Bab 13

Romance Completed 11065

Bab 13

Tetamu, tok kadi, keluarga sebelah aku dengan sebelah suami kau pun dah sampai. Suami aku? Ada dekat depan mata aku tapi aku belum bersedia lagi nak tengok muka dia. Kenapa? Eh suka hatilah!

“Aku terima nikahnya Rokiah binti Abdul Jalil dengan mas kahwinnya RM500 bersama senaskah Al-Quran, tunai..” lafaz nikah yang keluar dari mulut suami aku. Akhirnya aku telah bergelar isteri orang. Mak di sisiku mengelap air matanya. Anak bongsunya kini sudah kahwin. Yala, selama ni aku yang susah nak kahwin. Kakak dengan abang aku dah kahwin, aku je ketinggalan. Apakah perasaan aku sekarang? Nervous! Aku nervous nak tatap muka suami aku. Kalau dia gemuk, berkulit gelap macam mana? Oh tidak!!!! Eh jangan dia suami aku, tak boleh kutuk-kutuk.

“Sekarang sudah tiba masanya untuk pembatalan air sembahyang.” suara ntah siapa yang cakap tadi. Omg omg omg!

“Kamu duduk dekat situ tu depan isteri kamu. Takkan nak malu-malu pula..” gurauan Pak Ngah membuatkan semua tetamu yang hadir disambut dekat gelak tawa.

Suami aku duduk di hadapanku. Aku ni masih tunduk ok. Belum lagi aku nak tengok muka dia sebab aku nervous lagi.

“Awak..” gulp! Aku macam kenal suara ni?

1..2..3..

“Mamat troli?!” jeritku. Wei siapa jemput mamat ni masuk? Mana suami aku?

“Kau kenapa kat sini? Mana kau culik suami aku?” tanya aku pada mamat troli tu. Mata aku tercari-cari kelibat yang sepatutnya jadi suami aku. Manalah tau dia diikat oleh mamat troli ni sebab tak nak aku kahwin dengan dia.

“Apa yang awak merapu ni?” tanya mamat troli. Hadiran semua tergelak. Apa yang lawak sangat?

“Mamat troli, aku dah cakap dekat kau. Aku dah kahwin dengan suami aku. Kenapa muncul tiba-tiba? Kau tau tak hukum merosakkan rumah tangga orang apa? berdosa kau tau tak.” Aku terus bertazkirah dekat mamat troli tu. Aku tak nak dia letak harapan setinggi gunung Kinabalu dekat aku. Aku tahu dia obses dengan aku.

“Awak…”

“Aku tahu semalam kau telefon Nawa suruh aku batalkan perkahwinan ni sebab perkahwinan ni bukan atas dasar cinta. Aku minta maaf, aku tak boleh terima cinta kau..” kataku penuh dengan drama sambil mengelap air mata. Ececeh… macam cinta terhalang lah pula.

“Apa kamu merepek ni, Opie? Yang di depan tu suami kamu, bukan orang lain. Dia yang datang pinang kamu. Memang tak ada lagi orang lain selain Kayrul tu hah.” mak kata. Pantas mataku membuntang. Eh mamat troli ni suami aku?

Kayrul menekan-nekan perutnya ketawa. Memang senak perutnya dari tadi. Sabarlah.

“Opie.. sorry Opie. Aku saja je tu buat cerita. Mana ada abang aku call aku semalam. Dia pun sibuk buat preparation untuk wedding dia. Hahahahahhaha!” Nawa lagi tambah.

“Abang kau?” tanyaku pelik. Okey ini lagi pelik. Apa cerita sekarang ni? Nawa ada berapa adik beradik? Dia ada dua adik beradik tapi serius aku tak pernah nampak muka abang dia sebelum ni. Mak bapak dia pun aku tak kenal. Kawan apalah aku ni.

“Mamat troli tu abang kandung aku. Aku tak bagitau kau sebelum ni sebab abang aku tak suruh pun. Apa-apa nanti kau tanyalah dia.” Nawa keluar dari rumah aku sebab tak tahan nak gelakkan aku. Oh adik beradik sepakat. Ya Allah malunya aku! Mana aku nak sorok muka aku ni?

“Mak.. kenapa mak tak bagitau Opie yang dia ni suami Opie?” tanyaku pada mak.

“Dah kamu tak nak tengok gambar suami kamu tu. Kau nak salahkan mak lagi ke?” Boom! Kedabak kedebush bush bush triple malu! Memang salah aku sendiri pun sebab tak nak tengok gambar suami aku.

“Dah puas gelak?” kataku selepas aku nampak Kayrul dah berhenti ketawa. Kayrul mengangguk. Sempat lagi dia main mata dekat aku. Nak merah padam pipi aku oleh dia. Kenapa kau hensem sangat ni? Dah lah lesung pipit kiri kanan.

“Dah cepat! Mulakan majlis sekarang.” aku menyalam tangan suamiku dan Kayrul mengucup dahiku. Sebelum dia kucup dahiku, sempat lagi dia cakap dekat aku..

“Malam ni saya cerita dekat awak semuanya ya sayang…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience