Bab 15

Romance Completed 11065

Bab 15

“Sebulan sebelum blind date kita, saya sudah balik ke Malaysia dan terus dapat tawaran kerja dekat satu syarikat sebagai engineer. Pada malam sebelum blind date kita lagi, saya pergi ke KL untuk jumpa Nawa, Nawa dah aturkan semuanya blind date saya dengan awak. Dan pada malam blind date tu saya minta maaf sebab tinggalkan awak, malam tu saya jumpa dengan Nawa nak bincang pasal kita.”

“Pasal kita?” tanya Opie lagi. Memang sepakat betul dua beradik ni. Nawa dalam diam-diam mengatur strategi.

“Ya. Malam tu juga saya telefon mak awak yang saya nak pinang awak.”

“Macam tu sekali? Awak tak kenal saya kan?”

“Bagi saya biarlah cinta lepas nikah, kenal awak lepas kita nikah. Lagi afdal. Saya memang kenal awak dari fac dan dari Nawa. Nawa sudah ceritakan semunya pasal awak.”

Aku terdiam. Memang gila lelaki depan aku ni, bapak segala stalker!

“Saya, Kayrul Iszwan bin Mohamad merupakan abang kepada Nawa Aqeela binti Mohamad merangkap sahabat baik Rokiah binti Abdul Jalil. Saya cintakan awak. Saya kenal awak sebelum awak kenal saya.”

“Awak percaya dekat saya? Awak tak takut ke saya jahat?”

“Saya percaya dekat awak. Awak kawan baik adik saya. Kita kenal lepas nikah. Semuanya sudah dirancang dari awal. Sebelum saya buat keputusan untuk meminang awak, saya yakin awak jodoh isthikarah saya…”

Aku terdiam. Tak tahu mahu cakap apa lagi. Sikit aku tanya, berderet mamat depan aku ni bagi jawapan.

Kayrul bangun dari tempat duduknya lalu ke almari dan mengambil sekotak hadiah. Kemudian dia mengambil tempat duduk di sebelahku.

“Awak buka ni..”

Aku menggoncang-goncang kotak hadiah itu.

“Macam takde isi je dalam dia.” tanganku terus menggoncang kotak itu.

“Janganlah goncang. Awak buka je.” perlahan-lahan aku membuka kotak itu. Dan betapa terkejutnya aku..

“Ini bikini apa ni?” tanyaku bendul. Kayrul di sebelah sudah tersenyum miang.

“Bukan ke ini bikini awak yang tertinggal dekat Tesco hari tu? Takkan tak ingat?”

OMG! Macam mana ada dekat dia ni? Woi malu siot malu! Mamat troli ni tak sah kalau tak malukan aku.

“Saya nak awak pakai malam ni..” membuntang mataku. Woi ini dah melebih!!

“Mamat troli!”

“Ye cik bulu ketiak?”

“Jangan panggil saya nama tu!”

Kayrul ketawa. “Saya boleh berhenti panggil awak cik bulu ketiak kalau awak panggil saya dengan panggilan abang.”

“Abang? Awak ni kan! Mengada je lah.” Aku merengus kasar. Memang mamat ni suka cari pasal dengan aku.

“Sekali lagi sayang panggil abang ni ‘awak’ atau ‘mamat troli’ tau lah nasib sayang nanti.” Dia mengugut!

“Awak ni kan…!!” Cuppppp! Satu kucupan dari Kayrul di bibir Opie.

“Abang dah bagi warning kan. Sayang tak nak dengar.” Kayrul ketawa geli hati setelah melihat muka Opie yang pucat lesi.

Opie terdiam. Kaku.

“I love you. Let this night will be ours.” bisik Kayrul di telinga Opie perlahan.

Opie memandang Kayrul. Tiba-tiba idea nakalnya muncul.

“Tonight will be ours, ye abang? If yes mari follow sayang kejap.” Opie menarik tangan Kayrul.

“Nak pergi mana? Semua orang dah tidurlah sayang.”

“Haip! Malam ni kan malam kita, jomlah!” mereka keluar dari bilik pengantin dan segera ke dapur. Memang tiada orang dah ni. Semua dah tidur.

“Kenapa ni?” tanya Kayrul pelik setelah melihat Opie mengambil pinggan dan periuk yang belum di basuh.

“Kita basuh pinggan ni. Tonight will be special for us. Jom temankan Opie cuci semua ni.”

“What? Are you kidding, sayang? Tunggulah esok dorang cuci.”

Tangan Opie mula mencuci periuk yang kotor.

“Dorang tu penat dah untuk majlis kita. Kita ni takde buat apa-apa, apa salahnya kita tolong dorang.”

“Tapi..”

“No but! Cepat tolong cuci. Kata sayangkan Opie. Ini baru first day kita bergelar suami isteri tau tak.” Opie menarik tangan Kayrul untuk turut membantunya mencuci periuk. Kayrul dengan malas membantu Opie.

Mata Opie ligat memerhatikan Kayrul mencuci periuk.

“I love you to the moon and back.” Opie mencium pipi Kayrul. Memang dia tak sangka mamat troli ni jadi suami dia. Mamat stalker! Mamat annoying! Mamat power rangers kuning! Yang penting Kayrul berjaya mencuri hatinya walaupun dia sendiri tak mengaku sebelum ni. Harap-harap jodoh kita sampai ke jannah walaupun kita tak kenal terlalu lama. Kayrul Iszwan a.k.a mamat troli, I love you bebeh! Hahaha.

THE END!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience