8 tahun kemudian…
Aku dah lama sakit hati dengan budak tak cukup umur ni. Hari-hari bagi aku fail tak lengkap. Makan gaji buta ke apa. Yang budak tu tahu, kena lengkapkan fail je tapi apa-apa isi dalam fail pun dia tak tahu. Habuk punya budak!
Aku bangun pergi kat meja Qi. Niat nak lenting, maki hamun aje dia sebab asyik aku aje yang kena sudahkan kerja dia tu. Tapi niat tu terbang hilang entah ke mana bila tengok Qi macam baru lepas kena marah dengan boss saja.
“Kau kenapa?”
“Dah tahu lagi mau tanya?” Qi tiru ayat aku sebab ayat tu aku je yang guna kat sini tapi sekarang ni dia ciplak ayat aku secara haram tanpa keizinan aku. Pastu suka hati dia aje nak marah-marah aku.
“Sebab apa?”
“Project paper aku tak siap. Dia nak hari ini. ” Qi mengeluh. Aku apa peduli.
“Ooo… padanlah dengan muka kau. Kau memang patut kena marah dengan boss tu dari dahulu lagi. Rasakan!” Aku gelak jahat depan dia.
Qi pandang aku semacam dan aku anggap dia marah aku. Tapi kau tak hak nak marah aku, sepatutnya aku yang marah kau tahu tak. Bagus boss. Tak sia-sia aku dapat boss baik yang tahu marah orang yang tak reti buat kerja ni.
“Kurang ajar kan!” Qi dah nak bangun dari kerusi dia. Aku cepat-cepat cabut lari. Qi bukan boleh dipercayai pun, nanti tak fasal aku masuk hospital disebabkan dia. Nama aje lelaki tapi dengan perempuan pun nak main gusti jugak.
Aku pergi balik kat meja aku, nak siapkan Qi punya kerja pulak dah. Tambah lagi kerja aku. Ini semua salah Qi yang pemalas tahap melampau tu!
Aku buka paket coklat Daim nak hilangkan stress aku kat Qi, aku dapat hadiah dari Fariz sebab dia baru balik dari Langkawi.
Oh, aku teringat dah. Kau orang mesti nak tahu cerita cinta aku dengan Payet masa zaman kita orang sekolah kan? Sekarang ni, umur kami dah 24 tahun. Status kami? Hehehe… Rahsia. Tak boleh beritahu macam itu sahaja maa…
Aku tenung fail kat depan aku. Kemudian pandang pula komputer riba aku. Waaarghh… macam mana nak buat dua kerja dalam satu tenaga. Ni Qi punya pasal. Aku tetap tak puas hati. Nak jugak salahkan Qi triple extra pemalas angin taufan dia tu. Balik-balik aku jugak. Rasa nak berhenti macam ni tapi tak juga lepas sebab nanti ambil masa lagi nak cari kerja. Reda jelah dengan hati tabah lagi murni.
“Jom, lunch. ” Aku angkat muka pandang orang yang tengah cakap dengan aku. Hek eleh, budak ni lagi. Tadi mengamuk kat aku, sekarang lembik pula. Dasar hipokrit.
“Malas.” Ringkas aje aku jawab. Tak perlu panjang lebar dengan dia ni.
“Jomlah. Kali ni aku belanja.”
Aku cepat-cepat kemas barang-barang aku atas meja. Ambil handbag aku dan bangun pandang dia dengan muka gembira lagi suka. Dah rasa macam kena suprise hari jadi pula, sebab ni first time dia belanja aku sepanjang kami kerja sama-sama selama 2 tahun.
“Lajunya…” Qi perli aku.
“Haruslah. Kalau tak nanti kau ubah fikiran nanti. Kau dapat kenaikan gaji ke hari ni, hah lepas kena marah dengan boss tadi? Tak pernah kau nak belanja aku makan. Ni kali pertama weiii… bangga aku. Tak nak ajak satu ofis sekali ke?”
“Jangan naikkan kemarahan aku. Kan, tak jadi belanjakan baru tahu!”
“Ekk… tak heran! Cepat. Jom pergi kedai depan tu makan masak lemak cili api. Sedap.” Aku laju tarik lengan baju dia dan bawa dia ke lif turun pejabat.
“Biadap sunguh kamu.”
Aku gelak. Apa yang biadapnya pun aku tak tahu. Paksa dia turun aje bukannya suruh dia jalan itik sepuluh pusingan pun. Hampeh!
Share this novel