BAB 2

Romance Completed 3453

“Lando sayang, mari sini. Jangan masuk rumah Mak Jah. Nanti Mak Jah marah,” pujuk Hawa Naurah dengan lemah lembutnya.

“Nya~.. Ching ching ching ching ching~,” pujuk Hawa Naurah terus. Kebiasaannya Orlando sudah berlari ke arahnya kalau dipanggil begitu. Cuma hari ini keadaan agak aneh sedikit. Orlando sekadar menegakkan ekor. Sekilas Orlando menoleh ke arah Hawa Naurah sebelum melangkah dengan selambanya memasuki rumah Mak Jah.

“Cis! Memang nak kena masak gulai lemak si Lando ni. Siaplah dia,” gerutu Hawa Naurah. Tanpa banyak bicara lagi dia ikut membuka pagar rumah Mak Jah sambil terhendap-hendap di sebalik pokok-pokok bunga di sana.

“Nya~.. Ching ching ching ching ching~,” panggil Hawa Naurah. Saat Orlando berhenti memberi perhatian padanya, terus dia menerkam Orlando yang nakal itu.

Sayangnya Orlando terlalu tangkas untuk ditangkap. Tanpa ampun lagi, Orlando terus memasuki rumah Mak Jah. Orlando sudah membuat rumah Mak Jah bagaikan rumahnya sendiri. Melampau betul si Orlando itu, kan?

Hawa Naurah menghela nafas berat. Mencuba menenangkan hatinya yang panas dek kerana telatah si Orlando pagi ini. Dengan berhati-hati dia memasuki rumah Mak Jah. Matanya mengekori langkah kaki Orlando memasuki ruang dapur.

“Hawa Naurah tumpang masuk rumah, Mak Jah,”bisik Hawa Naurah sendiri. Sekali lagi dia terhendap-hendap disebalik mesin basuh Sambung Mak Jah. Takut pergerakannya dapat di kesan oleh si Orlando yang licik lagi tangkas itu.

Bukan main lagi gelagat Orlando. Bagaikan boss besar. Selamba saja si Orlando menjatuhkan tubuhnya yang gemuk ala-ala Garfield itu di depan pintu bilik air. Kemudian menjilat-jilat bulunya dengan penuh asyik. Langsung tidak peduli pada hati Hawa Naurah yang mulai hangat membahang.

“Jaga kau, Lando,”gerutunya seraya berlari untuk menerkam Orlando.

“Dapat pun! Mana Lando nak lari lagi ha?”ujar Hawa Naurah dengan gembiranya.

Bibirnya melebar senyum. Namun senyumannya hilang saat matanya bertembung dengan renungan tajam seorang lelaki yang belum pernah dilihatnya sebelum ini. Lelaki itu baru saja keluar dari bilik air. Tercegat dengan sorotan bagaikan helang lapar melihat gelagatnya bersama Orlando.

Wajah serius lelaki itu membuat Hawa Naurah serba salah sendiri.

“Minta maaf. Tadi sa..”

“Awak ni siapa?”soal lelaki itu. Lagak seorang detektif pula. Tidak memberi peluang pada Hawa Naurah untuk menjelaskan perkara sebenar.

Bulat mata Hawa Naurah memandang lelaki itu.

“Saya tanya, awak ni siapa?”ulang lelaki itu, lebih tegas daripada sebelumnya.

“Saya Hawa Naurah.”

“Hawa Naurah ya? Okay, awak buat apa dekat sini?”

“Saya ambil ni,”balas Hawa Naurah sambil mengangkat tubuh Orlando. Namun Orlando memang sangat nakal hari ini. Orlando sudah meronta kuat lalu melompat ke arah lelaki yang tidak dikenali itu.

“Apa awak buat ni?!”jerit lelaki itu lagi bila tidak sempat mengelak. Orlando sudah melekat kukuh pada dada lelaki tersebut. Sepuluh kuku tangan Orlando yang tajam bagaikan belati itu sudah pun berpaut kemas. Mesti sakit!

Hawa Naurah melopong. Sempat dia melirik ke arah Orlando yang berwajah bengis. Orlando ni tunjuk perasaan bagi pihak Hawa Naurah ke?

“Maaf. Lando tak sengaja. Jangan pukul Lando,”luah Hawa Naurah. Dalam hati dia sudah ketawa berdekah-dekah. Nasib baik Orlando kuicng. Kalau tidak, mahu juga Hawa Naurah berhigh five dengan Orlando.

Good job Orlando. Good job! Nanti Hawa Naurah belanja Whiskas!

Lelaki itu menyeringai kesakitan. Tanpa sebarang perlakuan ganas, tubuh gempal Orlando diangkat lalu diletakkan di atas lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience