Rate

6

Humor Completed 11733

“Saya datang nak ambil baju mama saya, Puan Kamariah”.

Farish terus merujuk soal baju mama sebaik sahaja sampai di kaunter butik tersebut. Gadis yang menyambut tersenyum.

“Sekejap ya”.

Farish angguk. “Sekejap ya?” Nampak sangat pekerja-pekerja di butik ini memang kenal dengan mama. Yang disebut Farish cuma Puan Kamariah, bukannya Kamariah bin apa atau Kamariah binti apa. Hanya Kamariah dan mereka sudah menebak Kamariah yang mana satu. Hebat! Sangat hebat!

Mata Farish meliar memandang sekeliling. Butik ini bukan sekadar menawarkan khidmat tempahan baju, malah turut menawarkan khidmat sewaan baju pengantin dan sebagainya. Menarik. Sesuatu yang baru untuk diambil tahu oleh ‘manusia yang tidak bercampur orang’ sepertinya.

Pembantu butik keluar dengan tangannya menjinjing hanger yang disangkut dengan baju kurung mama berwarna pink. Farish ingat baju itu baju mama kerana Farish yang menemani mama membeli kain ela untuk dibuat baju ini di Kamdar, bulan lepas.

“Dah siap?” Farish sengaja berbasa-basi. Senyuman berhias di bibir.

“Dah. Kejap saya masukkan baju dalam beg ya?” Pembantu kedai itu menjawab ramah. Farish angguk. Beg bertukar tangan bila bayaran sudah dibuat.

“Terima kasih. Sila datang lagi ya”. Pembantu kedai tadi bersuara lagi dengan senyumannya masih belum hilang.

Farish angguk. “Insya’allah kalau saya tak pasti. Tapi, kalau mama, wajib. Saya balik dulu. Assalamualaikum”.

Farish baru berkalih untuk keluar bila bahunya tiba-tiba ditepuk orang. Farish lekas menoleh.

“Auntie?” Raut Farish sedikit tersentak. Mama Wanie?

Auntie Lisa tersenyum manis. Seperti selalu-selalu wajahnya. Manis dengan senyuman, ramah dalam berbahasa. Farish serba-salah. Tidak dapat digambarkan perasaannya bagaimana sekarang. Sangat serba-salah. Ya, itu pasti.

“Farish datang sini buat apa? Ambil baju?” Ramah suaranya.

Farish senyum. Dia mengangguk mengiakan. “Baju mama”. Beg kertas berisi baju mama diangkat.

Auntie Lisa mengangguk.

“Farish free sekarang?”

Farish menjungkitkan keningnya sedikit aneh dengan soalan dari Auntie Lisa.

“Free?” Auntie Lisa menyoal untuk kali kedua.

Farish mengerutkan kening. Ada apa ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience