BAB 15

Romance Completed 14775

Aku duduk menghadap lap-top aku. Lama. Kerja banyak, tapi tak tahu nak mula dari mana? Hati aku rasa lain dah. Tiba-tiba rindu Payet yang baru berpisah 1 jam tadi. kelaur kerja sama-sama, breakfast sama-sama. Dia hantar aku ke pejabat lagi. Tapi aku jadi rindu dia sangat.

Aku keluarkan sehelai kertas, ada tulisan tangan Payet. Dia bagi kertas ini sewaktu kami mula-mula kenal. Waktu aku bagi surat dekat dia, dan dia letakkan markah untuk aku. Tapi, sebenarnya, di dalam sampul surat tu. Ada kertas. Payet balas surat aku. Aku terkedu. Aku suka. Payet suka aku rupanya.

Hiks! Aku senyum membaca kembali surat tu.

‘ Bila awak mahu cinta saya, carilah dulu cinta Allah. Bila awak mahu rindu saya, rindulah dulu Allah dan Rasul-Nya. Jika awak mahu sayang saya, sayangilah dulu agama lebih dari diri saya.’ -Fariz-

“Tihah… mengelamun!! Buat kerja.” Ita si kecoh, lalu depan meja aku. Sempat pulak tu menegur. Ekk… dia tu dari tadi duk ke hulu-hilir ke meja orang lain buat gosip. Tak senonoh.

Aku lipat kemas-kemas kertas tadi. Simpan balik dalam laci.

“Ye… Tahu. Sibuk!”

“Melawan…”

Aku tersengih. Tak berani pula aku pandang muka kak Ita. Mulut berani lawan, mata tak boleh. Seram. Sama macam Payet.

“Weii… Tihah. Nak lunch sama-sama tak nanti?” Qi jerit kat aku dari meja dia.

“Tak… nak duduk office je. Makan Daim. ” AKu jerit balik.

“Ok.”

**

Aku nampak Sofea dengan Payet baru keluar dari sebuah restoran bersama-sama. Mereka nampak gembira sangat. Bergelak ketawa dengan gembiranya. Aku pandang pada Payet. Muka dia nampak happy. Tak seperti hari tu, masam mencuka sahaja, bila nampak Sofea. Tegur pun tak nak. Tapi, ni nampak bahagia. Sofea lagilah… gedik gila!

Waarrghhh… sakit mata aku. Sakit lagi hati aku.

Aku toleh belakang. Nampak Qi turun dari tangga. Dia senyum, aku balas senyumannya. Dia angkat kening, aku angkat bahu.

“Kau kenapa? Mana abang sayang-sayang kau?”

“Jangan panggil dia abang sayang-sayang bagai.”

“Ekk… bukan kau yang kecoh kat aku, siap bagi amaran kat aku kena panggil Payet tu macam tu. Nampak romantik semua, segala-gala…”

“Gaduh.” Ok. Sekarang, aku tengah jujur gila dengan Qi. Tak reti nak sorok-sorok langsung.

Qi gelak tengok muka aku yang berkerut. Aku tunduk malu.

“Hahaha… faham, faham… ”

“Qi, hantar aku balik rumah.”

“Oraite…”

Aku masuk ke dalam kereta Qi lepas saja dia start enjin kereta dan ajak aku masuk. Sepanjang perjalanan, aku dan Qi tak cakap apa-apa. Kalau Qi nak cakap kat aku, aku tunjuk tapak tangan kiri aku dan tunjuk kat depan muka dia, sebagai maksud ‘Talk to my hand’. Aku tak ada mood nak layan Qi.

***

Aku duduk kat tepi kolam renang kat rumah. Menjulurkan kaki dalam air. Tak nak berenang pun, takut lemas. Payet tak ada, kalau tak Payet yang selalu pegang aku, sekali berenang bersama-sama kalau aku teringin sangat nak berenang.

“Sampai hati abang… ” Aku dah mengalirkan airmata. Dah tak tahan dah, airmata nak keluar sangat.

Sob…sob…sob…

Aku ingat Payet memang buat tak tahu dengan Sofea, tapi pura-pura rupanya. Tahulah aku tak setaraf Sofea. Dia doktor juga sama macam Payet. Kerja kat hospital swasta. Gaji besar tapi… besar lahi Payet punya. Aku takat bawah-bawah je. Huhuhu…

Aku dengar pintu rumah terbuka. Payet dah balik. Aku nak bangun, nak sambut dia balik. Tapi… niat aku terbantut. Aku nak merajuk dengan Payet. Korang jangan nak salahkan aku, kalau aku nak merajuk dengan Payet. Dia yang salah, dan dia juga yang salah sebab manjakan aku. Sekarang aku jadi macam ni….

