Bab 5

Romance Completed 11065

Bab 5

Udang? Check. Ikan? Check? Sayur, telur, maggi, sabun pencuci? Hmm check. Semua dah beli. Apa lagi belum beli? Hehehe bikini aku. Opie menolak trolinya ke depan menuju ke pakaian peribadi wanita.

Prang pung pang! Bunyi troli berlanggar harap maklum.

“Oh mak guard! Troli siapa lagi aku langgar ni?” Opie pandang muka orang yang melanggar trolinya tadi. Eh macam kenal jew. Macam tak kenal jew.

Lelaki tadi memandang muka Opie. “Cik Bulu Ketiak?” tanya lelaki itu. ‘Gasak je lah, bukan aku tau nama dia pun.’ desis hati lelaki itu.

Kurang asam jawa punya lelaki. Kau panggil aku bulu ketiak?

“Tak ingat saya ke? Baru je jumpa semalam takkan tak ingat? I’m your blind date couple. Ingat?” lelaki itu tersenyum. Ya Allah mamat tu! Aku tak nak jumpa dia. Dah lah panggil aku bulu ketiak, aku tahulah bulu ketiak aku semalam tu tebal. Tak macam kau.

Cepat-cepat Opie mengalihkan troli pergi ke pakaian peribadi wanita. Harap-harap mamat tu tak ikut aku. Opie berhenti menapak. Tangannya ligat memegang ‘adik kecik’ dan ‘kakak kecik’.

“Amboi.. pilih cantik-cantik ya. Beli banyak-banyak tu. Nanti saya belanja.” suara siapa tu? Lelaki tadi muncul di sebelah Opie. Memang nak kena penyepak mamat ni. Suka buat aku terkejut. Apa aku nak panggil dia? Mamat troli lah dulu sebab aku tak tahu nama dia. ‘Adik kecik’ dan ‘kakak kecik’ di masukkan ke dalam troli.

“Kau kenapa? Kau nak apa sebenarnya?” bengang betul Opie dengan mamat troli ni.

“Betul ke awak tak kenal saya, cik bulu ketiak?” tanya mamat troli. Mamat ni memang tak boleh tak panggil aku cik bulu ketiak. Memang sah-sah nak makan penyepak aku. Biar hilang terus kepala dia. jadi penanggal lah kau!

“Tak! Aku tak kenal kau. Pergi blah. Aku nak ke kaunter.” Opie mahu menolak trolinya tapi segera di tahan oleh mamat troli.

“Awak kenal saya ke tak?” tanya mamat troli tu. Masih tak putus asa.

“Aku tak kenal kau lah. Nak saya jerit?” ugut Opie.

“Jeritlah.” cabar mamat troli. Opie pantang dicabar, dia menjerit di tengah-tengah Tesco tu.

“Tolong! Mamat ni cuba rogol saya dalam Tesco!” jerit Opie. Ada konon orang merogol dalam pasar raya. Tak logik betul Opie ni. Orang ramai pandang Opie dan mamat troli. Pantas mamat troli tu menekup mulut Opie. “Diamlah!”

“Kenapa ni, dik?” tanya pak cik sekuriti Tesco.

“Tak ada, pak cik. Ini bini saya histeria ni. Dia kata tempat ni banyak mambang jadi sekarang saya nak ubat dia lah ni. Kena rasuk oleh mambang pokok. Bismillahirahmanirahim! Keluar kau setan dari badan bini aku!” kepala Opie di goyang-goyangkan oleh mamat troli tu.

“Arghhhh!” jerit Opie kesakitan.

“Hah tu setan dengan mambang pokok yang menjerit. Dorang masuk dalam badan bini saya.” mamat troli tu tersengih ataupun nama sebenarnya Kayrul Iszwan! Pak cik sekuriti tu menggeleng-geleng lalu berlalu pergi. Opie menendang kaki Kayrul.

“Weih mamat troli! Apa setan-setan? Kau je lah yang setan tu. Kenapa kau cakap aku kena histeria oleh mambang pokok?”

Kayrul mengerang kesakitan. Muka hensem macam aku ni dia panggil mamat troli.

“Dah awak menjerit macam orang kena histeria, tu lah saya cakap macam tu.” selamba badak je Kayrul jawab. Opie mengembang kempiskan hidungnya tanda menyampah. Dia terus menolak trolinya ke kaunter. Kayrul pun ikut sekali.

Opie letak semua barang-barang yang dia beli dekat kaunter. Satu-satu barang-barangnya di scan oleh pekerja yang menjaga kaunter tu.

“Semuanya RM 124.65.” kata kakak yang jaga kaunter tu. Opie mengira duitnya dalam dompet. Belum sempat dia nak keluarkan duit..

“Terima kasih, cik. Datang lagi.” kakak kaunter tu bagi senyuman manis dekat Opie. Opie pula buat muka pelik.

“Saya belum bayar lagilah, kak.”

“Bukan cik yang bayar tapi kawan cik dah tolong bayarkan dekat depan tu.” kakak kaunter tu tunjuk Kayrul yang mengangkat plastik-plastik yang di beli oleh Opie.

“Jomlah. Saya tolong bawakan semuanya.” belum sempat Opie nak tahan Kayrul, mamat tu sudah pantas lalu dekat parking lot.

“Mana kereta awak?” tanya Kayrul pada Opie. “Tak payah. Kau duk je diam-diam dekat situ.” Pantas di rampasnya beg-beg plastik itu dari tangan Kayrul.

“Tapi saya..”

Opie terus menyembur spray serbuk lada di mata Kayrul.

“Arghhh!” jerit Kayrul kesakitan. Pedas mata!

“Padan muka kau! Ikutlah aku lagi. Bukan je spray serbuk lada aku kenakan mata kau, sekali dengan mata kau sekali aku cucuk. Biar buta jadi Kassim Selamat.” Opie terus simpan beg-beg plastiknya di boot kereta dan terus meluncur keluar. Di tinggalkan Kayrul sendiri.

“Encik okey ke?” tanya pak cik sekuriti tiba-tiba.

“Okey.”

“Ni hah.. bini cik tertinggal barang dia tadi masa dekat kaunter.” pak cik sekuriti tu bagi plastik itu dengan Kayrul. Ehh ini kan ‘adik kecik’ dan ‘kakak kecik’ dia? Lupalah tu.

“Hmm iya. Bini saya lupalah tu. Terima kasih pak cik.”

“Okey..” pak cik sekuriti tu terus berlalu pergi. Kuwan tengok dalam beg plastik yang berisi pakaian peribadi wanita milik Opie. Terus dia tersenyum gatal. Boleh tahan juga warna dan coraknya ni, mengancam jiwa lelaki nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience