Rate

8

Humor Completed 11733

“Malik itu anak kawan papa Wanie. Kenal dua tahun lepas lagi, Farish. Bagaimana mereka bercinta pun Auntie tak tahu. Minggu lepas, Wanie balik dengan muka ceria. Auntie ingatkan dia seronok keluar dengan kamu tapi bila Auntie tanya, Auntie terkejut besar. Dia kata dia nak kahwin dengan Malik. Malik dah lamar dia jadi isteri Malik. Maafkan Auntie. Farish. Maafkan Auntie”.

Angin yang bertiup itu membawa kepingan hati Farish yang sudah terluka jauh darinya. Seperti langit malam yang gelap sepi di luar sana, begitu jugalah hatinya sekarang. Farish menarik nafasnya dalam-dalam.
Sepertinya, dia sudah bulat dalam mencari solusi status kehidupannya sekarang. Farish yakin, keputusan yang akan dibuatnya selepas ini, itulah yang terbaik. Pandangan matanya dilempar ke luar.

“Alangkah indah kalau yang dipilih sendiri ini berjalan seperti yang dikehendaki”.

Nafas berat dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience