Rate

1

Humor Completed 11733

“Terima Ayish balik, Wanie. Ayish janji Ayish takkan lukakan hati Wanie macam sebelum-sebelum ni. Ayish janji”.

Farish memujuk lagi. Kalau hendak dihitung berapa kali sudah dia memujuk Wanie, teman wanitanya yang sedang merajuk itu, Farish memang tidak mampu mengira. Senang kata, sudah banyak kali. Dan setiap ‘banyak kali’nya itu masih juga belum disambut dengan ‘tanda-tanda ingin memaafkan’ dari pihak Wanie kepadanya.

Wanie masih kekal membatu. Marahnya semakin menjadi-jadi. Kalau dua hari lepas, walau marah, Wanie masih boleh melayannya dengan bahasa yang baik. Semalam, Wanie sudah semakin menyendiri. Konon-kononnya dia mahu memujuk gadis itu, maka dia ajaklah Wanie keluar. Mana tahu amarahnya tamat selepas mereka keluar bersama. Alih-alih, Wanie buat endah tak endah sahaja dengannya. Ditanya sebaris ayat, sepatah sahaja yang dijawabnya. Itu belum ditanya sepatah sahaja. Kalau ditanya sepatah, agak-agaknya memang Wanie tidak menjawab terus apa. Dan sekarang, Farish memang sudah buntu. Buntu dan buntu. Wanie tidak bercakap langsung dengannya. Langsung. Yang Wanie tahu, diam dan membatu. Itu sahaja yang dilakukannya bila mereka berdua bertentang muka. Jujur, Farish sudah mati kutu bila terlibat dalam situasi begini. Sungguh. Dia sudah angkat bendera putih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience