Tepat jam 4 pagi Farah dan adik-adiknya sudah bangun untuk bersiap sedia pergi ke airport. Lebih kurang pukul 5.30 pagi mereka sekeluarga sudah masuk ke dalam kereta dan menuju ke airport. Sampai sahaja di airport mereka berkumpul disatu tempat dengan rombongan mereka, iaitu rombongan Emraz. Selain dari Emraz, Fasya melihat ada rombongan lain juga seperti Andalusia dan lain-lain.
"Banyak juga rombongan yang pergi sama dengan kita," tegur Farah kepada Fatma. Fatma mengangguk setuju seraya berkata "Itu lah, ingatkan kita je yang pergi hari ni. Ramai lagi rupanya."
"Jom kita pergi solat Subuh dulu." Sapa Wani kepada anak saudara Hasmi.
"Jom lah, tapi surau kat mana mokde?" Soal Farah.
"Surau dekat belakang sana. Takpe meh mokde tunjuk. Awok ikut je mokde." Balas Wani. Farah dan adik-adiknya mengikut Wani. Manakala Hasmi dan Mukhtar pergi ke surau kemudian, kerana mereka hendak menunggu Kakngah untuk menjaga semua bagasi mereka.
Sampai dipertengahan jalan Wani berhenti, "kenapa mokde?" Soal Farah. Wani hanya tersenyum dan menjawab "Mokde lupa lah kat mana. Takpe kita ikut je papan tanda ni tunjuk kat mana surau."
Sepanjang mereka berjalan, mereka tiada jumpa satu surau pun walaupun papan tanda menunjukkan disitu jalan untuk pergi ke surau.
Sampai sahaja dihadapan mcD, Fasya melihat satu papan tanda yang menujukkan mereka perlu jalan terus untuk ke surau.
"Ni mokde. Papan ni tunjuk suruh kita pergi straight untuk jumpa surau. Jom," tegur Fasya. Mereka hanya mengangguk tanda setuju dan teruskan berjalan.
Sampai dihujung jalan, akhirnya mereka jumpa juga surau.
Selesai menunaikan ibadah yang wajib, mereka kembali semula ke tempat perjumpaan tadi.
"Bila kita boleh settle beg-beg kita ni abang?" soal Wani kepada suaminya. Hasmi yang sedang leka dengan telefon menoleh seraya berkata, "Mutawwif suruh tunggu yang lain dulu. Sebab dia nak serahkan kita punya passport dan namecard kita." Wani hanya mengangguk.
Beberapa minit kemudian, Mutawwif mulai memanggil jemaah untuk berkumpul.
"Assalamualaikum semuanya, saya Ustaz Saberi. Saya yang akan mengkendalikan program ini semasa kita berada disana. Saya datang ke sini bukan seorang sahaja. Saya datang dengan family saya. Adik ipar saya pun ada. Saudara mara saya yang lain pun turut serta mengikuti rombongan ini. Semua masalah atau apa sahaja yang diperlukan sila bagitahu saya. Untuk para jemaah lelaki, apa-apa masalah sila bagitahu saya. Manakala untuk jemaah perempuan apa-apa masalah sila bagitahu isteri saya, kerana dia mutawiffah dirombongan ini." Kata Ustaz Saberi kepada semua jemaah yang mengikuti rombongan ini.
"Baik ustaz!" Jerit lelaki tua yang umurnya dalam lingkungan 57 tahun.
"Baiklah saya nak serahkan semua passport anda, dan saya nak serahkan kad nama anda untuk dipakai dari KLIA sehingga ke airport Jeddah." Kata Mutawwif itu.
"Baik ustaz," balas Hasmi. Mutawwif hanya tersenyum mendengar kata-kata yang diberi.
Sebuah keluarga demi sebuah keluarga telah dipanggil untuk penyerahan passport dan namecard.
"Keluarga Hasmi," panggil Mutawwif. Hasmi yang berdiri disamping Fasya berjalan untuk mengambil passport dan namecard.
Passport dan namecard telah diberi kepada tuan punya badan.
"Jangan hilangkan passport. Jaga elok-elok," pesan Hasmi kepada anak-anak saudaranya.
"Baik pokde," balas Farah.
Ustaz Saberi memanggil semua jemaah supaya beratur dilaluan yang ditetapkan untuk memasukkan semua bagasi dan membeli tiket.
Hasmi, Fatma dan Fasya mulai menolak troli yang dipenuhi bagasi mereka.
"Panjang molek barisan. Adjust sampai ke luar pintu KLIA ni," bisik Fasya perlahan kepada Fatma.
"Itu lah pasal. Kita lambat sangat jalan. Macam penyu jalan. Itu pasal dah panjang barisan ni. Sabar je lah. Takpe flight pukul 10. Sempat lagi," balas Fatma dengan nada mendatar.
"Hermm okey."
Setelah berapa jam beratur. Akhirnya semuanya telah selesai. Fasya mengikuti jejak langkah rombongannya untuk menaiki Klia Transit.
Sampai sahaja diKlia Transit, Fasya menunggu kereta api yang bakal tiba tidak lama lagi. Sementara menunggu Fasya mengambil telefonnya dan membuka aplikasi instagram untuk melihat perkembangan semasa. Sesekali terdengar suaranya bercakap seorang diri.
"Fuh teruknya orang ni. Dah langgar orang lari pula. Tak pasal-pasal jadi kes langgar lari." Tidak lama kemudian kepalanya digelengkan.
Tidak lama kemudian telefonnya dimasukkan kembali didalam beg. Fasya melihat sekeliling. Hmm, not bad lah KLIA ni, besar pun besar. Hmm cantik cantik.
Sesekali kepalanya dipusing kearah lain. Dia melihat seorang lelaki dalam lingkungan 'budak' sekolah menengah yang sedang tenung dirinya.
"Pahal dia ni pandang-pandang orang. Nasib baik handsome," gumamnya.
Tidak lama kemudian, kereta api sudah pun tiba. Semua penumpang masuk ke dalam kereta api. Sampai sahaja giliran keluarga Fasya untuk masuk ke dalam kereta api sudah tidak muat, tapi Fasya paksakan diri untuk masuk juga dalam kereta api. Akhirnya, dia dan kakak keduanya Fatma sahaja yang berjaya masuk ke dalam kereta api.
"Mana yang lain?" Soal Fasya.
"Kat belakang kut," balas Fatma sambil mencari ahli keluarganya yang lain.
"Eh tiada pun. Diaorang tak naik ke tadi?" Tanya Fatma. Fasya hanya mengangkat bahu.
Setelah kereta api sudah pun berhenti ditempat perhentian Fasya dan Fatma terpinga-pinga mahu bergerak ke mana. Sudah lah ini kali pertama masuk ke KLIA. Kena tinggal pula.
"Lepastu kita ni macam mana? Jemaah yang lain kat depan dah jauh dah ni pada kita," soal Fasya.
"Takpe lah, kita ikut je jemaah yang lain. Kejar sampai dapat. Agak-agak kalau ada orang pakai beg embraz sama dengan kita, dia lah jemaah kita. Lagipun aku ingat muka jemaah tadi." Balas Fatma dengan yakin. Mereka berdua pun berlari untuk mengejar jemaah yang lain jauh meninggalkan mereka berdua.
Setelah berapa minit berlari akhirnya mereka berdua jumpa jemaah yang lain. Alhamdulillah!
Fasya dan Fatma akhirnya siap melakukan imigresen dan menunggu ahli keluarganya yang lain sampai.
Fasya mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka aplikasi whatsApp.
aku sampai dah. Settle dah semua. Kitaorg tunggu sini je. - Fasya.
okay, tunggu aku dengan yang lain kat sana - Farah.
okay, cepat sikit. - Fasya.
Tidak lama kemudian, telefonnya berbunyi menandakan bunyi mesej masuk.
Ye. - Farah.
Fasya menutup telefonnya dan menyimpan ke dalam beg. Dia melihat sekeliling untuk mencari budak lelaki tadi. Dengan sekali pusing sahaja dia sudah melihat budak itu disana.
"Agak-agak umur dia berapa eh? Aku baru 16. Tahun depan baru masuk 17. Dia mesti atas dari aku kan? Kalau lower taknak lah," gumamnya. Sempat lagi dia mengutuk orang tu. Nasib baik tak dengar. Kalau dengar habis lah riwayat dia.
Beberapa minit kemudian, ahli keluarganya sudah pun sampai. Elok sahaja mereka tiba, seorang pegawai disitu mengumumkan untuk masuk ke dalam kapal terbang. Fasya bangun dan berjalan memasuki ke terowong kapal terbang dan masuk ke dalam kapal terbang. Fasya mencari tempat duduknya. Dah lah sempit, jauh pula seatnya. Nombor 32 pula tu. Duduk kat ekor kapal terbang pula aih. Fasya masih lagi mencari seatnya walaupun keadaan sangat kelam kabut. Setelah berapa minit mencari, akhirnya jumpa juga. Lahh aku ingatkan aku duduk tepi tingkap. Duduk tengah rupanya, bebel hati Fasya. Hand carry yang berada ditangannya diangkat lalu diletakkan diruangan barangan.
Fasya mengambil tempat bersebelahan makcik dalam umur 60an. Makcik itu hanya senyum kepada Fasya. Tanpa segan silu Fasya bertanya kepada makcik disebelahnya "Makcik datang dengan siapa? Seorang je ke?" Makcik itu mengelenggkan kepalanya.
"Saya datang dengan anak menantu saya. Cucu saya pun ada. Ini cucu saya. Ini yang sulung, yang ni kedua." Balas makcik tadi seraya menunjukkan cucunya berada disebelah kerusinya. Lahh, datang dengan cucu sekali rupanya. Ingatkan seorang je.
"Diminta semua penumpang untuk hidupkan mod penerbangan ditelefon anda. Pastikan semua telefon bimbit anda dimatikan. Jangan lupa untuk memakai tali pinggang keselamatan. Keselesaan anda adalah tanggungjawab kami." Kata juruterbang yang akan membawa semua jemaah ke Madinah. Fasya mengambil telefon bimbitnya dan membuat seperti yang disuruh oleh juruterbang tadi.
Dalam beberapa minit kemudian, Fasya merasa kapal terbang mulai bergerak untuk terbang ke udara.
Sebaik sahaja kapal terbang sudah berada diudara, Fasya membuka selimut yang diberi oleh Pamugari dan Pramugara untuk semua penumpang. Dalam beberapa minit kemudian matanya sudah layu. Dia sangat mengantuk. Mana taknya, kena bangun awal lagi, lepas tu kena beratur berjam-jam kat KLIA, lepas tu kena berlari pula kejar jemaah. Mahu tak mengantuk.
Dalam beberapa minit Fasya tidur, tiba-tiba terdengar seorang Pramugara lelaki mengejut dia untuk memberi beg kecil seperti bekas pensil yang isinya ada botol wuduk, air mineral, sejadah kecil dan kurma. Ish, kacau betul lah, aku ni dah lah mengantuk. Aku ni kalau dah bangun tak boleh nak tidur dah, amuk hatinya.
Tidak lama kemudian, terdengar suara juruterbang bercakap "Sebentar lagi pihak kami akan menyediakan makanan untuk semua jemaah. Semua makanan ini tidak perlu dibayar. Semuanya percuma. Selamat menjamu selera."
Tidak lama kemudian, Fasya melihat semua pihak mereka mula menolak troli yang dipenuhi makanan untuk dibagikan untuk semua jemaah. Satu persatu makanan telah diagihkan kepada semua jemaah. Sampai sahaja gilirannya, dia memilih untuk makan mee sahaja.
"Terima kasih." ucapnya. Pramugara itu senyum seraya membalas ucapan Fasya tadi "sama-sama. Selamat menjamu selera." Pramugara itu terus berlalu dan pergi ke jemaah lain pula. Fasya mulai buka bungkusan makanan itu dan mengambil gambar. Nak buat kenangan katanya. Tidak lama kemudian, Pramugara dan Pramugari menolak troli yang dipenuhi dengan pelbagai air. Ada air jus, ada air bergas, ada air panas dan juga sejuk. Sampai sahaja gilirannya untuk memilih air dia memilih air jus apple sahaja.
Fasya mulai makan semua makanan dan minuman diberikan oleh mereka.
Beberapa minit kemudian, Fasya sudah pun selesai menjamu selera. Ermm, not bad lah makanan dalam kapal terbang ni walaupun bentuk dia lain dari yang lain.
Dalam beberapa saat sahaja, matanya kuyu kembali. Ye lah, lepas makan mestilah mengantuk. Dia berharap selepas ini tidak ada yang mengejutnya. Kalau nak kejut pun, kejut dia masa nak makan untuk kali kedua apabila nak sampai Madinah nanti. Now, time for sleep!
hshshs bab 4 dah siap !
Share this novel