BAB 4

Romance Completed 3430

“Duduklah dulu makan roti canai. Mak Jah pun nak kenalkan anak saudara Mak Jah dengan Hawa Naurah.”

“Lain kali ya, Mak Jah. Sekejap lagi Hawa Naurah nak keluar dengan ibu,”bohong Hawa Naurah lantas terus melangkah keluar.

MALAMNYA Mak Jah bertandang ke rumah sambil membawa lelaki cakap lepas tersebut. Sumpah, dia langsung tidak turun menyapa Mak Jah seperti kebiasaannya. Hawa Naurah bilang pada ibunya dia sakit perut. Sesungguhnya dia tidak ingin bertamu mata dengan lelaki itu lagi. Cukuplah sekali dia disindir.

Adik bongsunya, Miera bukan main lagi memuji anak saudara Mak Jah. Miera yang mengorek segala macam maklumat tentang anak saudara Mak Jah itu.

“Kacaknya anak saudara Mak Jah tu, kak. Miera rasa, Nicholas Saputra pun kalah.”

“Nicholas Saputra hero kesayangan Miera pun boleh kalah?”tanya Hawa Naurah semula. Otaknya ligat bekerja keras mengingati raut wajah lelaki cakap lepas tersebut.

“Betul kak! Masa dia pandang Miera tadi, Miera rasa jantung Miera macam hendak gugur. Nafas Miera bagaikan terhenti. Kakak memang rugi besar tak turun jumpa anak saudara Mak Jah tadi.”

“Rugi?”

Hawa Naurah ketawa kecil. Rugilah sangat!

“Mestilah. Miera jamin kakak pun boleh jatuh cinta bila lihat muka dia tadi. Miera ingat nak pikat dia, tapi dia langsung tak pandang Miera. Mungkin sebab dia tahu Miera belajar lagi kot.”

Hawa Naurah sudah mengerutkan dahi. Isi perutnya bagaikan mahu tersembur keluar mendengar kata-kata Miera.

“Bestnya kalau umur Miera macam kakak. Miera boleh pikat abang Adam Rizqin tu.”

“Adam Rizqin ? Siapa tu?” tanya Hawa Naurah. Keningnya sudah terangkat sedikit.”Nama anak saudara Mak Jah tu Adam Rizqin. Itulah kakak, menyorok sangat dalam bilik ni. Sampai nama anak saudara Mak Jah yang kacak itu pun kakak tak tahu.”

Tidak semena-mena Hawa Naurah ketawa besar. Lucu benar pada pendengaran telinganya. Muka nampak garang, tapi nama macam perempuan. Macam orang tua pun ada.

“Kakak gelak-gelak ni kenapa? Miera suka dengan nama Adam Rizqin tu. Kakak jangan pandang rendah dengan dia, dia itu lulusan universiti Al-Azhar, Kaherah. Kakak jangan macam-macam. Sekali dia khutbah kakak, padan dengan muka kakak.”

Hawa Naurah peduli apa kalau dia lulusan Universiti Al-Azhar. Hawa Naurah pun lulusan universiti juga. Universiti Putra Malaysia. Bezanya Hawa Naurah menuntut di dalam negeri dan dia diluar negara. Itu saja.

“Kakak dengar tak ni?”desak Miera dengan penuh semangat. Nampaknya cerita tentang Adam Rizqin telah membakar semangat Miera yang berkobar-kobar.

“Betul ke ni Miera suka dengan nama Adam Rizqin ?”tanya Hawa Naurah, sekadar berbasa-basi.

“Betul! Dulu memang Miera tak suka dengan nama-nama yang macam orang tua ni. Tapi sekarang lain. Abang Adam sudah buka mata Miera.”

“Abang Abu?”ulang Hawa Naurah lantas kembali menyambung tawanya semula. Miera sedang buat lawak antarabangsa!

“Kakak ni pun!”bentak Miera lantas membaling bantal ke arah Hawa Naurah yang masih ketawa lucu. Dengan wajah masam Miera sudah meninggalkan kakaknya.

“Miera doa kakak dapat jodoh dengan lelaki yang nama macam orang tua. Tak pun kalau susah-susah sangat Miera doakan jodoh kakak dengan abang Abu!”

“Miera!”bantah Hawa Naurah. Tapi Miera sudah menutup pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience