Rate

4

Humor Completed 11733

“Ayish putus dengan Wanie? Astaghfirullahala’zim! Ayish, Ayish putus dengan perempuan yang satu-satunya pernah Ayish kawan selama ini? Ayish sedar tak apa Ayish buat ni? Mama tak faham Ayish. Tak faham. Umur dah lanjut, tak terfikir nak kahwin ke? Masih boleh main-main bercinta lepas tu putus macam ni lagi? Umur dah dua puluh tujuh, Ayish. Bukan lapan belas. Bila nak belajar cari yang lekat ni??”

Mama sudah berleter dengan suaranya yang tinggi bergema-gema di dalam rumah. Farish garu kepalanya yang tidak gatal. Mama kecewa? Farish lagi besar kecewa. Cinta lima tahun mati di situ. Tetapi, Farish tidak boleh memaksa orang yang meminta hubungan mereka putus itu agar hubungan dilanjutkan lagi bila mana orang itu sendiri berkeras untuk memutuskannya. Takkan hendak menjadi si pengemis cinta pada orang yang sanggup melupakan dirinya hanya kerana dia terlupa hari jadi Wanie? Sibuk bekerja? Ahh..itu alasan yang memang terang-terang Farish tidak boleh tarik diri. Dia doktor. Doktor yang memang tersangat sibuk dengan pekerjaannya di hospital. Sejak mereka mula menyulam cinta lagi Farish sudah ingatkan Wanie, “Saya pasti akan sibuk bila sudah bekerja nanti. Sanggup awak sabar dengan kesibukan saya?” Dan jawapan Wanie, “Saya cintakan awak”.

“Ayish, mama tak kira. Ayish dah dua puluh tujuh , Yish. Mama nak Ayish carikan mama seorang perempuan untuk mama jadikan menantu. Mama bagi masa dua minggu. Kalau Ayish tak jumpa, mama sendiri yang akan carikan nanti. Titik!”

Mama bergegas terus ke dapur. Dan pasti, Farish sudah terhenyak di kerusi dengan neuronnya sudah bergelumang idea bagaimana hendak melakukan apa yang mama minta. Ah!! Mama bukan main cakap hentam kromo. Semua yang dicakapkannya ada makna. Kali ini juga sama. Mama yang sudah bulat untuk bermenantu akan menanti hanya dua minggu masa yang ada dan jika Farish gagal mencari pilihan sendiri, mama tentu akan mencari terus yang boleh dipadankan dengan Farish nanti.

“Pa..”. Farish pandang papa yang sedang membaca surat khabar dengan pandangan kusut. Papa, idea please…

Papa tergelak kecil.

“Pa..” . Farish sudah tidak sabar. Ada papa boleh main gelak-gelak lagi masa suntuk begini. “Pa, seriuslah, pa. Ayish dah habis akal ni, pa. Sedih sebab clash dengan Wanie dah satu hal, pa. Takkan nak kena cari calon masa-masa macam ni jugak, pa. Parahlah Ayish, pa”. Farish sudah rasa serabut. Serabut, serabut, serabut.

“Papa rasa, baik Ayish lupakan Wanie”.

Farish tergamam. Matanya memusat pada papa.

“Pa?” Farish tidak percaya itu papa yang berkata-kata. Lupakan Wanie?

“Lupakan dia. Kalau betul dia cintakan Ayish, dia akan bersabar dengan dugaan dalam perhubungan Ayish dengan dia. Papa bukan apa Yish, Ayish doktor. Kalau dia jadikan alasan Ayish terlalu sibuk sampai abaikan dia sekali pun, tak perlulah sampai perlu putuskan hubungan yang sudah lima tahun terjalin. Papa tak nak menghukum kamu, but think wisely. Kalau dengan alasan begitu dia boleh putuskan hubungan, mungkin bila Ayish kahwin dengan dia nanti, dengan alasan semudah itu juga kamu berdua akan bergaduh. Papa tak doa,. This is fact”.

Farish menunduk. Dia meraup muka. Letih!

“Yish, papa dan mama tak minta Ayish bawa balik doktor atau peguam untuk digandingkan dengan Ayish. We don’t need that. I’m a doctor, but mama, mama nurse saja. And yet, I love her. So much, Yish. Tak perlu bawa balik isteri yang hebat-hebat kerjayanya, muka cantik macam Cinderella, no need. I just need a good and polite daughter in law. That’s it”.

Papa menepuk bahu Farish lembut. Sepertinya tepukan itu menghantar pesan ke saraf-saraf lain bahawasanya Farish harus lebih banyak berfikir kali ini.

Farish menghela nafasnya berat. Dua minggu? Mana nak dicari calon isteri dalam masa dua minggu? Calon isteri bukanlah sayur seikat dua ringgit yang berlambak di pasar. Arghh, tekanannya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience