BAB 9

Romance Completed 5087

Halqi menghilang begitu sahaja. Elza pula sudah semakin kuat untuk menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia menyibukkan dirinya agar dia terus melupakan Halqi.

“Cik Elza!” Panggil Julia sebaik sahaja ternampak Elza.

“Ya?”

“Datuk minta Cik masuk pejabat dia.”

“Sekarang ke?”

“Yeah…”

“Okay…” Jawab Elza. Dia masuk ke biliknya dan kemudian terus berjalan menuju ke bilik Datuk Mustafa.

Dia mengetuk pintu bilik Datuk Mustafa sebelum masuk.

“Datuk…”

“Ya… duduklah dulu.”

Elza memandang lelaki yang memandangnya. Dia sangat terkejut melihat lelaki itu. Tiga tahun tidak berjumpa, lelaki itu nampak sangat lain.

“Elza?”

“Maaf.” Ucap Elza sambil duduk disebelah lelaki itu.

“Lama tak jumpa…” Ucap Halqi.

“Uhh… Ya.”

“Kamu berdua kenal ke?”

“Ya… Kami pernah…”

“Kami pernah senegeri. Sebelum saya pindah negri lain.” Jawab Elza pantas.

“Owh… apa-apa pun saya nak kenalkan. Ini pengurus kewangan kita yang baru.”

“Huh?!” Elza agak terkejut mendengarnya. Halqi pengurus kewangan mereka yang baru? Maknanya nanti dia terpaksa menghadap muka Halqi setiap hari? Oh tidak.

“Tak sangka kan?”

“Uhh… hum…”

“Boleh awak bawa Halqi melawat syarikat? Kenalkan pada pekerja-pekerja lain.”

“Baiklah…”

Elza membawa Halqi melawat syarikat. Memang sudah diduga, Halqi memang jadi bahan perhatian wanita-wanita bujang syarikat itu. Serabut kepalanya memikirkan hal Halqi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience