Kami sampai ke sebuah restoran. Perut pun sudah berlagu riang meminta tuannya isikan ‘minyak’ untuk bagi tenaga sambung kerja tergendala. Qi laju pergi ke tempat lauk. Dahlah ambik nasi tiga senduk. Tamak! Aku pergi ke meja kat bahagian luar kedai, tak nak pergi bahagian dalam sebab asyik pandang tukang pekerja ke hulur-hilir dah macam tak ada pandangan menyenagkan jiwa.
Qi datang kat aku sambi tersengih.
“Dah order air belum?” Qi tanya aku.
Angguk.
“Kau makan apa je? Tak nampak nasi pun. Kata nak sangat makan masak lemak cili api.” Qi macam bengang kat aku.
“Apa? Suka hatilah. ”
“Makan. Kau nak lauk apa? Aku ambil kan. Cepat.” Qi sudah bersedia nak bangun dari kerusi. Terlebih baiklah pula hari ni.
“Apa-apa aje, tapi tak nak yang pedas punya tau!” Aku warning dia awal-awal sebab aku tak suka pedas nanti lidah aku terbakar. Huehehe…
“Hmm…”
Qi bangun bergerak ke tempat lauk-pauk, dan dia terpaksa beratur sekali lagi kerana aku. Oh, Qi! Baiknya kau hari ni. Mesti ada apa-apa minta aku tolong dia nanti. Mesti punya… Pasti 100% ni!
Tengah tunggu Qi datang, aku mengintai-intai sekumpulan lelaki dalam 6 orang jugaklah. Tapi, mata aku tertarik kat seorang mamat yang duk tersengih-sengih dengan kawan-kawannya. Matanya ralit beri tumpuan pada kawannya walaupun kawan dia dah cakap merapu-rapu yang aku sendiri tak faham. Hampeh! Tapi, bagus! Ciri seorang yang fokus dan prihatin, setia mendengar. Tiba-tiba, lelaki tu kalih padaku.
Waarghh… Malu…
Cepat-cepat aku tunduk dan Qi datang tepat pada waktunya. Qi penyelamat aku. Aku tersenyum-senyum dekat Qi sebagai tanda terima kasih tapi dia… dia… boleh kutuk aku sesuka hati, kata aku mereng.
Sengal punya Qi!
Kita orang makanlah makanan dengan gelojoh tapi yang pasti gelojoh tu bukan aku. Tapi, kenapa? Tiap kali aku angkat muka nak makan, tiap kali tu juga mamat tadi pandang aku. Bila aku senyap-senyap intai pandang pun, dia tetap pandang aku. Tak suka! Aku minta maaflah pandang kau sesuka hati.
Huhuhu…
“Tihah, makan cepat-cepat sikit boleh tak? ” Qi cakap kat aku
“Kenapa?”
“Ramai lelaki tengok kau. Aku tak suka kalau ada orang skodeng-skodeng kau.” Qi tegas dengan muka pun tengang dengan aku, Tak pasal-pasal kena marah dengan dia ni.
Aku angkat kening tanda ‘apasal?’
“Tak suka.”
“Jealous ehh… Tengok aku ramai peminat.” Sengih lebar-lebar depan Qi.
“Tak kuasa aku. Kau tu bukannya orang suka pun sebab tu sampai sekarang tak laku-laku. Aku nak elakkan diorang tu pandang kau tak semena-mena. Kau perempuan bukan lelaki.”
“Memang aku perempuan.” Aku balas. Hehehe… Suka kenakan Qi.
Qi malas nak layan aku. Aku tanya dia, boleh dia buat derk… Sakit hati sungguh jiwa lara aku ni. Lepas kita orang habis makan, nak lintas jalan, aku pegang hujung baju Qi. Qi tenung aku tajam. Aku senyum sikit.
“Takut lintas… Kereta banyak.” Aku memang takut lintas jalan. Takut kena langgar, nanti mati katak. Sia-sia aje.
“Songehh!!!”
Aku sempat berpaling ke belakang. Memerhatikan kumpulan lelaki tadi. Mamat yang aku tenung tadi pun turut pandang kat aku. Okey, sekarang aku rasa takut. Mamat tu pandang aku macam nak telan aku pun ada.
“Tihah… mengelamun!!” Qi panggil aku, ganas. Tersedar. Terus lari naik tangga sampai ke sebelah Qi.
Share this novel