BAB 12

Romance Completed 14775

Aku tenung dia lama. Belek-belek mata dia, kening dia, dahi dia yang tak ada jerawat, hidung mancung macam orang Pakistan tu, dan akhir sekali, pandangan aku jatuh pada dagu lekuknya. Aku suka bahagian tu. Hehehe… Dia dah pandang aku semacam. Garang tapi tak adalah garang mana pun. Celah gigi aku ni je hah!

“Kenapa tenung macam tu? Tak pernah nampak ke?”

“Ehh,,, tak boleh ke? ”

“Minta izin dulu… Jangan sesedap hati nak tengok muka orang free-free.” Payet mencebik kat aku. Hek eleh, ingat comel sangatlah buat macam tu.

“Eleh, yelah. Orang tu hensem, kaya, bijak, semua ada. Nak tengok muka pun tak boleh, kena bayar jugak. Ambik… ambik…” Aku acah-acah merajuk dengan dia. Ya, sekarang aku sedar. Sejak aku dengan Payet, aku jadi terlebih manja pun ada. Jap… aku tak salah. Payet buat aku jadi macam ni. Mengada terlebih!! Benci diri aku sekarang.

Payet tarik tangan aku dan dibawa ke dadanya. Agaknya nak suruh aku rasa denyutan dia kot. Ada lagi ke tak?

“Tihah… sooorryyy… Main-main pun tak boleh ke?”

Main?! Guraulah…

“Tihah, si intan payung, puteri lilin, kaki bodek… jangan merajuk ye. Tak lawa pun muka tu kalau merajuk. Hodoh jugak!” Payet tergelak. Sempat lagi dia kutuk aku sambil-sambil pujuk aku. Dua dalam satu.

“Kutuk lagi… kutuk lagi… Teruk sungguh lelaki macam ni.”

“Teruk-teruk pun, lelaki siapa?”

“Hehehe…” Aku gelak. Dia pun gelak.

“Nanti jangan nak rapat-rapat sangat dengan Qi tu. Abang tak suka. ” Payet toleh pandang aku.

Aku tunduk.

“Dengar tak? Tadi ingat abang tak sakit hati ke, tengok dia duk makan sama-sama dengan si budak Qi tu. Tapi tu ok lagilah. Yang sakit hati, siap pegang lagi. Geram aje. Nak cekik dia pun ada.”

“Cekik siapa?” Aku kaget. Jangan betul-betul dia nak cekik Qi sudahlah.

“Budak sebelah abang nilah. Siapa lagi?’

Aku terkejut tapi tersengih pula. “Sampai hati ke?”

“Sebab tak sampai hatilah. Orang nak buat….” Payet terus geletek aku tanpa rasa kasihan kat aku yang dah sampai tergolek-golek kat bawah katil tahan geli. Kejam Payet! Kejam! Tak sayang bini ke?

“Dahlah…. tak tahan ni. Payet!!!”

Payet gelak geli hati tengok aku serupa orang tak cukup oksigen dah. Aku tolak-tolak Payet guna kaki. Itu jalan keluar yang terakhir.

Payet terjatuh kebelakang. Aku bangun cepat. Lari masuk bilik air. Alang-alang tu nak gosok gigi dengan cuci muka sekali. Aku dengar derap kaki Payet tuju kat bilik air. Dia ketuk pintu bilik air. Aku tahan nafas. Macamlah Payet tak tahu aku dalam ni. Tapi tak tahu kenapa, aku tahan nafas?

“Sayang… keluar sekarang. Tak baik sepak suami tahu?”

“Tak nak. Tu salah abanglah. Geletek orang tak tentu fasal. Padan muka!”

“Buka pintu ni sekarang. Minta maaf sekarang. ”

Aku geleng kepala. Motif? Nak bagitau Payetlah, aku tak nak buka pintu.

Payet ketuk lagi. “Buka sebelum abang geletek sayang sekali lagi. Kali ni, lagi dashyat, extreme maksima punya. Tak nak lepaskan dia. Ikat kaki, tangan semua. Biar rasa dia sebab derhaka kat suami.”

Aku terus berhenti cuci muka. Cepat-cepat aku keringkan muka, lap dengan towel. Buka pintu laju-laju. Tak nak Payet geletek aku. Seram aku dengar.

Payet tersenyum sinis. Aku berdiri di sebalik pintu.

“Keluar.” Arah Payet.

Geleng kepala perlahan.

“Satu… Dua… Ti.. ” Payet main kira-kiralah pulak. Sepantas kilat aku keluar dari bilik air. Menghadap Payet, dongak pandang muka dia yang tengah tersengih-sengih mengenakan aku. Ingat, orang suka? Hampa gas Payet!

“Tahu takut… Jom.” Payet tarik aku. Aku batukan diri. Dia berhenti. Tunduk pandang muka aku.

“Tak aci… Tipu… Main ugut-ugut, siap kira nombor bagai.”

“Siapa suruh buat abang sakit hati.”

“Ekk… Qi tu tahulah yang orang ni isteri orang. Tu pun nak jeles. ” Suara aku tinggu sikit. Aku sakit hati. Geram.

“Derhaka lagi…”

“Maaf…”

Payet senyum. Buat jantung aku gugur sahaja. Payet usap-usap kepala aku, sampai rambut aku serabai dah. Tapi memang dah serabai pun. Dia membongkokkan badan dia. Aku pelik.

“Kenapa?”

“Naik. Nak main kendong-kendong tak?”

“Nak!!!” Aku terus lompat atas badan dia tanpa rasa bersalah. Terus juga jadi gembira tak tentu hala. Dia mengaduh, aku tak peduli. Aku tampar bahu dia lembut. Payet faham. Terus gerak.

“Yaahhhoooo… Laju lagi… Laju…” Seronok naik belakang Payet sambil Payet lari-lari kendong aku ke hulu-hilr keliling bilik tidur kita orang waktu malam. Aku teringin nak naik kuda tapi tak kesampaian dan tak akan sampai bila-bila sebab aku takut kuda. Macam mana nak naik? Payet dah banyak kali bawa aku pergi belajar, tapi aku tak boleh. Bila instructor suruh aku praktis usap kuda kuda tu perlahan-lahan, aku boleh pula lari jauh-jauh. Payet pun penat mengejar aku. Setiap kali cuti Payetlah juga kita orang pergi, tapi aku tak juga pandai sampai sekarang. Payet yang makin pandai. Huhuhu… nasib badanlah.

“Best tak?” Payet soal aku dalam keadaan tercungap-cungap. Tapi tetap kendong aku, walaupun cuma jalan aje.

“Seronok! Seronok dari kuda. Sayang… Mr Mentos saya ni. Muahhh.” Sempat aku cium pipi dia. Hehehe…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience