Bab 2

Romance Completed 11065

Bab 2

Mira dan Nawa mengelap muka mereka yang terkena air Milo di muka mereka. Memang sah budak ni nak kena masak jadi sate. “Tak senonohlah kau ni Opie!” marah Mira. Sekali lagi buku lali Opie ditendangnya. Opie mengerang kesakitan. “Weih sorrylah. Tak sengaja.” Opie tersengih.

“Nak kena sampuk budak ni! Kau jangan nak cancel blind date ni. Mamat ni kaw-kaw punya orang. Ada kereta BMW dua biji!” Nawa ni kan suka sangat memaksa. Ini bukan kali pertama blind datenya dengan orang berada tapi ada sahaja plan Opie kerjakan dengan mereka semasa blind date tu. Opie ni bukan tak ada rupa, cantik orangnya. Putih, tinggi tak berapa nak lampai, mukapun iras macam muka artis arab. Tapi satu je, dia ni sengal! Tak padan dengan muka. Sampai ke blind date dia bawa perangai sengalnya. Tu lah tak ada lelaki lekat dekat dia. Tapi Opie ni masih nak hidup bujang, tak nak lah ada boyfriend. Boring!

Opie mengembang kempiskan hidungnya. Wargh menyampah!

“Kau jangan nak buat muka menyampah! Malam ni pukul 8 malam dekat Restoran La’Vida. Meja kedua dari depan. Jangan nak mengada cancel!” Nawa beri peringatan lalu dia berdiri dari kerusi dan terus ke tandas. Nak bersihkan mukanya.

Mira pula pergi ke tingkat atas rumah sewa mereka. Tinggal lah Opie sorang-sorang sambil hidungnya masih di kembang kempiskan. “Aku tak nakk!!!” jerit Opie. Stress tau tak? Orang masih nak hidup single.

Selepas solat Maghrib, Opie sudah bersiap. Gaun paras lutut tanpa lengan di pakainya. Rambut pendek paras bahu di lepasnya. Make-up pun ala kadar saja. Bukan nak pergi manapun. Tidak dilupa juga, rambut palsu yang di potong kecik-kecik olehnya di letak gam lalu di lekat di ketiaknya. Nak buat macam bulu ketiak lelaki. Hehehe itulah Opie, minah sengal. Kalau dia kata dia tak suka, mesti ada je kerja sengal dia buat. Selepas itu dia memakai cardigan untuk safety. Harap-harap bulu ketiak ni membantu akulah. Gigi taringnya di hitamkan agar nampak macam rongak tetapi hakikatnya tidak.

Segera dia turun ke ruang tamu. Dia memerhatikan gelagat Nawa dan Mira tengah menonton tv. “Aku pergi dulu.” Kunci skuternya di capai.

“Okey good luck!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience