Rate

5

Humor Completed 11733

Usai tamat waktu kerja, jam sudah pukul enam petang. Penatnya yang terbeban di bahu memang tidak terhitung. Seminggu sudah lepas dengan Farish memang terang-terang tidak bertemu sesiapa untuk dijadikan bakal isteri. Hatta jururawat sekali pun tiada dalam mindanya sekarang. Sejak mama minta dia cari bakal menantu untuk mama, Farish sudah tiga kali mendirikan solat istikharah untuk meminta petunjuk terbaik dari Allah.
Teringat dia babak cerita Ketika Cinta Bertasbih, filem Indonesia yang diadaptasi dari novel Habiburrahman El-Shirazy itu. Tatkala Furqan dibebani masalah sama ada mahu memilih Anna Althafulnisa atau pun Ellina, Azzam mengingatkan dia betapa besarnya kuasa Allah dalam memberikan kita satu kesempatan untuk berserah padaNya melalui jalan isthikharah.

“Isthikharahlah. Minta petunjuk Allah”.

Enjin kereta dihidupkan. Sementara menanti enjin panas, Farish menyandarkan kepalanya di kerusi. Letihnya berada di dalam situasi sebegini. Letih!

Tret! Tret!

Farish tersentak. Telefon di dalam poket dikeluarkan. Nama pemanggil dilihat. Bibir Farish menguntum senyum.

“Assalamualaikum, ma”. Farish memberi salam.

“Waalaikumsalam, Yish. Yish, mama nak minta tolong boleh?”

Kening Farish berjungkit. “Minta tolong apa, ma? Beli barang ke?”

“A’a. Tapi, kali ni bukan beli, tapi ambil. Tolong mama ambilkan baju mama yang mama dah tempah dekat butik yang kita pergi hari tu boleh, Yish?”

“Butik mana, ma?”

Farish cuba mengingat. Mama terlalu banyak menempah baju dan tempahannya pula di butik yang pelbagai. Banyak kot! Tidak terjangkau akal Farish hendak mengingat yang mana satu butik yang mama maksudkan. Tidak mampu. Itu hakikatnya.

“Alah, kamu ni. Butik kegemaran mama tu. Yang dekat OU tu ha. Ingat? Ala..yang kita pergi ambil baju masa kakak kamu nak buat kenduri kahwin tahun lepas tu. Ingat?”

Farish mengangguk-angguk. Ya, butir kali ini jelas dan nyata. Kalau butik itu, dia ingatlah. Butik di tingkat tiga OU Mall . Memanjang juga mama tempah bajunya di situ. Tahun lepas masa kakaknya Mira berkahwin, mama tempah baju kurungnya juga di situ. Kata mama, dia kenal dengan pemilik butik itu. Makanya, dia lebih yakin untuk tempahkan bajunya di situ. Farish yang mendengar hanya boleh mengangguk. Iyalah, mama bukan boleh dilawan. Apa dia kata harus disetujui. Kalau tidak, tahanlah telinga melayan leteran mama. Tak apa ma, tak apa. Syurga kan bawah telapak kaki mama..Farish menguntum senyum di bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience