Sofea tergelak kuat. Aku tahan hati. Tahan geram juga! Sofea memang dari dulu lagi tak sukakan aku. Aku sendiri tak tahu kenapa. Apa yang aku nak, semuanya dia dapat. Sepatutnya aku yang tak sukakan dia tapi terbalik pula. Aku tahulah aku tak pandai tapi tidak perlulah buat announcement depan semua orang yang aku bagi surat dekat Payet dan Payet pula tidak perlulah kutuk aku depan semua orang.
Aku tersenyum tipis. Tanpa pandang dia, “Saya minta maaf. Saya tak patut bagi surat dekat awak. Tapi tak perlulah buat macam ni kat saya.”
“Baik.” Aku dengar Payet balas.
Aku angkat kaki hendak pergi dari sini tiba-tiba aku dengar Payet panggil nama aku. Aku terhenti tapi tak pandang depan.
Payet bengkokkan sedikit badannya. Menunduk pandang muka aku yang tertunduk. Dia tersenyum kat aku. “Kau suka aku ke?” Soalan dia tanya buat aku cepat-cepat angkat kepala menghadap muka dia.
Aku senyum. ” Suka. Saya suka awak.” Jawab tanpa rasa malu pun.
Payet senyum sinis. “Kalau kau suka aku, buktikan kau boleh berjaya dan lulus dalam ujian bulan depan. Sebab aku paling tak perempuan yang bodoh atau bahasa yang sopan sikit, brainless women or frivolous women… semuanya menjijikan pada aku. Faham?”
“Faham. Saya akan berusaha nanti.” Tapi… tak perlulah kategorikan aku dalam menjijikan. Sadisnya. Ayatnya yang terakhir itu sangat memilukan hatiku.
“Ok. Kita tengok nanti.” Payet pergi dari situ macam tak ada apa-apa berlaku. Aku tersenyum sendiri.
“Payet!!!” Sofea panggil nama Payet tetapi Payet tak toleh belakang. Sofea jeling aku. Aku senyum pada Sofea sambil buat tanda peace.
“Kau… jangan happy sangat. Payet milik aku.” Sofea bagi amaran waktu dia lalu depan aku, Nina dan Dian. Kami angkat bahu tanda tak ambil peduli dengan kata-kata Sofea itu.
Senang cerita, aku prinsip ‘siapa cepat, dia dapatlah.’ Muehehe…
***
Aku tarik tangan Dian laju mengikut aku ke bilik muzik di tingkat 2 bersebelahan dengan taman bunga sekolah kami. Dian dah marah-marah aku sebab paksa dia ikut sekali. Aku telah menganggu Dian membaca buku kat perpustakaan tapi oleh kerana hati Dian baik macam air, dia pun ikutlah walaupun aku terpaksa dengar dia berleter sepanjang perjalanan kami.
“Tihah… nak buat apa kat sini? Nina mana? Tak ajak dia sekali ke? Kenapa aku?” Dian merungut setelah kami berhenti di hadapan pintu bilik muzik.
“Nina, tak nak ikut. Jadi, aku ajak kaulah.”
“Weiii… tak adil macam ni. Nina tak ikut, kau tak paksa pun. Kalau aku, kau duk merengek, melutut, merayu kat aku. Siap package buat muka comel ‘katak’ kau tu kat aku.”
Aku tersengih menunjukkan barisan gigi ‘colgate’ aku dekat dia. Dian mencebik.
“Nina lain… Dia garang sikit. Kau tak, kau baik hati sampai hempedu aku pun mengecut.”
“Banyaklah hempedu kau. Kita nak buat apa kat bilik muzik ni?”
Aku tersenyum memandang Dian. “Cuba teka?”
Dian mengerut dahinya dan akhirnya muka dia berubah. “Mamat poyo tu ke? Si Payet tu ke?”
“Poyo?! Hello… elok-elok sikit eh! Dia Mr. Mentos aku tau.” Aku dah buat gaya-gaya Sofea ‘dadiva’ itu.
Dian tergelak. Kemudian aku mengajak Dian masuk ke dalam bilik itu, tapi Dian menolak. Katanya, malu kalau orang yang tak berkenaan tiba-tiba join group orang lain. Aku paksa juga, dia tolak balik. Maka, berlakulah tolak-menolak di depan bilik muzik ini dengan keadaan yang senyap tanpa suara kami yang dalam hati mereka membentak-bentak api, air dan tanah yang telah bercampur.
Tiba-tiba, pintu itu terbuka dengan sseorang yang berbadan tegap di sebalik pintu itu.
“Kau orang buat apa dekat sini?” Suara itu menegur kami dengan tegas.
Share this novel