BAB 6

Romance Completed 3430

Hawa Naurah sudah membesarkan sepasang matanya. Sulit untuk percaya Adam Rizqin menerima cadangannya tanpa banyak soal.

Alah.. Penyabar sangat si Adam ni. Nampaknya susahlah hendak buat dia marah.

“Pergilah cepat ambil wudhuk. Tak elok kalau kita lengah-lengahkan solat.”

Itu dia, khutbah pertama Adam Rizqin setelah bergelar suaminya. Dan dia perlu menelan bulat-bulat segala khutbah Adam Rizqin dengan tenangnya.

“HAWA NAURAH, bangun. Sudah subuh. Kita solat jemaah sama-sama."

Lembutnya suara Adam Rizqin menyentuh pendengarannya. Namun entah kenapa matanya sulit untuk dibuka. Matanya hanya berjaya lelap seawal jam empat pagi. Selebihnya dia menjadi pak jaga. Hatinya bimbang bukan main andai Adam Rizqin menuntut tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Mujurlah lelaki itu tidak memaksanya langsung. Kata-kata Adam Rizqin malam tadi sesungguhnya sedikit menyentuh relung hati.

Sedikit saja? Biar betul si Hawa Naurah ini. Berdosa tahu kamu mengabaikan suami kamu. Hawa Naurah tak abaikan dia. Si Adam sendiri yang setuju. Si Adam tu kata dia faham kalau Hawa Naurah tak rela dengan perkahwinan ini. Jadi dia bilang dia akan sabar menunggu. Mulianya hati suami kamu, Hawa Naurah. Kamu bertuah!

Bertuah? Bukan malang ke? Selepas ini hari-hari Hawa Naurah akan dengar khutbah Encik Adam Rizqin ini.

Wahai Hawa Naurah, jangan jual mahal sangat. Nanti kamu sendiri yang menyesal bila Adam Rizqin dipikat perempuan lain.

Biarlah. Hawa Naurah lagi suka. Cepat sikit si Adam ni lepaskan Hawa Naurah.

Astagafirullahulazim.... Kejamnya kamu Hawa Naurah.

“Awak solatlah dulu. Nanti sayafollow dari belakang,”balas Hawa Naurah dengan malasnya.

“Hawa Naurah !”

Suara lembut Adam Rizqin sudah berubah garau dan tegas. Serta-merta Hawa Naurah membuka mata. Dia terpisat-pisat mencari-cari kelibat Adam Rizqin. Wah! Garangnya muka Adam Rizqin waktu ini. Sangat menakutkan hingga Hawa Naurah membisu seribu bahasa.

“Hawa Naurah tahu apa hukumannya bila melengah-lengahkan solat?”soal Adam Rizqin. Wajahnya sangat serius.

“Tak tahu.”

Adam Rizqin sudah memicit dahinya. Kemudian menghela nafas panjang.”Hawa Naurah, ada satu kisah beberapa tahun dahulu berlaku di Mekah. Kisah benar. Saya harap Hawa Naurah jadikan iktibar.”

Hawa Naurah meneguk liur.

Kuliah subuh Encik Adam Rizqin akan bermula sebentar lagi. Hawa Naurah, sila tumpukan perhatian anda.

“Dahulu ada seorang perempuan berumur 40an meninggal dunia. Maka mayat perempuan itupun di usung ke tanah perkuburan. Apabila sampai saja di tanah perkuburan, sudah siap menunggu seekor ular berwarna hitam sebesar paha dan bersisik tebal di dalam liang lahad. Keadaan ular itu sangat menggerunkan. Semua jemaah pun terperanjat. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk ke tanah perkuburan yang lain.”

Hawa Naurah meneguk liurnya. Adam Rizqin ini sedang cuba menakutkannya kah? Tapi tidak mungkin. Adam Rizqin ini tinggi ilmu agamanya. Takkanlah dia tergamak berbohong.

“Mereka yang bawa mayat perempuan itu pun segera beredar menuju ke tanah perkuburan Sara’ya. Jaraknya lebih kurang setengah jam dari tanah perkuburan yang pertama. Malangnya di sana juga sudah menanti ular yang sama. Melingkar memenuhi liang lahad. Seolah-olah sedang menunggu masa untuk membaham mangsanya,” lanjut Adam Rizqin. Sempat dia mengerling isterinya yang khusyuk mendengarkan ceritanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience