang tak cukup bagus untuk Halqi. Alang kena lepaskan Halqi. Halqi deserve someone better bukan perempuan yang macam Alang ni.”

“Alang sendiri nampak kan? Halqi tak nak dilepas. Dia nak Alang jugak. Dia tak kisah pun Alang tak cukup bagus untuk dia.”

“Tapi Alang kisah! Alang kisah. Alang sayangkan dia. Sebab sayanglah Alang kena lepaskan. Dia tak boleh hidup dengan perempuan macam Alang. Alang tak sempurna macam dia. Lelaki yang sempurna adalah untuk perempuan yang sempurna.”

Ned memandang Elza. Kakaknya dalam tak sedar dah banyak berubah. Dulu kakaknya itu sangat tidak suka berambut panjang. Kini rambutnya sudah panjang separas bahu. Kakaknya juga kini banyak menyimpan baju kurung dan baju-baju yang lebih feminin.

“Angah…”

“Apa?”

“Jom keluar kejap. Kita biarkan Kak Lang tenangkan fikiran dia dulu.” Ujar Ned sambil menarik Reza keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience