BAB 8

Romance Completed 3453

“Hawa Naurah,”panggil Adam Rizqin sekali lagi.

“Apa lagi?”tanya Hawa Naurah. Namun saat dia berpaling, Adam Rizqin sudah berdiri betul-betul di hadapannya. Kerana terlalu terkejut dia melakukan aksi lompat kijang.

Gelagatnya membuat Adam Rizqin ketawa lucu.

“Hawa Naurah ni suka buat abang ketawa la.”

Abang lagi. Dia tidak suka bila Adam Rizqin menggunakan kata ganti abang. Macam mesra betul padahal mereka berdua langsung tidak mesra. Rasa cinta dalam hatinya tidak pernah wujud. Yang ada hanyalah rasa geram kerana ditempelak setelah memasuki rumah Mak Jah. Padahal dia hanya mahu mengambil si Orlando.

“Maaf, sepatutnya saya. Bukan abang,”tambah Adam Rizqin. Masih juga kelihatan tenang. Masih juga sabar melayani kerenah Hawa Naurah yang aneh-aneh.

Jujur, hatinya terbersit indah dengan sikap Adam Rizqin. Penyabar, tenang, dan punya senyuman yang manis. Patutlah Suraya bilang hatinya cair bila suaminya itu tersenyum. Patutlah Miera bilang Nicholas Saputra pun kalah dengan Adam Rizqin. Sebenarnya bila diamati dengan mendalam, Adam Rizqin agak kacak juga.

Pembetulan ya Puan Hawa Naurah. Bukan agak, tapi memang Adam Rizqin kacak!”Hawa Naurah,”panggil Adam Rizqin terus.

Aduh.. Kalau berterusan dipanggil dengan lembut begini, hatinya pun boleh cair seperti Suraya dan Miera. Susahlah kalau begini!

“Ya, Adam Rizqin. Ada apa-apa saya boleh tolong?”

“Begini Hawa Naurah yang rupawan, saya ada hadiah lagi untuk kamu. Hadiah kedua daripada saya.”

Hawa Naurah meneguk liurnya. Makin lama hatinya makin luluh. Makin lama hatinya makin dibuai satu perasaan indah.

Adam Rizqin menyebut ‘rupawan’. Hatinya sangat bangga. Kembang kembis hidungnya menerima pujian Adam Rizqin. Kalau Adam Rizqin tidak ikhlas pun dia tidak kisah. Yang penting Adam Rizqin sudah pun menyebut keluar perkataan rupawan.

“Apa pula kali ni?”

“Hawa Naurah bukalah. Saya harap Hawa Naurah suka.”

Sebaik saja dia selesai membuka hadiah tersebut, dia terkesima. Lidahnya kelu. Dia sudah pun menggigit bibirnya kuat-kuat.

Adam Rizqin ini pun! Dia beri tudung? Tudung?

“Hawa Naurah hendak buat apa dengan tudung ni?”

“Tutup aurat, Hawa Naurah. Saya tak sanggup rambut Hawa Naurah yang cantik dan hitam jadi tatapan mata-mata liar lelaki diluar sana. Saya nak rambut Hawa Naurah selalu terpelihara. Selalu suci dan berada pada darjahnya yang tersendiri.”

Macam mana ni? Wajah Adam Rizqin sudah berharap benar dia mengenakan tudung tersebut. Kalau dia ingkar, dosa namanya.

Tahu pun dosa. Jadi puan Hawa Naurah yang bijaksana, pakailah tudung tu.

Hawa Naurah mengeluh berat. Tudung yang berada di tangannya sudah diambil lalu dia menghayun langkah gontai menuju ke cermin soleknya.

JAUH sekali Hawa Naurah melamun hari ini. Seharian dia dipejabat melayan perasaan. Mana tidaknya, berita dia memakai tudung jadi berita terhangat dipejabatnya hari ini. Ada pekerja dari tingkat bawah sengaja naik ke tingkat tiga semata-mata mahu melihat perubahan dirinya. Geram betul!

“Macam tak pernah tengok perempuan bertudung,”gerutu Hawa Naurah seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience