Bab 10

Romance Completed 11065

Bab 10

Di kampung…

Pagi itu Opie membantu ibunya di dapur. Potong kacang panjang kecik-kecik untuk dimasak sayur campur. Nasi lemak pula mak yang masak. Baru je semalam Opie sampai ke kampung, itupun tengah malam. Katanya banyak kerja dekat pejabat, itulah baru malam. Opie teringatkan perbualannya dengan mamat troli tu seminggu yang lepas.

“Siapa nama awak? Janganlah gagap.”

“Nama aku Rokiah Abdul Jalil.”

“Nama awak! Bapak gila klasik.”

Aduh, apasal aku teringatkan pula mamat troli tu! Kau dah nak kahwin, Rokiah Abdul Jalil. Kau jangan ingat pula mamat troli tu. Esok kau nak bertunang dah. Lepas ni kena banyak-banyak makan semut supaya aku dapat lupakan mamat troli tu.

Kenapa nama aku Rokiah eh? Pelik pula. Klassik gila. Baik aku tanya mak.

“Mak, kenapa nama Opie Rokiah?”

Mak yang tengah masak sambal nasi lemak terus memandang hairan dekat Opie. “Kenapa tanya?”

“Saja nak tahu.”

“Nama Rokiah itu arwah nenek kau yang bagi. Katanya membawa tuah kalau dia yang bagi nama dekat cucu-cucu dia.” jawab mak. Oh ya aku baru ingat. Kalau dulu masa zaman sekolah, asal aku bagitau nama aku dengan orang mesti dorang akan ketawa. Entah apa lawak sangat nama aku tu. Dorang kata macam nama mak cik mak cik, sampai tingkatan 5 dia dipanggil Mak Kiah. Sengal punya kawan!

“Mak ada bagi nama kat Opie ke sebelum nenek yang namakan Opie?”

“Ada.” jawab mak.

“Apa mak?” Waahh aku nak juga tahu. Kalau nama yang mak aku bagi tu cantik, boleh aku tukar nama. Tak payah lagi panggil aku Rokiah. Hehehe boleh ke tukar nama? Mengarut je kau ni Opie.

“Kuntum Keembung.” rilek je mak jawab. Aku yang bersemangat nak dengar nama mak aku bagi terus nak gelak. Kuntum Keembung? Rasa macam nak kembung perut aku dengar. Control Opie, jangan gelak. Kalau begitu baik lagi nama aku Rokiah. Tapi satu lagi aku musykil.

“Kalau nama Opie ini Rokiah, kenapa mak panggil saya dengan panggilan Opie? Opie dengan Rokiah bunyinya jauh sangat.”

“Nak tahu?”

Opie mengangguk.

“Sebab kau lahir dekat office bapa kau. Opie dengan office kan hampir sama je bunyinya.”selamba saja mak jawab.

Opie? Office? Kreatif sangat mak aku ni. Apa yang aku ingat dulu masa zaman sekolah rendah aku, aku jadi bahan gelak oleh classmate aku bila mereka tahu aku lahir dekat Kiara Emas Holding, tempat bapa aku kerja. Pulang saja dari sekolah, aku terus menangis dan tanya dekat mak “Kenapa Opie lahir dekat office abah?”

Terus mak ceritakan dari A sampai Z. Masa tu abah sibuk sangat, banyak kerja. Biasalah kalau akhir tahun, banyak kena selesaikan. Jadi mak tak berani sorang-sorang dekat rumah sebab tunggu hari aku dilahirkan. Kan mak aku mengandungkan aku masa tu. Jadi entah mana silapnya abah syok sangat buat kerja, mak menjerit kesakitan. Air ketuban dah pecah. Abah pun paniklah, call ambulans tapi ambulans lambat sampai. Jadi terpaksalah abah jadi bidan malam tu. Dulu keluarga aku tinggal dekat KL, 3 tahun lepas baru pindah ke kampung sebab nenek dah sakit tenat. Lagipun abah dah pencen, aku dah kerja jadi aku duduk dekat KL je lah. Bila nenek dah meninggal, rumah dan semua harta diberi kepada abah. Itu yang abah tak nak tinggalkan rumah nenek sebab rumah ni banyak kenangan walaupun nampak usang. Sekarang dah cantik diubah suai. Kira modernlah juga dan yang paling penting ada Astro.

Selepas saja Opie memotong sayur kacang panjang terus dia keluar. Nak ambik angin sambil pusing-pusing kampung dengan basikal abah. Sebelum tu dia pakai tudung sebab mak dia pesan;

“Hah sebelum keluar tu pakai tudung. Kau tu nak jadi bini orang dah.”

Syok sangat kayuh basikal, di satu jalan tu ada banyak lembu-lembu tengah berpesta di tengah-tengah jalan raya. Opie menekan brek basikal tapi dia tidak dapat mengimbangkan badannya. Akhirnya jatuh dia dekat lumpur.

“Siot punya basikal! Habis badan aku ni kena lumpur.” marah Opie. Salah sendiri, nak salahkan basikal pula.

“Cik, boleh saya tolong?” muncul satu suara. Opie memandang wajah pemilik suara itu.

“Hish.. kau ni! Asal aku pergi mana-mana je mesti kau ada. Asal kau ada je mesti aku pergi mana-mana.” Opie buat ayat tiga sukunya.

Kayrul dah senyum nampak gigi. “Cantik awak bertudung.” Puji Kayrul.

“Diamlah kau.” Opie berdiri. Habislah baju kain kapas aku ni. Sudahlah baju kurung favourite aku.

“Kau buat apa kat sini? Ikut aku ke?”

“Perasannya saya ikut awak. Saya kebetulan je lalu dekat sini, tak sangka pula awak ada juga. Kita ni ada jodohkan. Hehehe.”

Opie buat muka menyampah. Perasan ada jodoh, aku sembur lagi spray serbuk lada dengan kau baru tau.

“Kau jangan perasanlah. Esok aku nak bertunang. Minggu depan nikah. Dah tepi.” Opie menolak tubuh Kayrul.

Kayrul terkejut. Nak kahwin? Biar betul bulu ketiak ni?

“Awak jangan tipulah.”

“Aku nak tipu buat apanya? Supaya kau jealous? Menyampahlah.” Opie membetulkan basikal abahnya yang jatuh.

Kayrul dah buat muka sedih. Melepaslah aku kali ni. Opie terus kayuh basikalnya, patah balik ke rumah. Ditinggalkan Kayrul sendiri. Lantaklah kau, mamat troli!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience