Sampai sahaja dirumah ayah saudaranya yang bernama Hasmi. Mereka disambut mesra dengan isteri Hasmi dan datuknya Mukhtar. Fasya dan adik beradiknya bersalaman dengan isteri Hasmi dan datuknya.
"Datuk sihat?" Sapa Farah. "Sihat Alhamdulillah." Balas datuknya. Farah hanya tersenyum dan berlalu pergi ke bilik. "Balqis masuk dulu." Kata Fatma pula. Datuknya hanya mengangguk dan berlalu pergi ke biliknya kembali.
"Tingginya Husna." Sapa isteri Hasmi yang bernama Wani ketika dia melihat Fasya hendak memasuki ke bilik mereka di dapur. Fasya hanya tersenyum. Itu lah selalunya yang dikatakan oleh Wani ketika dia balik ke Sepang.
Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Bunyi pintu bilik dikuak membuatkan Fasya tersentak.
"Datuk, pokde dengan mokde ajak panggil makan." Kata Farah dan berlalu keluar. Ish kacau daun betul aku baru je nak tidur, bebel hati Fasya. Dengan perasaan malas dia melangkah keluar juga dari bilik itu ke ruangan makan.
"Esok makngah datang untuk hantar kita ke airport." Kata Hasmi kepada anak saudaranya.
"Esok kakngah datang sini? Bukan lusa?" Soal Wani kepada suaminya.
"Haah esok kakngah datang. Dia tak jadi datang lusa. Sebab kitakan kena gerak awal ke airport." Balas Hasmi.
"Oh, kiranya dia tidur sini lah semalam?" soal Wani lagi. Ye lah mana tak terkejutnya, kata nak datang masa hantar ke airport je.
"Haah, dia tidur sini semalam. Dia datang 4 orang je. Abang Ngah, Kak cik dengan Athirah." Jawab suaminya pula. Wani hanya mengangguk.
Sesudah selesai makan malam, Hasmi panggil semua keluarganya berkumpul diruang tamu untuk mengagihkan barangan yang perlu dibawa ke sana nanti.
"Farah, Balqis, Husna takde barang apa je lagi ni?" Tanya Hasmi kepada anak saudaranya yang sedari leka menonton cerita hantu.
"Cukup dah semua. Cuma yang pokde bagi ni je lah kitaorang takde lagi," jawab Farah sambil membelek barang yang diberi oleh Hasmi dan Wani.
"Husna tolong datuk packing barang datuk ni kejap." Kata Mukhtar yang baru keluar dari biliknya dengan memegang 3 helai kemeja dan 3 helai seluar. Fasya hanya menurut apa yang datuknya suruh.
Selesai sahaja menyusun baju datuknya dibagasi, datuknya membawa keluar ihramnya untuk disimpan didalam bagasi juga.
"Nah Husna. Simpan dalam beg tu juga," suruh Mukhtar. Fasya mengeluh, kenapa lah tak suruh sekali tadi. Dah aku kena buka balik beg ni. Nasib baik wali aku hahaha. Sempat lagi dia bercoteh dalam hatinya.
"Ada lagi ke nak masuk dalam ni? Ubat datuk?" Tanya Fasya kepada datuknya.
"Ubat datuk letak dalam hand carry dia nanti Husna," kata Hasmi. Fasya hanya mengangguk dan menutup kembali beg bagasi datuknya. Fasya bangun dan menuju ke sofa. Dia menonton kembali cerita hantu tadi bersama kakaknya Farah dan Fatma.
"Semua barang dah siap pack? Esok makngah sampai takyah sibuk dah nak packing. Keluarkan baju yang nak pakai harini dan esok, dan baju nak pergi ke airport tu." Kata Hasmi. Anak saudaranya hanya mengangguk dan Farah membalas "dah, kitaorang dah kemas. Barang kitaorang tak bawa keluar pun. Bawa keluar pun barangan mandian je." Hasmi hanya mengangguk dan masuk ke biliknya untuk tidur.
Share this novel