"EII TAK SABARNYA NAK PERGI UMRAH !" Jerit Fasya keriangan. Mamanya yang berada disampingnya tergelak melihat lagat anaknya itu. "Sampai sana buat ibadah betul-betul, duduk dengan jemaah, jangan berpisah, pegang tangan kakak dan angah." Nasihat Puan Azizah kepada anak bongsunya.
"Baik maaa," balas Fasya bersahaja. Dia tak suka mamanya melayan dia seperti anak kecil. Dia sudah berumur 16 tahun nak masuk 17 tahun dah. Dia pandai berdikari. Dia juga tidak suka mamanya berkata pasal kakak dan angah dia. Apa ingat mereka je yang dah besar? Habis dia tak besar-besar?
"Barang dah siap packing belum? Esok nak pergi KL dah." Tanya Kakak sulungnya yang bernama Farah kepada adik-adiknya.
"Dah. Orang awal packing. Tak sabar nak pergi umrah ni." Balas adik keduanya Fatma. Farah hanya mencebikkan bibir dan menuju ke biliknya.
Keesokan harinya, Fasya dan kakak-kakaknya sudah mahu berangkat ke KL menaiki bas. Mamanya yang berada disampingnya dipeluk erat.
"Bye maa, halalkan makan minum adik selama mama menjaga adik. Halalkan semuanya ma." Kata Fasya dengan nada tangisan. Airmata yang sedari akhirnya gugur jua dibahu mamanya.
"Ye, mama halalkan semuanya. Jaga diri baik-baik mama sayang anak mama ni. Jaga diri elok-elok. Balik sini pastikan sihat macam ni okay?" Balas Puan Azizah dengan nada sebak. Bukan dia tidak mahu menangis depan anak-anaknya, tapi dia tahu, kalau dia menangis dihadapan anak-anaknya. Anak-anaknya akan berat hati untuk meninggalkan dia.
"Jom dik. Bas nak jalan dah tu. Bye mama !" Panggil Farah kepada adik bongsunya. Dia tahu kalau dibiarkan begitu lagi mahu bas terlepas. Dia tahu adik bongsunya tidak boleh berpisah dengan mamanya. Dari kecil anak beranak tu tak pernah berpisah. Walaupun abah dah tiada didunia ini lagi, tapi hubungan mama dan adik bongsunya tidak menjadi penghalang untuk bersama dari dulu sehingga sekarang.
"Okay. Bye maa. Jumpa lagi." Ujar Fasya sayu lalu meninggalkan mamanya yang masih menunggu dia lagi dipintu masuk.
Apabila bas mula bergerak Fasya mulai menangis kembali. Walaupun ini bukan kali pertama buat Fasya meninggalkan mamanya. Tapi kali ini hatinya benar-benar sedih untuk meninggalkan mamanya. Ketika bas berjalan ke depan untuk bergerak keluar dari Terminal Sentral Kuantan, Farah ternampak mamanya menunggu mereka dipintu masuk tadi. Farah memanggil adik-adiknya disebelah untuk melambai mamanya. Fatma dan Fasya berpaling untuk melambai mamanya. Setelah pemandangan indah sebentar tadi hilang dari matanya. Fasya mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mendengar lagu yang sedih. Maklum lah, sedih tinggal mamanya disini. Manakala dia ke KL dan terus ke Madinah dan Mekah. Sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur tidak sepatah pun Fasya bercakap dengan kakak-kakaknya.
Sampai sahaja di Terminal Kuala Lumpur, Fasya dan kakak-kakaknya menunggu ayah saudara belah ayah mereka untuk menjemput mereka tinggal dirumah dia. Sampai sahaja ayah saudara mereka. Mereka terus bertolak ke Sepang untuk pergi ke rumah ayah saudaranya.
"Apa perasaan Husna nak pergi ke tempat suci ni?" Soal ayah saudaranya kepada Fasya. Fasya hanya tersenyum dengan soalan ayah saudaranya. Perasaannya sekarang ini bercampur baur. Semalam gembira, hari ini jadi lain pula. Ayah saudaranya soal kembali dengan soalan yang sama, lalu Fasya menjawab "seronok." Ayah saudaranya hanya mendiamkan diri apabila Fasya menjawab begitu. Dia tahu anak saudaranya sedih berpisah dengan mamanya. Dia biarkan sahaja anak saudaranya itu dan menyoal soalan lain kepada anak saudaranya yang lain.
thank you sudi baca. Luv banyak². Tapi slow update ehh. HEHE
Share this novel