BAB 6

Romance Completed 14775

Kami terkelu. Dian menunduk 90 darjah dan aku hanya tersenyum tanpa perasaan apabila orang itu adalah Payet.

Muehehe…

“Kami nak panggil orang tapi dia tak ada pula. Kan Tihah? Jom.” Dian tarik tangan aku. Aku keraskan diri. Dian marah-marah aku tapi perlahan aje setakat dengar kat telinga aku.

“Eh… mana ada. Maaf, tapi kami memang nak datang sini pun. Boleh tak kami nak tengok korang berlatih muzik untuk persembahan nanti.” Aku minta izin cara sopan di samping nak betulkan apa yang Dian katakan tadi.

Bila masa pula kami nak cari orang? Tipu je Dian ni…

Payet pandang aku sinis. “Masuklah.”

“Yeahhh!!!” Aku terlampau suka sehingga melompat suka sampai terlupa ada manusia di hadapan aku. Payet dan Dian yang memandang aku pelik.

Aku dan Dian masuk ke bilik muzik melihat Mr. Mentos aku berlatih bermain muzik, gitar dan aku tak fokus pun dekat orang lain walaupun ada yang buat aksi pusing-pusing lipat badan bagai. Aku cuma tahu Payet aku sahaja.

Aku suka, tapi Dian ni tak sudah-sudah ajak aku balik. Tak nak tengok mereka berlatih, dia nak belajak. Aku buat tak peduli dengar dia berceramah dekat telinga aku sampai Dian berhenti dengan sendirinya bila dia rasa macam cakap dengan drum sebelah aku ni.

Kalau orang sekeliling rasa aku muka tembok lepas kena hina dengan Payet depan orang ramai tapi tetap terhegeh-hegeh nak jumpa Payet, aku tak heran sebab Payet janji dengan aku kalau aku dapt score markah aku percubaan ni tinggi. Dia nak kawan dengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience