Selama 9 jam dalam bas, akhirnya mereka pun tiba dihotel mereka yang berdekatan dengan bukit Uhud. Perghh besar betul bukit Uhud ni. Macam mana lah zaman Rasullah dulu kan? Berperang dekat atas bukit tu. Mesti susah. Hermm.
"Okay semua jemaah boleh tinggal bagasi anda dibas sahaja. Nanti orang hotel akan bawa naik beg kita depan bilik kita," kata Ustaz Saberi. Mereka pun keluar dari bas dan masuk ke dalam hotel. Masuk sahaja dihotel Fasya tercari-cari mana ayah saudaranya. Tidak lama kemudian Hasmi masuk ke dalam hotel dengan membawa bagasi miliknya dan isterinya. Fasya terpinga-pinga, kenapa bawa bagasi masuk dalam hotel. Kata orang hotel yang akan settlekan. Sudah lah dia tengah mamai, ayah saudaranya pula buat perangai. Tak habis lagi ke masalah hotel ni? Orang ni dah bagi kita tidur kat hotel pun mujur. Alhamdulillah rasa. Daripada dia campak kita tidur tepi jalan? Nak ke? Tak terbayang nak tidur tepi jalan. Kalau macam tu nak marah sebesar bukit Uhud tu memang tak kisah sebab itu dah melampau. Ini tidak, mereka masih lagi bagi tidur dihotel. Pening Fasya dibuatnya.
"Pokde dah asingkan beg korang dekat luar, pergi ambik bawa masuk," kata Hasmi kepada anak saudaranya. Farah, Fatma dan Fasya pergi keluar hotel untuk mengambil bagasi mereka. Masuk sahaja dihotel mereka mendengar Hasmi marah kepada pihak Embraz.
"Kita bawa sendiri je beg kita sampai ke depan bilik. Orang-orang ni tak boleh diharap. Dia bukan tahu pun bilik kita kat mana. Silap hari bulan dia letak merata je beg kita ni." Mengucap panjang Fasya mendengarnya. Macam perangai bapak aku. Tapi bapak aku versi sabar punya orang. Sempat lagi dia puji arwah ayahnya.
"Betul tu. Orang-orang ni tak boleh diharapkan," kata seorang lelaki tua yang berumur 40-an begitu. Fasya memandang sekilas lelaki itu. Heh, batu api betul. Dah tahu macam ni tenangkan lah hati bapak sedara aku ni. Bukan tambah api lagi. Aku ni takut nak cakap. Kalau cakap nanti ada karang balik Malaysia semula. Sia-sia hidup.
"Ngah, aku geram nak cekik pakcik tu. Over betul. Aih tak boleh nak fikir positif ke?" bisik Fasya kepada Fatma.
"Itu lah pasal," balas Fatma.
Dalam 30 minit berdiri menunggu bilik hotel. Akhirnya mereka dapat juga bilik hotel. Ustaz utamakan keluarga Hasmi dulu. Ye lah, mana tak utamanya, kemain bising dari awal sampai sehinggalah masuk ke hotel ni. Kebetulan pula Hasmi membawa ayahnya sekali. Memang diutamakan lah. Mukhtar yang duduk diatas sofa hotel itu terlena. Walaupun nama mereka dibawah sekali, Ustaz tetap akan utamakan keluarga Hasmi dulu. 'Kesian dekat Datuk'
Kunci bilik sudah pun dapat. Hasmi dan isterinya satu bilik. Manakala Mukhtar dan Fasya satu bilik. Selain itu, Farah dan Fatma satu bilik. Pada awalnya, Farah satu bilik dengan datuknya. Tetapi bab kata Fatma "aku banyak benda nak bincang dengan akak." Kata Farah pula "tidur je lah dengan datuk, jangan macam-macam pokde dah marah tu." Akhirnya Fasya terpaksa mengalah. Ye lah, dia sudah besar, takkan nak tidur dengan datuk lagi. Kalau tidur dengan datuk jawapannya memang kena tidur bawah lah. Pada asalnya lagi, kalau dapat hotel asal tu. Mereka berempat satu bilik. Tapi apakan daya. Redha je lah dah jadi macam ni.
Sampai sahaja dibilik, Fasya membuka bagasinya untuk mengambil pakaiannya untuk membersihkan dirinya yang agak berbau itu. Baju tidur berbentuk bulan bintang itu dicapai dan Fasya terus menuju ke bilik air. Hmm not bad lah tandas dia. Lawa pun lawa. Nohh, siap ada hair dryer. Tak lah teruk sangat. Fasya masuk ke tempat mandian. Takde air panas ke mat? Fasya membuka pili air. Weh, bapak sejuk siak. Dah lah cuaca kat sini sejuk, air pun tak rilek. Nak sejuk juga, beku lah aku macam ni. Fasya membebel dalam hati. Tak berani bebel guna mulut nanti sejuk beku sungguh tak ke naya? Fasya melihat ada sticker biru dan merah di pembuka air pancut itu. Maybe yang merah tu air panas dan biru tu sejuk. Fasya mulai buat andaian sendiri. Fasya pun memusingkan pembuka air tu ke bahagian kiri, iaitu bahagian sticker berwarna merah. Noh, sekali keluar air panas. Hampir melecur badannya. Panas lah pula. Fasya memusingkan ke bahagian kanan pula. Alahaii, sejuk lah pula. Macam duduk luar negara dah. Eh jap, memang luar negara pun kan? Apa-apa je lah.
"Ha sudah, guana aku nak mandi ni. Pusing sini tak betul pusing sana tak betul. Hmm cuba aku letak benda ni kat tengah. Boleh jadi air suam kan?" Katanya sendirian. Fasya pun membuat apa yang mulutnya katakan sebentar tadi. Wah, ternyata bijak sungguh Fasya Husna ini. Memang jadi suam betul. Haa macam ni baru boleh mandi. Tadi tu apa, mengarut je.
Selesai sahaja mandi dia pun mengambil wuduk untuk solat fardhu Isyak, tapi jamak juga ke waktu Maghrib. Usai sahaja mengambil wuduk dia keluar dari bilik air dan membuka bagasinya untuk mengambil telekung berwarna hitam itu. Fasya membentangkan sejadah mengikut arah kiblat. Telekung yang berada ditangannya disarung. Fasya sudah bersiap untuk menunaikan solat fardhu Maghrib. Baru sahaja dia ingin mengangkat takbir loceng biliknya berbunyi. Mak kau terkejut aku! Dah batal solat Isyak sebab melatah. Dia membuka pintu biliknya. Ternyata Hasmi yang datang.
"Kenapa pokde?" soal Fasya kepada Hasmi.
"Nak jumpa datuk jap. Datuk buat apa?" tanya Hasmi kembali.
"Oo, nak jumpa datuk. Datuk tengah main phone kat sofa," balas Fasya. Hasmi pun masuk ke bilik mereka dan berjumpa dengan ayahnya. Malas lah nak ambik tahu, solat dulu lah. Mata ni dah mengantuk teruk dah. Fasya pun biarkan mereka bercakap pasal apa. Dia pun mulai solat fardhu Isyak jamak ke waktu Maghrib.
Dalam 5 ke 6 minit dia sudah menunaikan dua waktu solat wajib. Fasya melihat, ayah saudaranya masih berada didalam bilik. Aih bila nak keluar ni? Aku ni dah mengantuk, bebel hatinya. Bukan dia tidak mahu tidur. Tapi kalau dia tidur, Hasmi akan bertanya kepadanya kenapa tak tidur atas katil. Kenapa tidur kat bawah. Malas betul dia nak menjawab. Fasya pun duduk disofa biliknya. Sambil menunggu ayah saudaranya keluar dia mengeluarkan telefonnya dari beg sandang dia tadi, dan membuka aplikasi WhatsApp. Aku rasa, aku banyak kawan. Tapi ni je ke kawan aku yang selalu tanya pasal aku? Dia membuka chat kawannya.
"Kau sampai dah ke?" - Syahierah.
"Kau buat apa?" - Syahierah.
"Nanti bila kau dah baca chat aku, jangan lupa balas. Aku nak tidur dulu. Bye" - Syahierah.
Fasya membalas satu persatu mesej kawannya tadi. Herm satu tick minah ni. Hampeh. Aku baru nak ajak membawang. Astagfirullah tak baik lah Fasya. Fasya pun keluar dari chat Syahierah dan membuka bahagian status. Banyaknya status aku belum baca. Fasya pun membuka satu persatu status yang kenalan dia buat. Hermm nak buat juga lah, tapi nak buat apa eh? Takpe lah buat ayat je lah.
'Yeay akhirnya dapat pun tidur kat hotel setelah sekian lama tidur didalam bas. Sakit pinggang aku mat.'
SEND!
Tidak lama kemudian ada chat masuk. Oh syiera. Aik, tadi satu tick. Ni dah dua tick. Lantak lah asalkan ada kawan. Jap lagi aku nak tidur dia takde kawan dah HAHAHA.
"Cuba snap gambar bilik kau" - Syahierah
"Ada pokde aku tho, tak boleh" - Fasya.
"Ok takpe la. Sekarang kat sana pukul berapa?" - Syahierah.
"Pukul 12 malam. Kenapa? Malaysia pukul 6 pagi kan?" - Fasya.
"Haah. Uuu ada orang tu kat sana malam. Sini pagi doh. Orang dah bangun kau baru nak tido." - Syahierah.
"Diam arh ko. Aku mengantuk ni. Pokde aku ni pun satu tak reti nak masuk bilik dia balik. Mengantuk doh aku ni." - Fasya.
"Tido je lah." - Syahierah.
"Masalahnya tak boleh." - Fasya.
"Apa yang tak boleh?" - Syahierah.
"Dah lah ko, aku nak g caj phone. Jap lagi pukul 4 pagi kena bangun dah pergi Masjid Nabawi." - Fasya.
"Lahh. Ok." - Syahierah.
Fasya pun bangun dari sofa dan caj telefonnya. Bila pokde nak keluar ni. Aku mengantuk ni. Tidak lama kemudian pokdenya meminta diri untuk masuk ke biliknya semula. Yeay! Dah boleh tidur. Fasya mengambil satu bantal dan letakkannya dibawah. Nasib bilik ni dia pasang tikar tak lah sejuk sangat. Kebetulan pula datuk taknak pasang aircond. Bagus lah datuk. I love you! Fasya pun memejam mata untuk tidur. Tidak lama kemudian datuknya menegur "Husna awok pakai ni buat selimut. Biar kecik asal muat untuk tutup badan. Lagipun awok bukannya besor mana." Fasya hanya mengangguk dan menyarungkan alas itu diatas badannya untuk dijadikan selimut. Baru dia hendak menutup matanya, datuknya panggil namanya lagi. Adeh, apa lagi lah tak kena ni.
"Husna tolong kunci jam kat telefon datuk ni. Tak sedar nanti saja je. Kunci pukul 3 pagi. Datuk nak bangun tahajud terus."
Fasya bangun dan kunci jam ditelefon datuknya tepat jam 3 pagi.
"Ada apa-apa lagi tok?" tanya Fasya. Maklum lah mata dah mengantuk sangat tiba-tiba kena gerak.
"Takde dah. Oak pergi lah tidur," balas Mukhtar. Fasya mengangguk dan kembali ke tempat tidurnya. Akhirnya dia pun lena dibuai mimpi.
Share this novel