Selama beberapa jam didalam bas. Akhirnya bas mereka sudah pun bertolak ke hotel mereka. Tidak berkelip mata Fasya melihat pemandang di kota Madinah. Sementara mereka bertolak ke hotel. Ustaz Saberi selaku Mutawwif disitu menceritakan sejarah Rasullah SAW apabila mereka lalu dikawasan tertentu. Hanya separuh sahaja dia menceritakan. Katanya kalau cerita semua, esok hari sudah tiada modal untuk cerita tentang apa.
"Disebelah kanan kita itu lah masjid Nabawi." Kata Ustaz Saberi. Semua jemaah menoleh disebelah kanan mereka. Farah dan Fatma mulai mengambil gambar. Manakala Fasya pula tak berkelip pandang ke arah Masjid Nabawi itu. Dia seperti tidak yang dia sudah menjejakkan kaki ke kota Madinah. MasyaAllah.
Tidak lama kemudian bas mereka berhenti di depan hotel.
"Ni ke hotel kita?" Soal Fasya kepada Fatma. Fatma hanya mengangkat bahu. Fasya menoleh ke belakang, dia melihat pemuda yang menarik perhatiannya tadi sedang berzikir menggunakan tasbih digital berwarna hitam yang berada di jari telunjuknya. Mulutnya tidak berhenti berzikir kepada Yang Maha Kuasa. Tiba-tiba pemuda itu terpandang Fasya kembali. Fasya cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke Masjid Nabawi yang berada disebelah tingkap kanan. Walhal, dia duduk dibahagian kiri. Nak cover punya pasal. Fuh nasib selamat, kalau tak masak aku. Aku pun satu nak usha orang buat lah kerja clean. Ini tak, sia-sia je kalau dia jeling aku tadi. Nasib aku pandai cover. Panjang lebar dia membebel kepada diri sendiri. Haa bas ni pun satu kenapa tak turun lagi? Dah sampai hotelkan? Aku dah lah cepat seronok. Tapi bila tak turun-turun lagi hilang seronok aku. Tak pasal-pasal bas pun kena dengan Fasya ni.
"Maaf kepada semua para jemaah kita ada masalah sikit. Kita mungkin tak dapat hotel yang kita booking tempoh hari," kata Ustaz Saberi. Semua para jemaah mulai bisik sesama sendiri. Tidak lama kemudian, Mukhtar mengangkat tangan dan bertanya "Boleh kami tahu tak ustaz kenapa kita tak dapat hotel tu?"
"Kita tak dapat hotel tu, sebab pihak hotel tu tolak kita. Katanya ada yang membuat bayaran dahulu dari kita," balas Mutawwif.
"Tapi ustaz kata haritu kita yang buat bayaran dulu dan kita pun dah dapat hotel tu," kata salah seorang jemaah lelaki.
"Memang lah tapi sekarang ni pihak Embraz sedang berusaha untuk menguruskan hal ni," jawab Ustaz Saberi.
Sudah hampir 4 jam mereka duduk di dalam bas, dan selama 4 jam itu juga mereka tidak berhenti bergaduh pasal hotel tadi. Pening kepala Fasya dibuatnya. Beberapa minit kemudian ustaz Saberi memberitahu untuk pergi makan malam dahulu. Akhirnya bas bergerak pergi ke sebuah restoran. Sampai sahaja di restoran semua para jemaah memilih bilik untuk makan hidangan malam ini. Satu bilik hanya 5 orang. Manakala keluarga Fasya pula satu bilik untuk 6 orang. Sepatutnya satu bilik 5 orang tapi keluarga Fasya pula ada 6, Ustaz Saberi pula malas nak bertengkar lagi. Hal tadi pun tak habis lagi. Dia pun mencari bilik untuk 6 orang. Alhamdulillah ada. Kalau tiada, macam biasa Fasya lah yang diasingkan. Fasya lebih suka diasingkan dari berkeluarga. Senang dia nak berkenalan dengan semua jemaah. Tapi sayangnya, ada pula 6 bilik.
Masuk sahaja ke dalam bilik itu, Fasya mengambil tempat disebelah tingkap berhadapan dengan Hasmi. Sebelah Hasmi pula isterinya. Depan isterinya Mukhtar. Sebelah Mukhtar ialah Farah. Di hadapan Farah pula Fatma.
Beberapa minit kemudian dua orang pelayan masuk ke dalam bilik mereka dan menghidangkan makanan dan minuman.
"Kita makan nasi dalam talam ye harini." Kata Hasmi sambil membentangkan plastik diatas meja. Nasi didalam talam pun sudah berada diatas plastik itu. Mereka pun mengambil sedikit nasi dan ayam diletakkan ke atas plastik yang dibentangkan tadi. Dengan membaca doa makan dan membaca Bismillah, mereka pun mula menjamah Nasi Arab. Air gas yang berada didepan Fasya diambil lalu diminum olehnya. Wahh jinjja. Sedap betul makanan kat sini walaupun bukan selera Fasya. Hmm not bad lah.
Setelah 1 jam berada di restoran itu, mereka pun menuju ke bas yang diparking di seberang jalan. Ramainya orang yang dah turun. Memang family aku selalu ke yang last? Kat KLIA family aku last. Turun airplane pun last. Semua benda last. Pelik naw aku. Apa-apa je lah. Asalkan dah ada kat sini.
Semua jemaah sedang berkumpul diluar bas. Mereka membincangkan tentang hotel yang bakal mereka menginapi malam ini. Hmm tak habis lagi ke pasal hal ni.
"Aishh jinjja, handsome betul mamat ni. Stress kali aku," bisik Fasya sendiri. Fasya pun berjalan berhampiran dekat dengan dia. Konon nak jalan-jalan. Padahal nak usha, elehh. Baru dua tiga tapak berjalan ke arah lelaki itu. Lelaki itu pun berjalan ke arahnya, walaupun lelaki itu bukan mahu pergi kepadanya. Fasya memusingkan kembali kakinya ke belakang. Aishhh kenapa lah macam ni, baru nak lalu sebelah dia. Penat lah macam ni. Eiii, dah lah, rengus Fasya. Fasya menuju ke Farah dan Fatma yang sedang ambik gambar.
"Ambik gambar aku kak. Tengah lawa ni hoho, tapi pakai iphone kau lah. Aku ni android je tak mampu nak lawan dengan iphone," kata Fasya. Fasya pun betulkan posisinya dan membuat gaya. 1 2 3 KLIK! Gambar Fasya sudah diambil.
"Lawa lawa lawa, sini pula."
Fasya membuat gaya yang sama tapi tempat berlainan. 1 2 3 KLIK!
"Terima kasih lah awoknya," ucap Fasya dan menuju ke kucing yang berada berhampiran dengan batu-batu disitu. Uuuu kucing Madinah. Rawr!
"Hai awoknya!" Sapa Fasya. Baru sahaja dia hendak memegang kucing itu. Kucing itu lari dari Fasya. Cis! Kurang ajar betul! HUH! Malas aku main dengan ko dah. Main sekor-sekor. Huh, koyak kali aku.
"Okay semua jom masuk dalam bas," panggil Ustaz Saberi kepada semua jemaahnya. Semua jemaah mulai masuk seorang demi seorang. Sama ada dipintu bahagian depan atau belakang. Fasya dan keluarganya masuk dipintu bahagian belakang.
"Aku duduk belakang, aku tak nampak suasana kat luar tu sebab kau halang," kata Fasya kepada Fatma dan mengambil tempat dibelakang Fatma. Bersebelahan pula dengan 'mamat' tadi. Uihhnahh, duduk bersebelahan kerusi dengan dia. Blushing laa macam ni aishh. Fasya pun letak beg dia sebelah tempat duduk yang kosong.
"Okey semua, saya nak cakap yang kita mungkin lama untuk sampai ke hotel kita. Jadi siapa yang mengantuk boleh tidur dulu. Nanti sampai sana saya bagitahu," kata Mutawwif. Mereka hanya mendiamkan diri dan mengangguk. Tidak lama kemudian, lampu bas dipadam. Mata Fasya pun mulai layu. Biasalah dah lah penat, lepas tu baru makan pula. Mau tak mengantuk walaupun dia dah tidur macam apa dalam flight tadi. Fasya pun menyadar badannya dikerusi. Baru dia hendak menutup mata, matanya tiba-tiba mahu melihat 'mamat' tu buat apa. Bagusnya mamat ni berzikir selalu. Dalam keadaan yang gelap gelita yang mengharapkan cahaya lampu jalan sahaja, Fasya boleh nampak lelaki itu buat apa. Tangannya tidak berhenti menekan butang di tasbih digital itu. Mulutnya juga tidak berhenti berzikir. Hmm insecure aku. Tidur lah. Akhirnya Fasya pun lena dibuai oleh mimpi.
Sudah berapa jam Fasya tidur, mereka masih tidak sampai ke hotel mereka. Fasya membetulkan kedudukannya. Ermm tak selesanya tidur gini. Baring lah ala bukan ada orang pun sebelah aku. Mamat tu duduk seat satu lagi, tapi sebaris dengan aku. Alah, dia bukan nampak aku tidur nanti. Fasya pun letak begnya diseat sebelahnya. Baru dia hendak baring dia melihat lelaki itu terlebih dahulu. Hmm masih lagi berzikir. Aku ni bukan taknak berzikir aku penat mat. Jangan kata mata, mulut pun tak mampu dah nak buka. Takpe lah Allah faham. Fasya melegakan hatinya. Fasya pun meletakkan kepalanya diatas beg tadi, dan sambung tidur. Hmm lantak lah kalau dia kata aku ni tidur macam apa pun. Aku mengantuk sangat dah ni.
Dalam 50 minit dia tidur, akhirnya dia tersedar lagi. Dia membetulkan kedudukannya lagi yang tidur macam apa dah. Benda aku ni, tidur siap pakej keluar air liur sekali. Eiii nasib bas ni gelap takde lah nampak sangat air liur aku ni. Kalau tak memang malu 7 keturunan. Fasya bangun dan bersandar dikerusi. Dia melempar pandangannya ke luar tingkap yang gelap itu. Sesekali bayangan mamat itu ternampak dalam cermin gelap. Fasya menoleh kepada lelaki itu. Fasya melihat lelaki itu sudah lena dibuai mimpi. Hmm tidur pun handsome. Fasya pun pandang kembali ke tingkap. Dia ingin melihat lelaki itu dari situ sahaja. Fasya takut lelaki itu akan sedar dengan perbuatannya. Lagi pun lelaki itu tidur menghadap tingkap. Kalau dia buka je mata nampak pula Fasya tengok dia. Perghh memang confirm tak selamat dah lepas ni.
sorry tk publish hritu, sbb dpt noti kata apps ni ada masalah. And sorry if bab 7 lewat sikit. Sebab lps apps ni tk boleh buka idea saya dh byk hilang. So ambik masa juga. And sebagai gantinya, saya akn buat bab 7 & bab 8. Saya akn publishkn dua² bab tu trus. Hihi. Maaf dia atas kesulitan..
Share this novel