BAB 11

Romance Completed 3430

“Masya-Allah Hawa Naurah ! Kenapa cakap macam tu? Kalau Adam Rizqin dengar macam mana?”

Kali ini suara ibunya sudah meninggi.

“Hawa Naurah tak suka dia ibu. Hawa Naurah sedang paksa diri Hawa Naurah terima dia.”

“Kamu memang tak pandai hendak bersyukur. Kalau kamu hendak tahu, ibu yang beriya-iya hendak jodohkan kamu dengan Adam Rizqin. Hati ibu ni sejuk sangat kali pertama ibu jumpa dia. Ibu pujuk Mak Jah. Ibu gembira sangat bila Adam Rizqin setuju. Kamu pula buat macam ni. Kamu nak ibu mati ke, Hawa Naurah ?”

“Kenapa ibu buat macam tu? Ibu buat Hawa Naurah malu. Patutlah Hawa Naurah rasa macam Hawa Naurah yang terhegeh-hegeh. Tapi Adam Rizqin sikit pun tak suka Hawa Naurah. Hawa Naurah ni macam pungguk yang merindukan bulan yang jauh, ibu!”

“Ibu tak pernah ajar Hawa Naurah kurang ajar macam ini. Bila Adam Rizqin balik nanti, ibu nak Hawa Naurah minta maaf.”

Hawa Naurah memejamkan matanya. Semua orang menyebelahi Adam Rizqin itu. Apa-apa sekalipun Adam Rizqin betul dan dia yang salah.

Memang kamu yang salah, Hawa Naurah. Kamu yang tak hormat suami kamu!

“Siapa pula yang datang malam-malam macam ni?”cetus ayah yang sejak tadi hanya menjadi pemerhati pada perbahasan hebat antara ibu dan anak.

“Biar Hawa Naurah pergi lihat,”ujar Hawa Naurah. Telinganya juga sakit mendengar bunyi loceng bertalu-talu menyapa telinga.

“Perempuan tadi. Apa lagi dia nak?”tanya Hawa Naurah sendiri. Namun dia tetap menghampiri pagar rumahnya.

“Cari siapa?”

“Han, ada?”tanya perempuan itu semula. Enggan menjawab pertanyaanya.

Han? Dia panggil Adam Rizqin dengan panggilan Han? Ooo.. Kalau dia yang hendak memanggil Adam Rizqin tidak boleh. Tapi kalau perempuan ini boleh pula. Memang pilih kasih betul Adam Rizqin itu.

“Adam keluar. Kenapa cari dia?”

“Awak ni isteri Han?”

“Memang saya isteri dia. Kenapa awak cari suami saya?”

“Baguslah kalau macam tu. Tolong serahkan telefon bimbit ni pada dia. Dia tertinggal di surau. Kawan saya yang serahkan telefon ni pada saya tadi. Saya lupa nak beri pada Han.”

Bukan main berbelit-belit lagi cerita perempuan tersebut. Sulit untuk dipercayai. Telefon sudah beralih tangan. Sengaja dia menekan butang on untuk memerika telefon bimbit Adam Rizqin.

“Jangan risau, saya tak baca mesej dalam telefon bimbit ni.”

Seakan mengerti apa yang bergolak di hati, perempuan tersebut memberi penjelasan.

“By the way Hawa Naurah, Han nampak macam tak sihat hari ni. Tadi dia terkena hujan sewaktu menjadi pengadil bola sepak. Dia tak larat sangat nak drive. Itu yang saya bawa dia balik tadi. Saya nak hantar dia ke klinik terus, tapi dia tak mahu. Dia mahu puan Hawa Naurah juga yang hantar. Sayang sangat Han pada puan. Saya pun cemburu.”

“Dia tak sayang saya pun. Dia sayang awak,"keluh Hawa Naurah tiba-tiba. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia berkata begitu.”Sayang saya? Hawa Naurah silap ni. Dia sayangkan puan. Sayang sangat sampai dia tolak cinta saya. Saya mengalah, sebab saya memang jauh kalah kalau hendak dibandingkan dengan puan.” Hawa Naurah sudah gelap mata mendengar kata-kata perempuan tersebut. Langkahnya gontai saja menuju ke pintu rumah setelah perempuan tersebut meminta diri. Sebaik saja dia tiba di depan pintu, terdengar pagar automatik rumahnya dibuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience