Bab 14

Romance Completed 11065

Bab 14

Malam..

Aku duduk di birai katil menunggu giliran tandas tu kosong sebab dihuni oleh suami aku kejap hahaha.

8 minit selepas itu suami aku keluar. Nasib dia dah pakai baju dalam tandas. Huhaii.. Kalau tak terpaksa aku tengok badan dia yang sikit punya hot.

“Awak tak mandi lagi ke?”

“Saya nak awak cerita semuanya dari A sampai Z.” arahku. Aku memang dah tak boleh tahan sabar dengan semua ini.

“Awak mandi dulu. Kita solat isyak berjemaah kemudian saya cerita semuanya ok?”

Aku tak ingkar dengan arahan suami aku. Segera aku mencapai tuala dan terus bergegas ke tandas.

***

Selesai solat Isyak berjemaah, aku salam tangan Kayrul, Sejadah dengan telekung aku lipat kemudian masukkan ke dalam laci.

“Awak tak nak dengar cerita saya ke?” tanya Kayrul. Aku duduk sebelahnya. Memang segak dia walaupun hanya berkain pelikat dengan baju selangor.

“Awak kenal nama fb Power Rangers Kuning?” tanya Kayrul.

“Kenal. Kenapa?”

“Itu fb saya..”

“What?! Macam mana awak tahu fb saya?”

“Al kisah dia bermula macam ni…”

***

Setahun yang lepas…

Masa tu raya pertama. Semua keluarga berkumpul di kampung atok. Nawa pula sibuk main laptop dia sambil melayari lama sosial fac.

“Nawa buat apa tu?” sapa Kayrul.

“Eh nenek kebayan dihimpit helikopter..” latah Nawa. Kayrul gelak sakan.

“Puas dah gelakkan Nawa?” marah Nawa pada abang dia.

“Hahahaha! Tak de ar. Abang nak tahu Nawa buat apa je. Salah ka?”

“Tak payah menyibuk lah abang. Orang nak upload gambar dekat fb pun susah.” Nawa menutup laptopnya. Dengan pantas tangan Kayrul merampas laptop Nawa lalu membuka laptopnya. Mata Kayrul menatap gambar yang baru sahaja di upload oleh Nawa di akaun milik Nawa. Dia ternampak gambar Nawa bersama housematenya. Dan matanya terhenti ke wajah Opie yang ayu berbaju kurung dalam gambar itu.

“Siapa ni Nawa?” soal Kayrul. Matanya masih tak berhenti menatap wajah Opie.

“Ini housemate Nawa dekat KL. Nama dia Opie.”

“Single?”

“Abang ni macam lain je..”

“Lawa kawan Nawa ni. Kenal kan dekat abang bole tak?”

“Abang kan hensem, mustahil lah tak de minah saleh yang melekat dekat abang.” Macam Nawa tak tahu Kayrul banyak peminat dekat New Zealand tu. Cuma abang dia sorang ni tak reti nak bercinta.

“Abang tak pandanglah minah saleh ni, abang nak asian ok!”

“Hahahaha! Okey fine. Dia ni kawan Nawa. Nawa selalu carikan dia blind date tapi takde kena dekat hati dia. Otak dia memang gila-gila sikit ni abang.”

“Takpa. Nanti kalau dia kahwin dengan abang, tak gila lah tu dia.” jawab Kayrul spontan. Terbeliak mata Nawa. Betul ke abang aku ni?

“Nanti Nawa aturkan blind date dia dengan abang tapi lepas abang habis belajar dekat New Zealand. Pastikan dia tak tahu kita adik-beradik. Nawa perhatikan gerak geri dia. Jangan agi dia taken Nawa sebab abang dah jumpa love at first sight abang..”

“Abang serius ke? Boleh pula macam tu.”

“Abang serius ni. Mintak nama fb dia.” Dan Nawa akur dengan semua permintaan mengarut abangnya. Sangkakan Kayrul ni main-main je rupanya serius. Setelah Kayrul dan Opie berkawan d fac, Kayrul stalked semua aktiviti Opie dekat fb sampailah ke hari ni. Identiti Kayrul di laman sosial dia rahsiakan dan Opie memang tidak tahu kewujudannya. Ternyata pemilik akaun Power Rangers Kuning adalah Kayrul cuma Kayrul tak guna gambarnya sendiri sebagai default picture.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience