BAB 6

Romance Completed 5088

Elza menemani Halqi ke majlis pertemuan semula rakan-rakan sekolahnya. Elza memandang Halqi. Dia selalu memikirkan tentang apa yang difikirkan Halqi. Halqi benar-benar tidak kisah langsungkah mengenai penampilannya?

“Bie…” Panggil Elza. Waktu itu Halqi baru sahaja ingin membuka pintu kereta.

Halqi memandang Elza. Dia tidak jadi keluar.

“Ya?”

“Tanya sikit boleh tak?”

“Apa?”

“Bie tak malu ke nak kenalkan sayang dekat kawan-kawan Bie?”

“Kenapa nak malu pulak?”

“Yelah dengan sayang macam ni. Bie tak kisah kalau kawan-kawab Bie mengata Bie?”

“Let see… buat apa nak kisah apa yang diorang kata sebab yang sayang sayang adalah Bie, yang nak hidup dengan sayang adalah Bie bukannya diorang. Bie terima sayang seadanya. Lagipun sayang ni perempuan ori bukannya lelaki celup.”

“Tapi sayang…”

“Sayang sudahlah tu. Bie tak nak dengar apa-apa lagi. Bie tak suka sayang stress pasal ni. Bie tau nanti sayang susah nak sesuaikan diri kat dalam tu. Tak apa, Sayang ikut je Bie. Bie takkan paksa sayang beramah mesra dengan kawan-kawan perempuan Bie.”

“Okay…”

Elza mengikut Halqi masuk ke dalam dewan. Agak ramai juga yang hadir. Masing-masing datang dengan pasangan masing-masing.

“Halqi…” Tegur seorang perempuan.

“Isha. Kau nampak cantik.”

“Terima kasih. Kau nampak handsome. Kau bawak siapa?”

“Kenalkan. El ni Isha and Isha, ini Elza.”

“Apa khabar?” Elza menyapa Isha dengan sopan.

“Baik ja. So, kau single-lah ni. Aku bajet kau heret makwe kau sekali. Kawan-kawan kita yang lain semua banyak pasangan diorang.”

“Kau jangan silap. Aku memang bawak pasangan aku. Elza ni gf aku.”

“Huh?!”

“Aku tau kau terkejut, kau tak percaya but ini kenyataan. Kekasih aku adalah seorang tomboy.”

Elza rasa mukanya panas menahan malu. Dia rasa semakin lama dia semakin sensitif orangnya.

“Aku nak join yang lainlah. Jom sayang.”

“Ya…”

Isha tergamam. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Itu gossip yang hangat. Dia pasti Syafina patah hati mendengar gossip itu. Elza menemani Halqi berbual dengan teman-temannya.

“Bie, sayang amik air kejap.” Bisik Elza kepada Halqi.

“Okay…”

Elza mencapai gelas yang tersedia. Syafina yang dari tadi memerhatikan mendapatkan Elza. Dia berpeluk tubuh memandang Elza.

“Aku dengar kau gf Halqi, betul ke?”

“Ya…”

Syafina itu memandang Elza atas kebawah. Wajahnya nampak seperti seorang yang tidak puas hati.

“Kau sedar tak diri kau kat mana sebenarnya?”

“Kenapa?”

“Kau sebenarnya tak layak bersama Halqi. Halqi sebenarnya tak ada citarasa teruk macam ni sekali.”

“Maksud kau?”

“Taste Halqi macam tu.” Syafina menunjuk seorang perempuan yang sedang berbual dengan teman-temannya. Perempuan itu nampak anggun dan menarik.

“Macam tu. Nak tau kenapa aku tau? Sebab itulah bekas kekasih Halqi. Nama dia Shana. Cuba kau bezakan kau dengan dia. Macam langit dengan bumi.”

“Tapi Halqi yang nak dekat aku. Bukannya aku yang terhegeh-hegeh nak kat dia.”

“Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Lagipun kau pernah dengar ungkapan ni… setiap manusia telah ditakdirkan bertemu jodoh yang sesuai dengannya. Pencuri dengan pencuri, yang baik dengan yang baik, yang jahat dengan yang jahat. Halqi tu adalah lelaki yang sempurna jadi dia seharusnya dapat wanita yang sempurna. Bukannya perempuan tak siap macam kau ni. Kau kena sedar diri sikit.”

Elza senyap. Syafina tersenyum sendiri. Dia tahu racunnya telah diserap Elza. Dia meninggalkan Elza. Dia tahu Elza akan perlahan-lahan meninggalkan Halqi. Dia hanya perlu tunggu masa itu tiba. Bila sampai masanya dia akan cuba menarik Halqi ke genggamannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience