BAB 8

True Story Series 2085

Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi Fasya sudah pun bersiap untuk turun ke lobi hotel. Baru sahaja dia hendak keluar dari bilik, Fasya disapa oleh Mukhtar "Oak nak turun dah ke? Tunggu datuk jap. Datuk tak jumpa dompet datuk duduk mana. Tadi ada sini. Meh tolong datuk jap cari." Fasya yang berada didepan bilik itu masuk kembali mencari dompet datuknya yang hilang. Fasya mula mencari diatas meja dan juga ditempat lain. Dalam 5 minit kemudian, dompetnya sudah ditemui dibawah katil. Haa sudah, guana boleh pergi ke bawah katil. Bahaya sungguh.
"Nah datuk. Dompet datuk Husna jumpa kat bawah katil."
Mukhtar menggeleng kepala. Macam mana lah boleh pergi ke bawah katil. Telefon Fasya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Fasya mengeluarkan telefonnya dari beg sandangnya dan melihat siapa yang mesejnya. Oh ternyata Hasmi yang mesej.

Datuk dah siap belum? - Hasmi.

Belum lagi. Dia tengah pakai baju. Tadi dompet dia hilang, dia suruh Husna carikan dulu dompet dia tadi. - Fasya.

Takpe lah. Oak tunggu je datuk siap. Jap lagi pokde datang bilik oak. - Hasmi.

Okay. - Fasya.

Fasya menutup phonenya dan simpan kembali ke dalam beg sandangnya. Dia menghampiri ke sofa biliknya dan duduk disofa sementara menunggu datuknya siap dan ayah saudaranya datang ke bilik.
Sementara menunggu mereka, Fasya ambil keputusan untuk tidur terlebih dahulu. Ye lah mana tak mengantuknya. Janji nak gerak pukul 4. Tapi pukul 3 lebih dah kena gerak dengan Mukhtar. Sudah lah tidur pukul 12 nak masuk pukul 1 dah. Bangun pula pukul 3 lebih. Nak tidur balik, datuk membebel. Sudahnya dia bersiap dulu, lepas bersiap baru tidur balik.
"Jangan tidur lena sangat Husna. Nanti batal wuduk tu," tegur Mukhtar. Fasya yang sedang tidur itu terjaga. Dengan keadaan mamai dia tetap menjawab "baiklah."
Baru dia nak tidur balik loceng biliknya berbunyi. Asal aku nak tidur masa tu lah nak datang aih. Fasya menepuk-nepuk mukanya sebelum bangun untuk membuka pintu. Bangun Fasya bangun. Ni bukan Malaysia, ni Madinah. Aku tahu mata aku ni ikut time Malaysia tidur, tapi kau kena ingat Fasya. Ni Madinah. Nak taknak kau kena ikut cara Madinah.
"Dah siap?" Hasmi yang berada dibetul-betul di depan pintu biliknya itu bertanya. Fasya hanya mengangguk.
"Awok pergi turun dulu dengan kakak, angah and mokde. Pokde dengan datuk turun jap lagi sikit," arah Hasmi. Fasya hanya mengangguk dan pergi ke bilik kakaknya dan menekan loceng bilik mereka. Pintu bilik dikuak dari dalam.
"Pokde suruh turun dulu. Jom lah. Dia suruh turun sekali dengan Mokde," ajak Fasya.
"Okey."

WAHHH lawanya Masjid Nabawi! Harap boleh solat dekat dalam sejuk nak solat dekat luar ni, dengan hujannya lagi.
"Kita harini solat dekat luar sebab dekat dalam dah penuh orang," kata Mutawwifah. Ha? Seriuslah kena solat dekat luar? Sejuk ni. Takkan tak muat langsung.
"Kita solat dekat situ," kata Mutawwifah itu lagi sambil menunjukkan tempat yang kecil bersebelahan dengan pintu masuk Masjid Nabawi itu.
Sampai sahaja ditempat itu, jemaah lain mengambil tempat di depan. Manakala Fasya dan keluarga mengambil tempat di bahagian belakang sekali. Seriuslah kena solat dalam hujan? Habis basah telekung aku, stoking aku lagi basah. Bapak sejuknya. Macam mana lah aku nak duduk ni ha dengan semua tempat kemain basah. Kalau duduk dalam sikit takpe lah ini betul-betul luar dari kawasan tu. Memang basahlah ceritanya, bebel hati Fasya.
"Bentang sejadah sini. Harap hujan tak beria lah lepas ni," kata Wani kepada anak saudara Hasmi. Fasya membentangkan sejadah diatas lantai. Selesai sahaja membentangkan sejadah mereka bertiga sudah pun duduk. Fasya sahaja yang masih berdiri. Macam mana lah aku ni nak duduk dengan basahnya lagi aduhhh. Aku telekung dah lah satu je. Nak taknak akhirnya dia duduk juga. Mereka berempat mula bercakap antara satu sama lain. Rancak bersembang tu! Sampai tak perasan tahi burung jatuh kat atas sejadah. Apabila azan berkumandang Farah mula perasan ada sesuatu diatas sejadah.
"Adik angkat sejadah ni letak dalam plastik, sebab ada tahi burung," kata Farah kepada adik bongsunya. Fasya pun mengeluarkan beg plastik dan meletakkan sejadah yang kotor tadi ke dalam beg plastik itu. Mereka semua pun sudah pun berdiri.
"Korang pergi lah solat dekat dalam. Rasanya ada ruang lagi dalam tu," tegur Mutawiffah itu apabila dia melihat keluarga Fasya duduk dibawah hujan. Mereka berempat bangun dan masuk ke dalam Masjid Nabawi. Jangan kata luar cantik, dalam pun menarik juga. Fasya berjalan ke arah kiri untuk melihat tempat kosong. Alhamdulillah, nasib baik ada walaupun belakang sekali. Without tikar. Okey lah dari solat dalam hujan tadi. Pakej pula dengan tahi burung. Pishang!
"Nasib kita dapat solat dalam," kata Wani.
"Itu lah tu. Bersyukur rasa dapat solat dalam ni," balas Farah.
Azan kedua mula berkumandang. Menandakan waktu solat Subuh telah pun masuk. Fasya mengambik telefonnya dia dalam beg sandangnya dan merakam azan Subuh yang masih berkumandang itu. MashaAllah merdunya dia azan. Rasa nak tinggal sini. Taknak dah balik Malaysia. Bestnya Ya Allah.
Habis sahaja azan berkumandang mereka bangun untuk solat sunat.
Selesai sahaja solat sunat, semua jemaah berada di Masjid itu bangun untuk menunaikan solat wajib pula.

Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Akibat kesesakan dalam Masjid Nabawi dan luar Masjid Nabawi mereka berempat tiba di hotel berdekatan dengan Masjid Nabawi tepat pada pukul 7.
"Ni hotel apa mokde?" tanya Fasya. Mestilah kena tanya sebab semalam dia tidur hotel lain. Takkan lah tiba-tiba harini diaorang kena halau masuk hotel ni pula.
"Ni lah hotel yang kita patut dapat haritu. Tapi kita tak dapat. Takde rezeki lah tu," jawab Wani. Ooo macam tu, balas hati Fasya. And then, datang sini buat apa? Sesungguhnya saya amat lah keliru sekarang ni.
"Jom naik lif. Lif ada kat sana," ajak Hasmi sambil menunjukkan lif dibahagian kanan mereka. Let's go!
Sampai sahaja ditingkat satu mereka pun tiba diruangan makan hotel itu.
"Mulai harini, kita akan makan dekat sini setiap hari. Selalunya sarapan dan tengahari je lah kita akan ada kat sini. Tapi tak tahu lah pula nanti macam mana," terang Hasmi.

"So, kita pergi cari tempat duduk dulu," ajak Hasmi.
Mereka berenam pun mula mencari tempat duduk diruangan makan itu.

"Tu pokde," kata Farah sambil menunjukkan meja kosong yang cukup untuk enam orang duduk.

"Jom duduk situ," ajak Hasmi.
Mereka pun menuju ke meja yang kosong itu.

"Husna, awok teman datuk dulu. Nanti bila dah semua dah habis ambil makanan. Baru awok bangun ambil makanan. Farah awok ambil makanan ke datuk," arah Hasmi. Mereka berdua menganggukkan kepala bertanda setuju. Mereka berempat bergerak ke tempat pengambilan makanan.
Tidak lama kemudian mereka sudah siap mengambil makanan. Giliran Fasya pula untuk mengambil makanan. Peliknya makanan diaorang ni. Ada daging burger. Ada roti. Roti tu tak pelik lah. Tapi yang kuih-kuih dengan makanan yang lain tu. Pelik benor. Takde kat Malaysia kuih-kuih ni. Takpe lah, telan je lah.
Selesai sahaja dia mengambil makanan, Fasya berjalan ke arah meja mereka. Sambil berjalan Fasya memandang sekeliling, nak tengok jemaah yang lain ada disini atau pun tidak. Tiba-tiba dia melihat seorang lelaki muda dalam berumuran 13 atau 14 begitu memakai beg yang sama dengan Fasya. Oh, mamat tu rupanya. Mamat yang hampir nak terduduk dekat atas paha aku masa nak keluar dari kapal terbang. Tak tahu lah sengaja ke tidak. Tapi yang pasti sejak dari KLIA dia sudah pandang-pandang ke arah Fasya. Lagi-lagi masa naik transit KLIA tu. Sudahlah dia tidak biasa kena pandang begitu. Apa-apa pun Fasya tak 'syok sendiri'. Dia hanya memberi kenyataan yang benar.
"Lamanya ambil makanan," tegur Wani.
"Haah, ramai sangat beratur tadi. Tengah beratur ada orang potong barisan. Haa gitu lah," balas Fasya. Fasya meletakkan pinggan ke atas meja, dan berlalu pergi untuk mengambil air. Baru sahaja dia ingin mengambil air jus oren. Matanya terpandang orang sebelah dia. Wahh air kopi. Nak nak! Fasya pun mengambil cawan plastik dan mengisikan gula dan kopi ke dalam cawannya. Akhir sekali dia mengisi air panas ke dalam cawannya. SIAP KOPI PANAS BY FASYA! Fasya menghampiri mejanya kembali dan duduk disitu sambil minum air kopi buatannya tadi. Hampir tersembur air kopi tadi ke muka kakak sulungnya. Pahitnya mat. Aku ni isi kopi lebih ke? Fasya bangun kembali untuk tambah gula. Dia merasa kembali airnya itu. Masih pahit. Fasya terpandang satu bekas yang berisi tepung susu. Ala-ala cream begitu. Mungkin ni kut penambah rasanya. Cuba try test. Fasya mengisikan satu sudu tepung susu itu tadi. Air kopinya berubah warna. Seolah-olah seperti kopi susu. Fasya merasa air kopinya tadi. Haaa baru sedap! Rupanya aku tak tambah tepung susu ni rupanya. Hampeh, patut lah pahit. Fasya kembali ke mejanya.
"Kenapa?" Tanya Hasmi.
"Kopi ni pahit. Rupanya lupa tambah tepung susu. Patut lah pahit," jawab Fasya.
"Oo, dah cepat makan. Ustaz dah chat yang dia tunggu kita kat bawah. Dia nak ajak kita pergi melawat kawasan kat sekitar sini," kata Hasmi lagi. Fasya hanya mengangguk dan menghabiskan makanannya secepat mungkin.

seperti yang dijanjikan, bab 7 & bab 8 sudah dipublish. Happy reading korang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience