BAB 3

Romance Completed 5087

Halqi tersenyum sendiri. Dia sebenarnya tidak sabar ingin bertemu dengan kekasih hatinya. Rasanya hampir 6 bulan juga mereka berdua tidak bertemu gara-gara mereka terlalu sibuk.

Selain sibuk dengan pelajaran, mereka juga sibuk dengan aktiviti kelab masing-masing. Halqi dengan aktiviti kelab kembaranya dan Elza pula sibuk dengan kelab sukan lasaknya.

Halqi memandang telefonnya. Dia tersenyum sendiri. Nama ‘Honey’ tertera.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam. Bie, kat mana ek?”

“Kenapa tanya? Jangan cakap yang awak dah terpacak depan rumah saya ek?” Ujar Halqi. Dia tahu perangai Elza. Pantang dapat motor, berjalan sahajalah kerjanya.

“Well… haha… memang pun.”

“Rindunya dia…” Usik Halqi.

Puan Kaisara hanya tersenyum sendiri. Dia faham anak terunanya itu sedang hangat bercinta. Hatinya lega juga apabila mendapat tahu yang anak terunanya itu mempunyai kekasih dan juga seorang yang normal. Dia tidak kisah sangat mengenai Elza kerana dia sukakan Elza. Disebalik kekasaran Elza, tersimpan kemas sifat-sifat kewanitaannya.

“Memang tapi Bie, saya ada masalah sikitlah.”

“Huh? Masalah apa?”

“Boleh tak datang balai polis yang dekat dengan rumah Bie? Datang ek?”

“Ni buat masalah apa pulak ni?”

“Alah… datang jelah.”

“Yelah, yelah… tunggu, jangan pergi mana-mana. Tunggu kami sampai.”

“Iyelah. Tak pergi mana-mana. Kalau nak gerak pun dah tak dapat dah. Assalamulaikum.”

“Waalaikumsalam.”

“Kenapa Hal?”

“El mintak datang balai polis dekat dengan rumah kita.”

“Kenapa?”

“Tak tahulah Ma. Takkanlah El buat hal pulak?”

“Hmmphhh… Tak apalah. Kita pergi tengok dulu. Dah sampai nanti taulah apa yang jadi.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience