BAB 3

True Story Series 2085

"Makngah dah sampai?" Sapa Fasya ketika dia terlihat Makngah memasuki rumah adiknya Hasmi.
"Dah sampai dah." Balasnya sambil senyum. Fasya membalas senyuman. Tidak lama kemudian senyumannya bertukar menjadi muram, ketika dia melihat sepupunya masuk ke dalam rumah dan menyalami semua orang dalam rumah itu. Fasya berlalu dari situ, dia malas nak berjumpa sepupunya itu. Ya dia tahu bukan salah sepupunya. Salah dia juga sebab tak belajar betul-betul. Dah kakak kakaknya selalu bandingkan dia. Tak habis-habis cakap pasal sepupunya itu.
Masuk sahaja didalam bilik dia mengambil telefon dan membuka aplikasi whatsapp. Dia melihat tiada seorang pun yang mesejnya. "Ish bosan lah macam ni, takde orang chat. Syahid pun satu taknak langsung chat," merungut Fasya.
Pintu biliknya dikuak dari luar, dia yang baru hendak duduk, berdiri kembali.
"Ye kenapa?" Soal Fasya kepada sepupunya yang bernama Qistina.
"Takde apa saja je. Kak Farah kata kau tidur dengan aku malam ni." Balas Qistina.
"Tak jadi, aku tidur dekat loteng. Bilik ni kau tidur lah korang satu keluarga. Makngah, Pakngah, Athirah dan kau. Aku tiga beradik tidur dekat loteng je. Lagipun loteng muat je. Sehari je pun. Esok pagi nak pergi airport dah." Kata Fasya pula. Qistina hanya mengangguk dan keluar dari bilik.

Jam sudah menunjukkan tepat jam 7 malam, yang menunjukkan sudah masuk waktu Maghrib. Fasya ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Selesai sahaja dia mengambil wuduk dia keluar dari bilik air dan menuju ke biliknya untuk menunaikan solat fardhu Maghrib.
Selesai sahaja dia menunaikan ibadah wajib, pintu biliknya diketuk. Fasya menoleh. "Patut lah tak masuk pintu kunci rupanya," kata Fasya sendirian. Pintu bilik diketuk lagi, Fasya bangun dan menuju ke pintu bilik dan membuka pintu.
"Kau kunci kenapa?" Tanya Fatma. Fasya duduk kembali disejadah seraya menjawab "Tadi aku tanggal tudung, aku takut Pakngah masuk tu je."
"Yang kau lambat sangat buka kenapa?" Soal Fatma tadi. Fasya mengeluh, malas benar dia nak jawab soalan yang dilontarkan. Dah sah-sah lah aku baru habis solat, pelik aku soalan dia ni, bebel Fasya dalam hati.
"Aku baru habis solat time tu. Pastu kau ketuk. Kebetulan aku terlupa aku kunci." Jawab Fasya dan memberi jelingan maut.
"Barang kau dah siap belum?" Tanya Fatma lagi.
"Dah siap. Baju untuk dipakai esok aku dah gantung. Tudung esok, aku pakai tudung sarung je. Dah semua dah siap." Balas Fasya acuh tak acuh je. Penat betul dia nak bercakap. Dia bangun dari sejadah dan menuju ke meja solekan untuk mengambil Al Quran dan duduk diatas katil. Surah Al-Mulk dibuka. Dia membaca surah Al-Mulk dengan nada rendah, dia takut kerana bacaannya akan menganggu angahnya solat.

"Husna dah ready nak pergi esok?" Tanya Mukhtar kepada cucunya.
"Ready dahhh haha. Husna tak sabar dah ni nak pergi." Balas Fasya.
"Sampai sana buat amal ibadat elok-elok. Minta dengan Allah betul-betul. Jangan main-main." Kata Hasmi. Fasya mengangguk bertanda setuju.
"Okay pergi tidur, esok nak gerak awal pergi sana." Arah Hasmi kepada anak-anak saudaranya.
"Baik pokde." Balas mereka dan pergi naik ke loteng untuk tidur.

slow update hehe. Tapi saya akn stay update walaupun late.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience