Tengah aku jalan-jalan sambil borak-borak dengan Nina dan Dian, tiba-tiba aku nampak dia tengah jalan sorang-sorang dekat taman. Automatik langkah aku mati. Tak berkelip mata aku tengok dia. Kenapa dia selalu perfect dekat mata aku? Rasa macam ada berdozen-dozen bunga ros kat sekeliling aku masa ini.
“Pia tu bukan Payet ke?” Nina yang turut sama nampak Payet terus berbisik kat telinga aku.
Aku pandang muka Nina. “Ya. Payet la tu. Takkan klon dia pulak?” balasku.
“Dah tu tunggu apa lagi? Pergilah jumpa dia! Peluang terbentang depan mata ni!” Nina beria-ria suruh aku pergi jumpa Payet. Aku ragu-ragu. Kalau dia tak layan macam mana? Aku jugak yang malu nanti. Huhu… tak sanggup nak bayangkan.
“Belum cuba tak tahu!” Nina senggol lengan aku. Keningnya terangkat-angkat. Aku mencebik. Masih tak yakin dengan diri sendiri. Jadi terbalik pula. Tadi aku yang bersemangat nak kirim surat dekat dia, sekarang dah patah riuk pula.
“Cubalah tegur dia dulu. Kau kata nak ajar dia cinta kau.” Dian pula menyuruh sekali lagi. Kali ini nadanya lembut sikit, tak mendesak sangat macam Nina. Buatkan hati aku cair semacam aje.
“Patut ke aku pergi?” Aku tanya lagi sambil buat muka bodoh.
“Ya!” Nina dan Dian menjawab serentak. Aku yang berdiri kat tengah-tengah terus tekup telinga. Bingit woi!
“Dah, pergi cepat! Nanti dia pergi pula.” Nina dengan selambanya tolak bahu aku. Aku tak ada pilihan lagi. Nak tak nak, aku mesti kena jumpa dia jugak. Lagipun ini sahaja peluang yang aku ada. Kalau nak tunggu hari lain, lain pula jadinya nanti. Lantas, dengan langkah yang dimulakan dengan bismillah dan semangat yang berkobar di dada dengan muka yang ala-ala cute gitu, aku menghampiri Payet.
“Hai… ” Aku hulurkan tangan untuk bersalam. “… nama saya Fatihah. Panggil Pia aje.” Aku senyum senget. Tapi, dibalas dengan senyuman sinis oleh Payet. Dia buat tak tahu dengan aku. Aku simpan salam aku balik. Payet pula terus sambung baca buku dia baca tadi! Sekarang ni aku macam apa?
“Ermm… ni surat…” Aku letak surat tu dekat depan dia. Payet pandang aku pelik. Dia langsung tak heran. “… Ambillah dan harap sudi balas. Bye.” Aku cepat-cepat cabut lari. Malu beb!
Share this novel