Rindu Nina dengan Dian tiba-tiba. Mana mereka pergi ekk? Last dapat khabar pun, Dian pergi study kat UM ambil course business dan Nina pula ambil jurusan Multimedia. Lepas tu, lost contact sebab aku kahwin. Payet lamar aku. Katanya nak cepat kahwin, supaya hubungan aku dan dia sah. Boleh jumpa lama-lama sekalipun. Aku pun setuju kalau mak ayah setuju. Hehehe…

“Assalamualaikum, sayang” Payet tegur aku dari belakang. Dia terus duduk sebelah aku. Julur kaki dalam air juga macam aku.

“Waalaikumussalam.”

“Kenapa tak jemput abang macam biasa?”

“Malas.”

Payet senyum. Aku tak heran.

“Merajuk?”

Senyap.

“Marah?”

Senyap. Tak nak buka mulut. Nak boikot Payet.

“Qi bagitau abang tadi… Katanya, Tihah nampak abang dengan Sofea, terus marah macam merajuk. Tak nak naik kereta balik sama-sama dengan abang. Nasib Qi telefon dulu tau, kalau tak jenuh abang tunggu sayang depan office nanti. Tak kesian ke kat kita ni?” Payet jelas kat aku. Qi telefon? Bila masa? Tak nampak pun.

“Sayang nak suprise tak?”

Aku geleng. Aku dengar Payet tergelak kecil. Apa yang kelakar entah.

“Nak kan, kan? Mari, ikut abang.” Payet tarik aku bangun. Aku batukan diri. Paye tarik kuat-kuat, rasa macam nak putus tangan dah. Payet ni memang kasar. Kejam tak bertempat. Suka paksa aku guna cara gamas.

Aku bangun. Ikut dia, pergi ke ruang tamu.

“Sayang nak tahu… Sofea baik. Dia banyak tolong abang selama ni. Abang tak tahu nak bercinta bagai ni semua. Surat yang Tihah dapat masa zaman sekolah dulu tu, Sofea yang aja. Lama-lama abang pandai buat sendiri… Hehehe… Sofea ajar abang macam-macam, kalau nak pikat perempuanlah, ambik hati dia baliklah, bila merajuk, nak tahu reaksi muka dialah… Semua Sofea ajar. ”

Payet senyap sekejap. Kemudian, dia sambung balik.

” Sejak abang kenal Tihah… abang rasa tertarik. Selama ni, abang dengan buku saje, tak pandang lain. Nak capai cita-cita… Tapi sejak sayang hadir dalam hidup abang, abang cuba belajar untuk mempunyai rasa cinta dalam diri ni. Tihah, bagai matahari… sinarkan hidup abang… rasa bahgia sanagt. Abang cabar Tihah suruh dapat rsults gempak kan? Ingatkan tak berjaya, tapi berjaya jugak sampai SPM sebenar pun. Abang bangga ok!”

Aku blur jap. Ok, dah faham.

“Abang belajar apa makna ‘cinta’ untuk Tihah?”

Payet angguk. Aku senyum sedih. ADa ke senyum sedih? Ada lah kott… hehehe

“Ingat tak hari ni hari apa?” Payet tanya aku.

“Apa? ”

“Tak lah ni kan? Duk sedih memanjang. Syak wasangka kuat.”

Senyum jelah. Aku tak tahu nak cakap apa.

“Happy Aniversary ye.”

Ulang tahun perkahwinan kami?

AKu sengih. “A’ahlah… Baru ingat.”

Payet sekeh kepala aku perlahan. “Cehhh…”

“Sofea tu pula?”

“Dia tolong buat abang buat persiapanlah. Abang bukan tahu apa sangat. ”

“Ooo…” Panjang ‘o’ aku. Enam harakat mungkin.

“Dia dah bertunag pun…. Jadi jangan jeolaous.” Payet angkat kening. Payet suka nagkat kening nila nak kepastian. Aku pun dah terikut pengaruh dia.

“Malam ni siap. Kita keluar dinner. Ada semua kawan-kawan kita zaman sekolah. Nina dan Dian awak pun ada.” Payet keluarkan arahan.

“Jap. Diab? Nina? Kawan-kawan? Reunion ke?”

“Yup. Sekali serentak. Boleh buat pengumuman kan? Isteri abang ni dah ada anak dalam perutnya. Dah setahun kita tunggu ‘cinta’ kita hadir. Baru tahun ni dia hadir. Terima kasih sayang… Lain kali jangan sorokkan dari abang ye. Nak buat suprise juga pun agak-agaklah.” Payet tersenyum-senyum sambil tangannya mengusap lembut perut aku.

Heh! Macam mana dia tahu pun aku tak tahu. Puas aku simpan rahsia ni, nak beritahu masa hari jadi aku minggu depan. Ni tak lain tak bukan, mesti kerja Qi sebab Qi yang orang pertama aku bagitau pasal kandungan aku ni.

“Sayang abang…”

“Sayang dia jugak!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience