Rate

7

Humor Completed 11733

“Wanie nak kahwin, Auntie??” Farish rasa seperti hendak terkeluar limpa, hati dan jantungnya sekali gus. Wanie nak kahwin??

Auntie Lisa angguk dengan wajahnya berbekas rasa bersalah. Anak gadisnya mencari alasan semata untuk memutuskan hubungannya dengan Farish hanya kerana ada lelaki lain yang hadir di dalam hidupnya. Malunya dia, Allah sahaja yang tahu. Beban malu yang ditanggung ini kalau boleh dibuang dengan melemparkan diri ke dalam rimbunan api marak juga dia sanggup. Malangnya, bila sudah bernama diri ini manusia beragama, dia harus redha. Itu anaknya dan itu keputusan muktamadnya.
Sebagai ibu, sebelum anak itu berlebih-lebihan dalam perhubungannya dengan lelaki itu, ada baiknya dia biarkan sahaja mereka berkahwin. Malu anaknya putuskan hubungan demi mengejar harta masih boleh dipekung. Tetapi, malu kalau anaknya berbuat tidak baik, itu tidak dapat dijangkau mindanya. Selagi boleh dikekang, dia mengekang.

“Auntie, sungguh Wanie nak kahwin?” Raut Farish berubah pucat.

Auntie Lisa angguk lemah.

“Dengan siapa, Auntie?” Farish masih boleh bersabar. Jika seminggu yang lepas perkara ini menerjah dirinya dahulu, pasti Farish sudah hilang akal dan tambah kecewa. Mujurlah sebaliknya yang berlaku. Allah adalah penentu yang lebih baik. Sangat baik dalam segala perkara. Allah telah mengatur dugaan hidupnya setakat yang termampu untuk dia menempuhinya. Allah!

“Farish, jangan salahkan diri Farish dengan semua alasan yang Wanie bagi masa dia minta putus dengan kamu. Jangan sesekali, nak. Sungguh. Auntie tak pernah didik dia membesar dengan cara macam tu. Auntie malu, Farish. Malu sangat. Auntie cuba sabar sekarang. Auntie cuba sabar dengan semua yang dia buat, Farish. Auntie harap Farish lupakan Wanie. You deserves better”.

Kali kedua dia diminta melupakan Wanie. Farish menghirup air di hadapannya perlahan. Kata-katanya mati. Dia ditipu gadis itu dengan air mata palsu ketika ingin berpisah. Dia ditipu gadis itu dengan manja dan cerianya bila mereka berjumpa. Dia ditipu gadis itu yang kononnya memendam segala masalah sendiri dek dia terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga tiada masa untuk gadis itu. Aduhai, paling penting antara semua-semua, dia ditipu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience