BAB 5

Romance Completed 3430

Sangka Hawa Naurah segalanya berakhir di situ. Tetapi dia silap. Kepulangannya ke rumah pada suatu petang selepas habis bekerja benar-benar mengejutkan. Rumahnya dipenuhi dengan deretan kereta yang bernombor pendaftaran negeri Perak.

Lebih mengejutkan Mak Jah yang datang bertandang bersama dengan kakaknya. Katanya membawa hajat besar. Belum sempat dia meminta diri, ibunya sudah menyuruhnya duduk.

Bagai hendak pengsan bila diberitahu si Adam Rizqin itu melamarnya. Ya Allah! Dia sedang bermimpi, kan?

Dan selepas itu, meski sejuta kali dia menolak, dua juta kali keluarganya memujuk supaya menerima lamaran keluarga Adam Rizqin. Hingga pada akhirnya dia terpaksa menerima. Dia terpaksa berkata ya setelah ibunya jatuh pengsan saat memujuknya menerima lamaran Adam Rizqin.

Hawa Naurah mengeluh kuat. Kenangan tiga bulan lalu perlahan-lahan menghindar. Kata-kata Miera juga terngiang-ngiang. Entah-entah doa Miera dimakbulkan tak?

Jantung Hawa Naurah hampir luruh bergolek-golek bila pintu bilik dibuka dari luar. Muncul Adam Rizqin di situ. Masih lagi lengkap berbaju melayu warna putih gading. Lelaki itu tanpa banyak bicara mengambil tempat di sisinya. Lekas-lekas Hawa Naurah bingkas berdiri.

“Awak buat apa ni?”tanya Hawa Naurah bila Adam Rizqin dengan selambanya mengambil tempat di sebelahnya.

“Untuk awak,”balas Adam Rizqin. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum hangat.

Hati Hawa Naurah sempat cair melihat senyuman si Adam itu. Namun dikentalkan semangatnya.

Duhai hati, kamu sudah lupa ya segala kutukan si Adam itu? Kamu lupa dia telah menyindir dengan kata-kata dahsyat hanya sebab Hawa Naurah tidak tutup aurat? Kalau sudah ingat, bagus! Kawal sikit perasaan, jangan cepat sangat jatuh suka pada si Adam ni. Bahaya! Misi kita sekarang buat Adam Rizqin bosan dan akhirnya melafazkan kata cerai. Ingat tu!

“Apa ni?”

“Bukalah. Hadiah kahwin kita. Hadiah pertama saya untuk Hawa Naurah.”

Sedikit teragak-agak Hawa Naurah menyambut huluran hadiah Adam Rizqin. Renungannya silih berganti antara Adam Rizqin dan kotak sederhana besar tersebut. Namun jauh direlung hati, sebenarnya dia sangat takut andai Adam Rizqin menuntut tanggungjawabnya sebagai isteri. Sumpah, dia pasti lari dari rumah kalau Adam Rizqin sampai memaksanya.

“Bukalah.”

“Nantilah.”

“Bukalah sekarang.”

Hawa Naurah mengeluh keras. Namun jari tangannya sudah bergerak membuka balutan hadiah berwarna merah hati itu. Ada kad kecil yang tertulis, untuk isteriku yang tersayang.

Hanya dengan membaca bait-bait kata tersebut sudah membuat Hawa Naurah hampir termuntah lembik. Geli-geleman dengan ayat-ayat sebegitu.

“Kain sembahyang?”aju Hawa Naurah setengah tidak percaya. Berkerut-kerut dahinya. Apa pula motif si Adam ni?

“Kita solat sama-sama. Pergilah ambil wuduk. Abang tunggu.”

Sekujur tubuh Hawa Naurah mengeras bila Adam Rizqin mula membahasakan dirinya sebagai ‘abang’. Dia tidak rela!

“Jangan guna perkataan abang, boleh tak?”

“Kenapa?”

“Saya tak selesa.”

“Baiklah. Saya tak guna kata ganti diri abang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience