BAB 5

True Story Series 2085

Setelah 8 jam perjalanan. Mereka sudah pun tiba di kota Madinah. Subhanallah. Fasya tergamam melihat kota Madinah. MashaAllah, cantiknya. Terima kasih Ya Allah bagi aku jejak ke tempat ini, ucap hati Fasya keriangan.
Sebelum bergerak ke hotel yang bakal mereka menginapi untuk 4 hari 3 malam, mereka solat Asar terlebih dahulu di airport Madinah. Wow bapak lawa surau kat airport ni tapi itulah, ramai sangat orang. Sempit mat. Fasya dan adik beradiknya solat berhimpit sahaja dengan jemaah yang ada di dalam surau itu.
Selesai sahaja menunaikan solat Asar. Mereka bergerak pergi ke bas yang akan membawa semua jemaah Embraz ke hotel mereka. Separuh jemaah Embraz sudah beransur untuk pergi ke bas. Manakala Fasya dan keluarganya masih di airport menunggu Mukhtar dan Hasmi selesai menunaikan ibadah wajib mereka. Sementara itu, Fasya mengeluarkan telefon bimbitnya lalu membuat 'video call' dengan mamanya di Malaysia. Tidak lama kemudian, Puan Azizah sudah muncul diskrin telefon.
"MAMA!" jerit Fasya keriangan. Ketika itu ada mata-mata mulai pandang ke arah mereka. Tapi macam biasalah Fasya dengan dia punya 'tagline'. Kisah apa aku.
"Kitaorang dah sampai airport Madinah!"
"Alhamdulillah, jangan nakal-nakal kat sana," pesan Puan Azizah kepada anak bongsunya.
"Baik maa, adik ingat selalu pesan mama tuu hehe," balas Fasya pula.
"Mama tengok airport dia ma", kata Fasya sambil menunjukkan suasana di Lapangan Terbang Madinah.
"Cantiknya," puji Puan Azizah. Fasya menganggukkan kepalanya.
Tidak lama kemudian Hasmi dan Mukhtar sudah pun keluar dari surau.
"Abang diaorang dah gerak dekat bas. Kita je belum lagi," kata Wani kepada suaminya.
"Jom kita," ajak Hasmi.
"Ma kitaorang kena gerak dah ni. Nanti sampai hotel adik call balik," ujar Fasya.
"Okey. Hati-hati." Pesan Puan Azizah lagi.
"Baik mama," balas Fasya dan tamatkan perbualan mereka. Mereka pun bergerak ke luar airport dan menuju ke bas. Sampai sahaja dibas, mereka memasukkan semua bagasi ke tempat pengisian barang. Tidak makan masa begitu lama untuk masukkan bagasi kerana ada seorang pekerja dikawasan airport itu menolong mereka.
Selesai sahaja masukkan bagasi ke tempat pengisian barang, Fasya dan keluarga masuk ke dalam perut bas. Tempat dibahagian hadapan sudah pun dipenuhi oleh semua jemaah Embraz. Hanya dibahagian belakang sahaja belum ada yang duduk. Yang ada pun cuma beberapa sahaja. Fasya dan keluarga mengambil tempat dibahagian belakang. Hasmi dan isteri mengambil tempat duduk dibahagian depan pintu belakang sebelah kanan. Manakala Farah dan Mukhtar mengambil tempat dibelakang mereka berdua. Disamping itu, Fasya dan Fatma pula mengambil tempat bersebelahan dengan Farah dan Mukhtar dibahagian kiri.
Tidak lama kemudian seorang pemuda Arab naik ke dalam bas untuk menjual sim kad berharga 70 Rial. Separuh dari jemaah Embraz membeli dan separuh lagi tidak membeli, termasuk lah keluarga Fasya tidak membelinya. Mereka mahu membeli ditempat lain sahaja. Sementara pemuda itu menjual sim kad kepada semua jemaah Embraz. Seorang pemuda yang sedang berjalan ke tempat duduk belakang telah menarik perhatian Fasya.
Pergh macam Dai Syed dah, dengan rambut panjang, pakai jubah putih, pakai kopiah putih, part paling best dia pakai kaca mata bulat. Perghh bapak handsome walaupun muka hitam manis. Macam muka Dai Syed betul, panjang lebar Fasya berdiskusi dalam hatinya pasal lelaki tadi. Tak berkelip dia pandang pemuda itu. Tiba-tiba hatinya menjadi tidak keruan. Ingat Syahid woi! Syahid dah pesankan sampai sini ingat dia bukan orang lain, marah Fasya kepada dirinya sendiri. Syahid merupakan lelaki pertama yang berjaya membuatkan dia berubah jauh lebih baik. Bagi Fasya, Syahid adalah lelaki yang terbaik untuk dia.
Tiba-tiba ingatannya teringat kepada peristiwa dia berjumpa Syahid sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.
"Hati-hati dekat sana. Sampai sana jangan lupa....erm," kata Syahid. Fasya tergelak kecil. Dia faham maksud Syahid.
"Baik Syahid. Saya takkan lupakan Syahid sampai sana," balas Fasya pula. Syahid hanya tersenyum apabila Fasya mengatakan itu. Hubungan Fasya dengan Syahid tidak lebih sebagai seorang kawan. Walaupun Fasya pernah confess dekat Syahid. Tapi Syahid tetap anggap Fasya seorang kawan. Fasya pun dah tak kisah, asalkan Syahid nak kawan lagi dengan dia. Tapi itu semua cerita lama. Cerita yang baru, Syahid tu perangai makin hari makin pelik. Dulu, Fasya yang beria nak dekat dengan Syahid. But now, Syahid try hard untuk dekat dengan Fasya. Sometime, Fasya pun pening dengan Syahid ni.
"Adik," tegur Fatma. Fasya yang sedang mengalamun itu terus terpinga-pinga apabila Fatma memanggilnya.
"Kau tengok apa ha?" Soal Fatma. Fasya membuat muka blur. Tengok apa? Aku dari tadi termenung ingat ke Syahid.
"Tak tengok apa-apa," balas Fasya.
"Tipu lah kau."
Betul lah apa yang aku cakap, aku tak tengok apa-apa pun. Sebelum aku termenung tadi aku tengok mamat yang lalu tadi. Eh jap, mamat? Fasya menoleh ke tempat duduk belakang. Dia melihat 'mamat' tadi sudah pun duduk ditempat belakang. Fasya memusingkan kembali badannya kepada posisi yang asal dan sambung balik kata-kata yang dikatakan dalam hati tadi. Baru aku faham maksud angah. Termenung ke mamat ni rupanya. Aduh, harap mamat ni tak perasan aku tenung dia. Aku tenung sebab muka dia macam Dai Syed je. Ye lah, aku kan minat Dai Syed. Lepas Dai Syed khawin ni aih. Hancur pelamin anganku. Cehh wahh. Okay aku tengok dia sebab macam muka Dai Syed je. Tu je okay? Percaya lah, aku takkan suka dengan dia. Syahid je aku suka. Walaupun Syahid tu banyak menyakitkan hati aku. Sedih betul hidup ni. Aishh jinjja.
"Kau tak jawab lagi soalan aku. Kau tengok apa tadi?" Soal Fatma lagi. Fasya yang sibuk berdiskusi dalam hatinya tersentak. Aishh kacau daun betul lah.
"Aku tak sengaja tengok dia. Ye lah, dia punya muka, rambut, semua tu macam style Dai Syed dah. Kalau dia ikat rambut tu memang Dai Syed terus dah." Jawab Fasya pula.
"Tu lah kau. Lambat lagi, kan dah melepas," ejek Fatma. Fasya merengus. Eleh, dah dia bukan jodoh aku. Mungkin Syahid Arief tu jodoh aku. Tak pun mamat tadi. We don't know right?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience