Bab 3

Romance Completed 11065

Bab 3

Setelah menjejak kaki ke restoran temu janji itu, Opie masuk ke dalam. Mak aii.. bapak besar punya restoran. Dah lah cantik, memang restoran ni exclusive. Dia mara ke depan. Meja kedua dari depan dia perhatikan. Matanya di besarkan dan di kecikkan. Weih, ni ke blind date dia? Opie menuju ke meja kedua itu, tanpa di pelawa oleh lelaki itu diapun duduk. Nampak sangat lelaki itu terkejut dengan kehadirannya. Pantas dia tengok dari atas ke bawah. ‘Cantik’ puji lelaki itu.

Mak aii.. ni ke lelaki yang kau kata mamat kaw-kaw, Nawa? Dahlah muka dia macam sebaya dengan bapa aku. Rambut pun penuh dengan rambut putih. Sudahlah rambut macam tu, botak di tengah pula. Kau serius ke, Nawa? Nak dia jadi sugar daddy aku ke? Takpa. Layan je lah walaupun hakikatnya aku geli.

“So you apa khabar?” tanya Opie berbasa-basi. Lelaki tua tadi tersenyum miang.

“I baik je. You pula?”

“I baik. So you ada dua biji kereta BMW la?” saja tanya. Nak jadi materialistik kononnya. Tak ada topik dah nak cerita.

Lelaki tua itu mengerutkan dahinya. Lepas tu balik buat senyum miang. “I tak ada kereta BMW. Tapi I ada 2..” Matanya di kenyitnya. Tangan Opie di atas meja dia pegang lalu di usap lembut. Membuntang mata Opie. Gatal weih lelaki tua ni. Tiba-tiba datang dua wanita menyerbu lelaki tua itu.

“Kami baru pergi tandas tak sampai lima belas minit, you pergi menggatal dengan perempuan lain?” Seorang wanita memukul lelaki tua itu dengan handbagnya. Begitu juga dengan sorang lagi wanita tadi. Habis mengerang kesakitan lelaki tua itu. Tangan Opie dilepaskan.

“Oh mentang-mentang dah ada dua bini, nak tambah sorang lagi? Eh mentang-mentang kau lelaki boleh tambah 2 lagi bini, kau nak menggatal lagi? Mati kau!” Eh rupa-rupanya yang memukul lelaki tua tu bini-bininya. Ya Allah ini bukan 2 biji kereta BMW, tapi 2 tempat kosong untuk dijadikan bini adalah. Naya je aku jadi bini ketiga dia. Opie segera meninggalkan meja itu. Segera dia keluar dari restoran itu dan menghubungi Nawa. Memang nak kena budak ni! Ucapan salam daripada Nawa tidak di sambut.

“Weih Nawa! Apa blind date kau atur ni? Dengan orang tua? Tak nak lah aku jadi bini ketiga dia weih!!!”

“Hahahahaha! Weih sorry Opie. Aku tahu kau salah meja kan? Aku lupa nak bagitau kau tadi. Sebenarnya meja kau nombor dua dari belakang bukan dari depan. Sorry babe. Tak sengaja.” balas si pemanggil dari corong telefon.

Muka Opie dah nak meletup menahan marah. Sabar Opie. “Kau memang nak kena…” belum sempat lagi Opie habis cakap terdengar suara perempuan dari telefon itu tapi yang pasti itu bukan suara Nawa. “Harap maaf. Kredit anda tidak mencukupi. Sila tambah jumlah untuk membuat panggilan seterusnya.” Waaaahh talian terputus sebab habis kredit! Bengang tahap cipan Opie. Apalah nasib dia. Macam tak nak teruskan je blind date ini tapi kesian pula orang yang tunggu dia kat dalam tu. Opie masuk ke dalam restoran itu. Matanya meliar ke meja nombor dua dari belakang. ‘Mungkin mamat tu kot?’ desis hati Opie.

Dia menuju ke meja mamat yang dia maksudkan sambil-sambil itu Opie memandang meja orang tua gatal tu. ‘Amboi.. tadi gaduh. Sekarang dah berbaik pula bini-bini dia.’

Bini-bini orang tua itu tajam memerhatikan Opie yang lalu dari meja itu. Macam nak makan orang je. Lantas Opie pandang ke hadapan, tak nak jadi mangsa tarik-tarik rambut nanti di restoran ni dengan bini-bini orang tua krepot nak mampos tu.

“May I have a sit?” tanya Opie kepada lelaki itu. Harap-harap tak salah orang lepas ni. Lelaki tadi yang ralit bermain dengan telefon pintar nya segera memandang Opie. Terkaku Opie memandang mamat di depannya. Hensem siot!

“Are you my blind date couple?” tanya si lelaki. Opie mengangguk sambil menghadiahkan senyuman. Lelaki tadi terus sambung bermain dengan telefon pintarnya. ‘Tak nak tarikkan kerusi aku ke?’ tanya Opie dalam hati. Tak gentelman langsung. Lelaki itu memandangnya pelik.

“Duduklah.” pelawa lelaki itu. Opie menarik muka masam, dia menarik kerusi itu dan duduk. “So what’s your name? I’m sorry, I didn’t ask your friend earlier. I really forgot.” tanya lelaki itu. Opie tersenyum manis. Atur plan baik-baik. Hidungnya di kembangkan lalu dia tersenyum sambil nampak gigi. Terkejut lelaki itu dengan gigi rongak Opie.

“Hahahahaha!” entah apa biolnya Opie ketawa dengan kuat. Bagai pontianak saja bunyinya. Saja supaya lelaki depan dia ni reject dia. Tak sukalah blind date!

“So your name is Hahahahaha?” bendul juga mamat ni. “Awak ni kelakar kan? Tak sangka kawan saya pandai pilih blind date couple untuk saya.” sambil ketawa, air liur Opie tempias dekat muka lelaki itu. Pantas lelaki itu lap mukanya. Memang gila budak dekat depan dia ni.

Opie mengibas-ngibas tangannya. “Hey you tak rasa panas ke?” tanya Opie.

Lelaki itu menggeleng. Takut kot dengan Opie. Pengotor!

“I rasa panas sangat. Aircond tak buka ke? Waiter buka aircond!!!” jerit Opie kepada waiter di restoran itu. Cardigan yang dipakai Opie buka. Opie mengangkat kedua-dua tangannya lalu di tiupnya. Lelaki itu sudah memandang geli. Perempuan ke ni? Bulu ketiak dia punya lebat macam lelaki. Dah berapa tahun tak cukur?

“Waiter!” Opie melambai tangannya dekat pelayan restoran. Lembab betul! Aku nak pesan menu ni. Pelanggan di restoran itu buat muka hairan dengan Opie apabila Opie melambai. Terkejut mereka dengan bulu ketiak Opie yang lebat.

Couple blind date Opie tundukkan muka. Sungguh dia malu dengan gelagat Opie. Sempat lagi dia terdengar bisikan nyonya yang duduk di meja belakang mereka.

“Tak sangka ada juga orang nak bergirlfriendkan perempuan tu? Eee bulu ketiak dia panjanglah.” cakap nyonya tu kepada kawannya.

“Yes miss?” Pelayan itu memberikan menu kepada mereka.

“You nak makan apa?” tanya Opie sambil membelek menu.

“Just give me a glass of plain water. I’m not hungry. How about you?” tanya lelaki itu kembali.

“I nak beef lasagna satu and meetball spaghetti. Oh yeah, ice cream vanilla campur ice cream strawberri and coklat. On the top letak chocolate rice dengan pisang. Lepas tu french fries. A slice of pavlova and cheese cake. Minum pula bagi I two glasses of orange juice. Thank you.” pesanan Opie. Bukan sahaja lelaki itu terkejut dengan pesanan bagai nak rak Opie malah pelayan itupun turut terngaga. ‘Badan kecik tapi selera besar.’ kata lelaki itu dalam hati.

Pelayan itu segera berlalu dengan menu di tangannya selepas mencatat pesanan mereka.

“Where are we?” Opie membuka mulut. Lelak tadi melekapkan telefon pintarnya ke telinga. “Oh yes! Yeah I’m sorry. Just wait, half an hour I’ll be there. Ok bye.” ada pemanggil rupanya. Tapi tak ada pula telefon dia berbunyi tadi.

Opie memandang wajah lelaki itu. Nak bagi signal muka ‘kenapa?’.

“My friend. Dia suruh I datang ke rumah dia. Urgent. I think I should go now. I’m sorry.” Lelaki tadi berdiri dari kerusinya. Lantas ingin berlalu keluar dari restoran itu.

Opie ditinggalkan terpinga-pinga.

“Habis siapa nak bayar makanan aku semua?” tanya Opie sendiri. Menyesal order banyak-banyak tadi. Tak apalah janji plannya berjaya. Blind date kali ini gagal!

Opie tersenyum senang. Lantas dia meninggalkan restoran itu. Orang sekeliling hanya menjadi pemerhati sebab bulu ketiaknya memang nampak sangat. Opie memang sengal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience