Rate

2

Humor Completed 11733

“Far, please”.

Farish pegang bahu Wanie. Dia cuba memujuk. Biarlah sehingga dia perlu merayu sekali pun, Farish sanggup. Dia enggan hilang gadis itu dari hidupnya. Farish tidak mahu. Memang salahnya kali ini. Farish tahu dia salah. Dia salah kerana mengabaikan gadis itu. Dia salah kerana terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga gagal mengambil tahu soal gadis itu. Paling besar salahnya dengan gadis itu, Farish terlupa hari jadi Wanie yang tarikhnya jatuh empat hari yang lepas.
Mana tak melenting si Wanie bila buah hati lupa hari jadi sendiri? Mana tak meradang kekasih hati kalau sampai si teman lelaki bukan setakat lupa hari jadi, malah terlupa juga untuk membelikan hadiah untuknya keesokan hari?

Farish meraup wajah. Dia salah dan dia salah. Itu konklusinya.

“Far..” Farish panggil Wanie lagi.

Wanie bangun tiba-tiba dari duduknya. Farish sedikit tersentak.

“Sayang…” Farish memanggil Wanie lembut. Usaha memujuknya tidak ditamatkan. Hati Wanie harus digenggam semula.

“Kita putus. Final”. Wanie seperti sudah tekad. Wajahnya tiada raut apa-apa.

Farish terdiam. Matanya seperti ingin terkeluar dari kelopaknya. Hatinya seperti ingin jatuh ke lantai. Putus?

“Putus?” Farish ingin kepastian.

Wanie merenung wajahnya lama. Sepertinya gadis itu sedang mengumpul kekuatan. Kekuatan untuk putuskan hubungan?

“I’m done with you. Kita putuslah”. Dan itu yang terluah setelah kekuatan dikumpul Wanie.

Farish seperti tidak percaya. Putus hanya sebab terlupa hari jadi? I’m done with you? Macam itu sahaja? Lima tahun bercinta dan hubungan tamat dengan sebab Farish terlupa hari jadi Wanie? Farish tidak boleh terima. Alasan Wanie terlalu mudah. Terlampau mudah. Farish tidak yakin itu alasannya. Mustahil!

“Wanie, jangan tipu Ayish. Kita couple sudah lima tahun, Far. Lima tahun. Wanie nak putuskan hubungan lima tahun kita hanya sebab Ayish lupa hari jadi Wanie? Hanya sebab tu? Sayang, please fikir betul-betul. Fikirlah betul-betul demi hubungan kita. I cintakan you. Cintakan you sangat-sangat. Sangat, sangat dan sangat!”

Wanie tunduk. Di matanya sudah ada tanda-tanda empangan yang mahu pecah. Wanie menahan tangis. Dan Farish tahu, Wanie tak akan menangis di hadapannya. Wanie pemendam perasaan yang hebat. Pendam masalah dan pendam masalah.
Terasa juga dipendam, amarah juga dipendam. Gadis itu jarang sekali hendak berkongsi apa-apa dengannya. Selagi boleh ditahan sendiri, gadis itu gemar menahan sahaja. Baguslah. Bagus sangat! Di akhir cerita, “Kita putus. Final”. Elok begitu?

“Far, think wisely, sayang. Lima tahun cinta kita, Far..” Farish belum mahu mengalah.

Wanie geleng. Titis air mata sudah jatuh.

“Not this time, Ayish. Kita putuslah. Saya dah penat bersabar dengan kesibukan awak. Kalau awak lebih sayangkan kerja awak dari saya, kita putuslah. Tak guna kita bercinta, even lima tahun sekali pun tempohnya, tak guna. Sangat tidak berguna, Ayish. Let’s finish it here. Kita putuslah”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience