Bab 9

Romance Completed 11065

Bab 9

Keesokkan malam…

“Opie, nak maggi.” rengek Nawa. Opie yang sedang main Fac di laptopnya terkejut. Eee minah ni, aku hempuk dengan laptop aku ni, kemik terus mukanya aku kerjakan.

“Kau suruhlah Mira. Aku nak main fb lah.” Opie bagi alasan. Sementara itu dia memeriksa notificationnya, seminggu dia tak online dah berapa notifications nya bertelur dalam Facnya. Segera dia buka;

‘Power Rangers Kuning likes your status.’

‘Siapa mamat Power Rangers Kuning ni? Rajin betul dia like status aku.’ desis hati Opie.

“Tak nak! Maggi Mira tak sedap. Maggi kau lagi sedap. Alaa bolehlah, Opie.”

“Apa kau kata, Nawa? Aku masak tak sedap?” Mira muncul dari dapur.

“A’ah. Kau masak tak sedap. Bluewk!” Nawa menjelirkan lidah.

“Untunglah aku masak. Kalau aku tak ada masak, kebulur kita.” Mira membela dirinya. Berlagak macam harapan negara je dia.

“Setakat masak maggi, tak adalah sangat. Opie, masaklah maggi. Please.” Nawa buat muka kesian.

“Yalah. Aku masak.” Opie berdiri mahu berganjak ke dapur. Segera dia mengambil periuk dan memasak air panas. Opie duduk di atas meja makan sambil berkhayal.

‘Apa khabar mamat troli tu? Kenapa dia baik sangat dengan aku? Jauh berbeza sangat dia lepas blind date tu. Masa blind date tu dia betul-betul kerek, poyo, berlagak dan seangkatannya. Eh kenapa aku fikir pasal dia? Aku suka kat dia ke?’ lantas Opie menggeleng-geleng. Tak mungkinlah!

“Kau ni kenapa anguk-anguk geleng-geleng? Opie, air masak tu dah mendidih! Kau tak sedar ke?” suara Mira yang bergema di dapur menyebabkan Opie tersedar dari khayalan. Ya Allah, air panas mendidih.

Segera dia membuka 2 bungkus maggi lalu dimasukkan ke dalam periuk itu untuk di masak. ‘Siapa nama dia ya? Kenapa asal aku pergi ke mana-mana dia mesti ada?’ masih lagi mengkhayal.

“Ya Allah, Opie! Kau ni kenapa? Sakit ke?” tanya Mira.

“Aku okeylah. Kenapa?”

“Kau masak maggi ke masak plastik? Belum pernah lagi aku nampak mee maggi tu di buang lepas tu plastik maggi tu di rebus. Kau nak bagi aku dengan Nawa mati ke?” bebel Mira.

“Sorry..sorry. Aku ambik maggi baru.” Bungkusan maggi di dalam periuk itu di buang ke dalam tong sampah lalu digantikan dengan 2 bungkus maggi yang baru. Sebiji telur di pecahkan lalu dicampur ke dalam periuk maggi itu.

Mira disebelahnya membebel lagi. “Opie! Kau ni gila ke? Kau masukkan kulit telur dalam periuk tu kenapa? Isi telur tu kau buang pula. Habis tercekiklah aku dengan Nawa makan kulit telur dengan maggi.”

Opie memandang periuk, ya Allah apa aku buat ni?

“Kau ni berangan apa sampai kulit telur dengan isi telur tak dapat bezakan? Bukan je kulit telur, bungkusan maggi dengan mee maggi pun kau tak tahu. Dahlah Opie. Biar aku masak.” macam mak nenek je Mira ni membebel. Opie hanya menurut.

“Kenapa?” tanya Nawa yang muncul dari ruang tamu lepas dengar bebelan Mira.

“Ni hah.. aku rasa kawan kita ni kena jumpa doktor lah. Dah sakit jiwa aku tengok.”

“Sakit jiwa?” Nawa terus memandang Opie. Hairan.

“Hmm Opie. Mak kau call. Ni handphone kau.” Nawa memberi handphone Opie. Opie melekapkan handphonenya ke telinga lalu dia duduk di atas kerusi meja makan.

“Assalamualaikum, mak.” Opie memberi salam.

“Waalaikumsalam, Opie.”

“Mak dan abah sihat?”

“Alhamdullilah sihat. Opie?”

“Opie sihat mak.” jawab Opie. Rindu sangat dengan kedua-dua orang tuanya.

“Dia tak sihat tu mak cik! Kulit telur dengan isi telurpun tak tau nak beza.” Mira menyampuk sambil memasak maggi.

“Siapa tu, Opie?”

“Orang gila, mak.”

“Hmm.. ya lah tu. Ni hah bila balik kampung? Mak rindu dah dengan anak mak sorang ni.”

“Tak tahu lagi. Kenapa, mak? Ada apa-apa?”

“Memang ada apa-apa. Tadi petang ada orang datang meminang.”

“Meminang?”

“Iya. Mak terima je.”

“Kenapa mak terima tanpa persetujuan Opie?”

“Hek eleh budak ni! 9 orang dah kau reject pinangan orang. Kau dah janjikan kalau ada pinangan yang kesepuluh kau akan terima? Jadi mak terima je lah.” Opie menghempuk kepalanya di atas meja. Ternyata janjinya memakan diri sendiri.

“Mak..”

“Jangan nak cancel. Majlis tunang nanti diadakan. Minggu depan kau balik kampung.”

“Mak.. orang belum sedia nak kahwin! tuttttt….” talian putus. Maknya ni memang sengaja betullah. Ya Allah, siapa lah lelaki yang pinang dia? Entah elok ke rupanya? Nak atau tak terima je lah.

“Kau kenapa, Opie? Macam banyak masalah je.” tanya Nawa prihatin.

“Ada orang pinang aku.”

“Pinang kau? Jadi kau terima?” tanya Mira pula.

“Aku tak ada kata lain lagi nak kata tidak. Terpaksalah aku terima. Mak aku dah setuju sebelum dia bagitau aku lagi.”Opie meletakkan kepalanya di atas meja.

“Opie, kau tak cintakan dia kan? Lagipun kau bukannya kenal siapa yang jodohkan kau. Tak payahlah terima.” Nawa ambil tempat duduk di sebelah Opie.

“Kan aku dah cakap, aku tak boleh nak cancel. Lagipun itu pinangan yang kesepuluh aku terima. Aku dah janji dengan mak aku, kalau ada orang yang datang meminang untuk kali kesepuluh mak aku terus terima..”

“Sabarlah.” Nawa mengusap bahu Opie.

“Tak kenal maka tak cinta. Mak aku tahulah siapa dia nak jodohkan. Takkan dia nak jodohkan dengan orang tak baik.”

“Jadi bila kau balik kampung?” tanya Nawa.

“Minggu depan. Hari Jumaat. Terpaksa ambik cuti lagilah ni.” Opie mengeluh. Dia ni pekerja yang jarang ambik cuti. Opie memang seorang yang rajin dalam kerjanya. Maklumlah kerja accountant. Tinggi juga gaji dia. Separuh gaji bagilah dekat mak dan abah di kampung.

“Mamat troli..” muncul pula mamat troli tu di bibir Opie. Entah kenapa Opie ni. Macam angau je, macam suka je. Menyesal pula tak nak ambik tahu nama dia.

“Eh Nawa, kenapa kau tak atur lagi blind date aku?” pelik betul Opie kat Nawa ni. Kawannya ni selalu sangat aturkan dia blind date tapi sekarang macam dah berhenti dari buat kerja tu.

“Malaslah. Aku kalau atur blind date kau, macam-macam kau kerjakan mamat mamat tu. Sanggup buat kerja sengal kau. Kalau begitu, baik aku tak payah atur lagi. Lagipun kau kan dah nak berpunya.” Nawa menjongketkan keningnya bak Ziana Zain.

“Hempuk kau karang! Hensem ke tak bakal suami aku tu.”

“Aku mesti confirm kau suka mamat tu. Mesti hensem punyalah. Macam ciri-ciri kau nak.” Mira pula menyampuk.

“Macam mana pula kau tau mamat tu ada ciri-ciri aku nak?” tanya Opie. Pelik pula minah sorang ni, macam kenal je dengan bakal suami aku.

“Tak adalah. Aku cuma agak je tu.” Mira tersengih kerang busuk. Nawa pula dah jegilkan mata dekat Mira.

Mira buat muka isyarat ‘apa?’ dekat Nawa.

Nawa buat isyarat zip di mulutnya tanda suruh Mira diam. Mira buat peace sambil tersengih tayang gigi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience