Rate

3

Humor Completed 11733

Suara berbalam-balam dengan selang seli sebak itu semakin mendayu-dayu. Ini penamatnya. Itu konklusi Wanie yang enggan mahu ditukar lagi. Tiada timbal balik. Wanie seperti sudah pasti dan yakin ini sewajarnya dilakukan dia.

“Far..” Farish panggil lagi.

Wanie tersenyum tawar. Dia memandang Farish di hadapannya.

“Hantar I balik. For the last time..” Dan ‘for the last time’nya itu menjadi semakin sayu dan lemah. Lemah seperti lemahnya hati Farish sekarang. Farish kehabisan kata-kata. Bukan sebab dia cintakan kerjayanya maka dia terima perpisahan ini. Atau bukan sebab dia tidak cintakan Wanie, maka dia menerima permintaan Wanie ini. Farish sudah mati akal. Fikirannya kalau dipaksa untuk berfikir juga pasti tiada berjawapan dan kalau dipaksa untuk berkata-kata serta merumuskan situasinya juga Farish sudah hilang punca.

“Jom, I hantar you”.

Farish tarik nafas. Wajah Wanie dipandang.

“Buat kali terakhir”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience