Bab 7

Romance Completed 11065

Bab 7

Petang itu, Opie ingin pulang ke rumah setelah selesai bekerja seharian. Kejap lagi Boboiboy nak main, tu yang dia tergesa-gesa nak pulang.

“Skuter jauh pula aku parking!” Opie mengeluh. Kesal sangat parking jauh-jauh padahal skuter ni bukannya susah nak cari parking. Bukan macam kereta.

Semasa dalam perjalanan, dia ternampak dua orang wanita tengah bertarik-tarik rambut. Hmm gaduh pula. Tak apalah, aku jadi orang tengah.

“Malam ni turn aku! Esok baru turn kau!” kata mak cik yang umurnya dah nak masuk 50 tahun tapi agresif.

“Hello.. I isteri muda! Patutnya I yang dating dengan abang Zack.” kata wanita yang umurnya muda, kira-kira nak masuk 30 tahun.

“Kenapa ni tarik-tarik rambut? Public mu. Malu lah.” Opie menjadi orang tengah. Tak nak lah pergaduhan ni berlarutan.

Mak cik tua tu memandang muka Opie, tajam. Macam singa nampak mangsa je. “Kau siapa?”

“Aku siapa? Aku oranglah.” jawab Opie selamba.

“Aku rasa aku macam kenal kaulah. Ohh kaulah betina yang menggatal dekat laki aku dekat restoran La’Vida tu kan? Baru berapa minit aku dengan madu aku ke tandas, kau pula nak menggatal.” perempuan tua itu menarik rambut Opie. Opie menjerit kesakitan.

“Siapa ni, kak Ros?” tanya madunya.

“Ni hah perempuan yang menggatal dengan abang Zack malam tu.” terang kak Ros. Jasmine a.k.a madu kak Ros pun dah buat muka singa. Oh jadi lelaki tua yang gatal nak mampos tu nama dia abang Zack? Puih berlagak muda!

“Kaulah ni kan..” Jasminepun tarik rambut Opie. Mulalah adegan tarik-menarik rambut. Woi aku innocent!

Opie mula memasang kuda-kudanya. matilah korang mak cik mak cik.

“Berhentilah tu!” muncul pula mamat troli nak jadi hero sebenar. Entah macam mana munculnya. Spontan mereka bertiga berhenti tarik rambut.

“Apa mak cik-macik ni nak buat dengan dia?” Kayrul menarik Opie untuk dekat dengan dia.

“You pula siapa?” tanya Jasmine.

“She’s my sweetheart. Don’t you ever hurt her or you’ll regret.”

“Sweetheart? Dia menggatal dengan laki kita orang tu apa?” ejek kak Ros.

“Shut up mak cik tua krepot! You better leave this place or I will call security.” ugut Kayrul.

“Tak takutlah!” kata kak Ros. Pantas dia dengan madunya tinggalkan tempat itu. Kata tak takut? Hmm..

“Kau ni kenapa?” Opie buat muka bengang. Mana aku ada, situ kau nak sibuk.

“Kasarnya. Tak nak kata thank you ke, cik bulu ketiak?”

“Stop calling me cik bulu ketiak! Aku ada namalah.” marah Opie.

“So what’s your name?”

“Kenapa kau nak tahu juga?”

“Kau nak aku panggil lagi cik bulu ketiak atau nama singkatan? Cik BK a.k.a cik bulu ketiak? Nak?”

Opie mengembang kempiskan hidungnya. aku benci lelaki dekat depan dia ni.

“Okey. I’ll tell my name. Lepas aku bagitau, kau lari dari hidup aku. Promise?”

“Okay..” tu je Kayrul balas.

“Nama aku…nama aku..” tergagap Opie.

“Siapa nama awak? Janganlah gagap.”

“Nama aku Rokiah Abdul Jalil.” cepat-cepat Opie bagitau. Mamat troli tu ketawa besar lepas dengar nama sebenar Opie. Hah inilah aku malas nak bagitau dengan orang nama aku, mesti dorang gelak. Ingat nama aku ni nama badut ke nak gelak?

“Apasal gelak?” marah Opie.

“Nama awak! Bapak gila klasik.” masih ketawa.

“Ni aku bengang ni!” Opie meneruskan perjalanannya namun dihalang oleh Kayrul.

“Okey fine. Saya tak gelak. Apa tak nak tahu ke nama saya?”

“Apa nama kau?”

“Nama saya…”

“Lalalalalala!! Lololololo! Hei hei hei hei aku tak percaya cinta!!” Opie buat suara annoying. Aku tak nak tahulah nama kau. Nyahlah kau dari hidup ku! Terus dia ingin melintas jalan namun tanpa Opie sedar, muncul kereta dengan kelajuan yang sangat laju di jalan itu.

“Cik BK hati-hati!” jerit Kayrul. Lantas Opie di peluk ke dakapannya.

“Kalau melintas tu berhati-hatilah!” marah pemandu kereta itu terus jalan.

Opie masih di dalam dakapan Kayrul. Kayrul memandang Opie. Pucat muka Opie masa itu. Hampir lagi nyawanya terbang melayang akibat kecuaiannya tadi.

“Are you okey?” tanya Kayrul.

Diam.

“Awak terkejut ni. Marilah saya hantar awak balik ke rumah.” Kayrul terus membawa Opie ke keretanya. Opie hanya menurut, mungkin masih terkejut. Trauma beb, nyaris nak mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience