Lama-lama aku dengan Payet dah jadi kawan ‘ngam-ngam’ gila dah. Kita orang sama-sama jadi gila sebab masing-masing cakap semua tak serius. Dan aku jadi terkenal dalam kalangan pelajar-pelajar dari Form1 sehingga Form 5, sebab Payet yang mem’famous’kan aku sejak kami jadi kawan. Budak kelas rendah kawan dengan budak lelaki paling kacak, macho, pandai gila tahap PHD, tinggi, segak kawan dengan aku yang biasa-biasa sahaja, tak tinggi, tak pandai pula tu sebab terbukti Pyet selalu kata aku bengong walaupun lagi sopan sikit daripada bodoh.
Nina datang kat aku sewaktu tengah baca buku Sejarah SPM. Lagi satu perkara aku nak beritahu kat korang ni. Sejak aku dengan Payet berkawan, dia banyak ajar aku subjek yang aku lemah dan sebenarnya semua subjek aku lemah kecuali Bahasa Melayu sebab aku kan orang melayu.
“Weii, aku tak sangka kau dah rajin sekarang?”
Aku senyum je. Tak nak cakap apa-apa.
“Tihah, kau dah famous kan? Jadi makwe budak pandai pula tu. Untunglah hidup kau kalau dengan dia nanti.” Nina tambah cerita rekaan fairytale kat aku pasal aku dengan Payet. Tapi sempat aku aminkan. Hehehe… benda baikkan perlu diaminkan segera tak baik tangguh-tanggguhkan.
“Aku nak belajar. Jangan kacau. Lagi sebulan nak SPM, kau tak risau ke? ” Ok, sekarang memang aku dah insaf.
Nina cuma sengih kambing kat aku. Dian pula dah lama ‘hilangkan’ diri. Dia tak nak terlibat dengan kegiatan tak berfaedah macam kita orang buat dulu-dulu sebab jealous dengan aku. Aku dah rampas kedudukan dia tempat pertama dalam kelas.
“Yelah… yelah. Aku nak pergilah ni. Elok-elok belajar.”
Nina dah tinggalkan meja aku dan aku rasa sangat harmoni. Aku sambung baca buku dengan tekun. Tiba-tiba, aku dengar ada orang ketuk meja aku. Aku buat tak tahu, sambung baca buku. Aku sangka Nina.
“Nina, jangan kacau aku boleh tak?” Senyap. Aku tersenyum.
Tangan tu ketuk lagi sekali lepas sepuluh saat berlalu. Ini dah menimbulkan kemarahan aku ni. Nak belajar pun tak senang. Aku angkat kepala, nak marah orang yang kacau rumah tangga aku ni.
Terkejut.
“Nak marahkan tadi. Marahlah.” Dia tersenyum.
Aku tak senyum, gelak pun tak. Aku toleh belakang pandang budak-budak kelas aku kot-kot dioang pandang aku dengan Payet. Sah! Diorang memang tengah pandang aku dan siap mengumpat jugak. Boleh masuk front page majalah sekolah dah ni bila tiba-tiba Payet datang kelas aku secara mengejut.
Aku betulkan tudung aku kejap sebelum bangun dari kerusi dan ajak dia keluar dari kelas. Cikgu pun tak ada, ada mesyuarat.
“Awak, nak apa?” Aku marah dia. Tak pasal-pasal tapi dia cuma sengih aje.
“Tak ada apa. Cuma nak tengok-tengok sama ada makwe saya ni, belajar ke main-main?”
“Belajarlah.”
“Tahu.”
“Jadi?”
“Saja nak tengok awak. Tak boleh ke?”
“Tak. Saya nak belajar. Tak nak jumpa awak.” Aku cakap dengan muka serius yang pernah aku buat selama ini.
“Wah, bagus. Ada kemajuan. Belajar sungguh-sungguh. Dapatkan keputusan cemerlang ye. Bye.” Payet tersenyum kat aku sebelum pergi masuk kelas dia balik.
Lepas tu aku masuk kelas aku balik, sambung pelajaran aku yang tergendala tadi. Dan…
“Tihah, Payet tadi dia datang kelas kita nak jumpa kau je.” Badrul datang kat aku dengan muka terkejut dia. Aku tahu dia jeles ngan aku sebab dia pernah kata kat aku yang dia suka aku, tapi aku baik hati dan beritahu dia perkara sebenar. Aku tak suka dia, jujur tak aku.
Aku mampu senyum aje bila dah ramai-ramai datang kat aku tanya itu, ini pasal Payet tu. Susah juga kalau dah glamour semacam.
Antara soalan mereka;
“Pia, kau dengan Payet memang kapel ke?”
“Tihah, kau… dah sama pandai ke dengan Fariz tu?”
“Kalau kau dengan si cerdik tu, apa jadi dengan Sofea yang perasan bagus tu ehh?”
Dan paling dashyat…
“Kau dengan Fariz dah kahwin ke? Yelah, sejak kebelakangan ni, korang rapat macam belangkas dan dia asyik duk usha kau semacam. Apa kes ni? Kena report kat pengetua ni.”
Dah sudah! Tak pasal-pasal kita orang dapat kahwin free walaupun bagus jugak.
Dan akhirnya, aku buat kesimpulan terakhir untuk mereka.
“Aku dengan dia bertunang je.”
Dan…
Muka masing -masing terkejut gila bila aku cakap macam tu terang-terang. Aku cuma senyum sahaja dan sambung ulangkaji balik. Hari ni juga aku dapat gangguan yang banyak dekat sekolah waktu aku tengah mood rajin nak belajar pulak tu. Cuba cari waktu lain kalau nak kacau aku sekalipun. Buat aku bengang aje.
Share this novel