Semua jemaah sudah pun menjamu selera. Mereka semua berkumpul dihadapan hotel itu tadi, dan bergerak ke Masjid Nabawi bersama-sama.
5 minit kemudian, mereka pun telah tiba di Masjid Nabawi. Ustaz Saberi membawa jemaah yang lain lalu dibahagian belakang Masjid Nabawi untuk melihat kebun pokok kurma. Sambil berjalan ke kebun pokok kurma, Fasya mengeluarkan telefonnya dan membuat video call dengan mamanya yang berada di Malaysia. Tidak lama kemudian muka mamanya muncul diskrim telefonnya.
"Mama! Harini kitaorang pergi ke kebun pokok kurma. Dekat belakang masjid Nabawi. Sekarang ni kitaorang tengah jalan kaki untuk pergi ke kebun tu," kata Fasya. Puan Azizah tersenyum melihat anak bongsunya yang bercakap itu tadi. Rindunya dengan anak-anak aku, rintih hatinya.
"Ya, baik. Hati-hati dekat sana tu," pesan Puan Azizah. Fasya menganggukkan kepalanya dan dia menunjuk pemandangan yang berada disekitar Masjid Nabawi itu.
"Cantiknya. Cemburu mama tengok," ujar Puan Azizah dengan nada cemburu. Fasya tergelak kecil.
"Nanti kitaorang dah kerja. Kitaorang bawa lah mama datang sini," kata Fasya pula. Puan Azizah tersenyum dengan kata-kata anak bongsunya tadi.
"Mama buat apa tu ma?" Soal Fasya. Puan Azizah mengelenggkan kepalanya seraya menjawab "Tak buat apa pun. Makan biskut je ni ha. Tak lalu nak makan nasi. Anak-anak takde."
"Eleh. Kalau kitaorang ada mama gaduh dengan kitaorang pula," kata Fasya pula.
"Haa, itu lah seorang ibu yang sayang kat anak-anak dia. Memang depan-depan bergaduh selalu. Tapi bila jadi macam ni, memang jadi rindu walaupun masa dulu kita dekat-dekat sampai jadi tahap benci. Itu lah kasih sayang seorang ibu," ujar Puan Azizah panjang lebar. Ambik nok! Cakap lagi bukan-bukan. Padan lah muka tu. Haa jawab lah, tadi pandai sangat. Dah kena batang hidung sendiri pandai senyap. Nak cakap apa lagi mampu tersengih je lah.
"Jap ma. Nak main dengan kucing tu jap," kata Fasya sambil menghalakan kamera kepada kucing yang berada di sekitar Masjid Nabawi itu. Fasya berlari ke arah kucing itu dan menyentuhnya. Baru dia nak gosok lebih lagi tangan kirinya dicakar kucing yang berwarna oren putih itu. Heh! Kurang ajar punya kucing. Aku nak gosok je pun. Bukan nak sembelih dia buat lauk. Hmm takpe lah, at least ada juga kesan untuk buat kenangan bila balik Malaysia nanti. Nasib baik lah Hasmi dan Mukhtar tidak nampak tangan kiri Fasya dicakar kucing. Kalau tak, habis lah kena membebel sepanjang hari.
"Mama tutup dulu ya. Mama nak mandi jap. Dari pagi tak mandi-mandi. Banyok sangat kerjanya," kata Puan Azizah.
"Okey ma," balas Fasya seraya melambai tangan dia. Puan Azizah menamatkan panggil dengan anak bongsunya. Habis sahaja panggilan dengan Puan Azizah. Fasya sudah pun sampai di kebun pokok kurma. Aih kat kebun pun ramai orang? Tapi apa lah nak dipelikkan. Ini kan tempat sejarah Nabi. Sementara menunggu pelancong lain pergi ke tempat lain. Semua jemaah yang under Ustaz Saberi membuat hal sendiri. Fasya membuka telefonnya dan membuka aplikasi whatsapp untuk mesej kakak kepada Syahid.
As salam Kak Niis. Saya ada kat masjid Nabawi. Kak Nis nak vc tak? Kalau Kak Nis busy takpe lah. - Fasya.
Tidak lama kemudian, telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Eh dah kenapa Syahid pula yang chat? Fasya membuka mesej Syahid.
Fasya, Kak Nis suruh vc dekat sini. - Syahid.
Okay. - Fasya.
Fasya menekan butang untuk membuat panggilan video. Muka Kak Nis sudah berada diskrin. Fasya hanya menunjukkan suasana di Masjid Nabawi dan sekelilingnya.
"Wahh, cantiknya. Duduk situ jap Fasya. Kak Nis nak screenshot," kata Kak Nis. Fasya hanya menurut apa yang Kak Nis suruh tadi. Setelah dia sudah screenshot Masjid Nabawi tadi, Fasya menunjukkan tempat lain pula. Sekali lagi Kak Nis menyuruhnya duduk dibahagian situ kerana mahu screenshot.
"Kau vc dengan mama lagi ke?" Tegur Fatma. Farah yang berada disebelah Fatma menganggkat kening. Belum sempat Fasya berkata apa, Fatma sudah memegang tangannya, untuk mengambil telefon ditangan Fasya.
"Aku vc dengan Kak Nis," kata Fasya. Fatma yang baru nak menunjuk mukanya beralih ke lain. Farah mendekati Fasya dan memusingkan telefon Fasya ke arah mukanya dan dia menekan butang flip kamera. Mukanya sudah berada diskrin. Farah melambai Kak Nis. Fasya yang sudah malu itu turut melambai. Kak Nis melambai kembali sambil ketawa. Fasya flipkan kembali kameranya. Malu aishh. Buatnya Syahid tengok tu. Malu mat.
Tidak lama kemudian, semua pelancong sudah pun bergerak ke tempat lain. Kali ni giliran mereka pula.
"Jap Kak Nis. Ustaz panggil suruh berkumpul," kata Fasya dan mengalihkan kameranya ke arah Ustaz Saberi. Mereka semua memberi tumpuan kepada Ustaz Saberi, termasuklah Kak Nis. Akibat suara Ustaz tidak kedengaran mana Kak Nis membuat keputusan untuk menamatkan panggilan mereka. Dengan alasan dia tidak dengar dan dia juga harus pergi ke tempat lain. Kerana ketika mereka membuat panggilan video tadi, Kak Nis berada didalam kereta. Tidak tahu kemana mereka pergi.
Hampir setengah jam juga, Ustaz Saberi menerangkan pasal kebun pokok kurma dan sekelilingnya. Akhirnya mereka bergerak untuk pergi ke Raudhah dan melawat kawasan yang lain. Ketika mereka berjalan ke Al-Baqi' Fasya melihat lelaki yang dia jumpa didalam bas kelmarin memimpin datuknya. Eh, kenapa dia bawa datuk aku? Takpe lah, biar je lah dia jaga. Boleh dia kenal-kenal dengan datuk aku. Hihi.
Fasya dan kakak-kakaknya sudah sampai ke destinasi yang mereka tuju. Sementara menunggu jemaah lain sampai, Fasya melihat sekeliling tiba-tiba dia terpandang kepada datuk dan lelaki itu yang berhenti dia hujung jalan.
"Kenapa tu?" Tanya Fasya kepada Farah. Farah hanya mengangkat bahu. Tidak lama kemudian Fasya melihat, datuknya sudah duduk diatas kerusi roda ditolak oleh Hasmi. Manakala lelaki yang memimpin datuknya tadi membawa tongkat dan kerusi duduk datuknya. Lah macam tu pula? Bertukar-tukar. Tadi Hasmi membawa kerusi. Lelaki itu pimpin Mukhtar. Sekarang bertukar pula. Mungkin Hasmi tidak mahu menyusahkan lelaki itu lagi.
Lebih kurang 3 minit begitu, mereka bertiga sudah tiba ke destinasi yang mana semua jemaah sudah berada disitu.
"Maaf lambat Ustaz. Ayah saya tak larat dah nak jalan. Nasib anak Ustaz ni jumpa kerusi roda," kata Hasmi kepada Ustaz Saberi.
"Takpe, saya faham. Nanti saya akan macam tu juga suatu hari nanti," balas Ustaz Saberi.
Ustaz Saberi mula memberi penerangan bagaimana mahu masuk ke dalam Raudhah nanti.
"Bagi jemaah wanita, kamu semua akan masuk ke Raudhah pada 26 hari bulan. Lelaki pula 27 hari bulan. Tapi sekejap biar saya tengok dulu boleh tempah lagi atau tidak untuk masuk ke Raudhah ni. Selalunya dah penuh kalau lewat tempah," terang Ustaz Saberi. Ustaz Saberi mengeluarkan telefonnya dari poket jubahnya dan membuka aplikasi 'Susuk.'
"Alamak. Semua slot dah penuh. Untuk 26 hari bulan pun takde slot dah. Nak buat esok tak sempat. Kita kena pergi ziarah ke tempat lain. Memang 26 hari bulan tu je jemaah wanita boleh masuk. Tapi 27 hari bulan untuk lelaki masih penuh slot," kata Ustaz Saberi lagi. Lah, seriuslah? Kecewanya. Baru nak jumpa Rasullah. Penat-penat datang sini tapi tak dapat jumpa Rasullah. Hmm, takpe lah. Redha je lah hm, bisik hati Fasya.
done bab 9! If korang trtnye² knpe my story ni asyik² buat dekat madinah n mekah je. How about Malaysia? Okay mcm ni, sbb cite ni pun tentang dia dan lelaki tu. And dia jumpa lelaki tu dekat Madinah bukan Malaysia. And then ni true story. Jadi tak thu apa yg trjdi dkt Malaysia. So diaorg boleh berkomunikasi secara vc and chat dekat whatsapp sahaja. So saya boleh lah tambah sikit2 je. That's all. Happy Reading!
Share this novel