BAB 1

Other Completed 2518

Tersebutlah kisah akan terkenalnya di serata bandar akan kemunculan seorang gadis nan rupawan. Berpengenalankan nama Fuzira Azira. Gadis ini lebih mesra disapa Zira dikalangan kawan-kawannya. Memiliki kulit halus mulus, bibir merah bak delima dengan sinaran mata bulatnya, memang tak dinafikan kecantikan pemilik nama Zira ini persis dengan kejelitaan aktres Erra Fazira.

Sering kali juga orang tersalah anggap dirinya Erra Fazira, tapi dia menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia bukan Erra Fazira, bukan sepupu Erra Fazira, jauh sekali ada pertalian hatta bau-bau baccang dengan Erra Fazira.

Justeru ttidak hairanlah kalau ramai pemuda yang terkejar-kejar meminta perhatian Zira malah tak kurang juga yang gigih meminta nombor telefon Zira dengan harapan dapat berbicara sepatah dua, saling mencuba nasib ingin menjadi pendamping Zira.Kalau handsome Zira bagi. Kalau tidak, Zira tidak layan.

Zira anak kedua daripada dua orang adik beradik. Zira ada seorang abang. Abangnya mempunyai rupa wajah yang jambu dan handsome. Kalau dibandingkan dengan Syamsul Yusof atau Farid Kamil, abang Zira jauh lebih kacak.

Selain dianugerahkan wajah yang memang menjadi kegemaran kaum wanita, Abang Zira turut memandu kereta berjenama Nissan Skyline R34 juga menjadi kegemaran kaum wanita. Melengkapkan lagi pakej Abang Zira, beliau adalah salah seorang pengarah executive di sebuah syarikat pembinaan sahabat bapa Zira.

Bapa Zira bekerja sebagai Adun di sebuah kawasan pimpinan kerajaan dan dato’ adalah nama panggilan kebanggaan bapanya. Sebagai salah seorang orang politik dalam kerajaan, bapa Zira sangat kurang meluangkan masa untuk berada di rumah. Walaupun Zira sudah berumur dua puluh satu tahun, tetapi dia belum bekerja kerana bapanya masih menanggu makan minum dan segala perbelanjaan Zira.

Ibu Zira pula meninggal dunia ketika Zira berumur lima belas tahun. Ibu Zira meninggal kerana barah payudara. Selama beberapa tahun, ibu Zira menderita penyakit merbahaya tersebut.

Zira redha dengan pemergian ibunya kerana dia tidak sanggup lagi melihat penderitaan ibunya. Selain menderita barah, ibu Zira juga kurang kasih sayang dari seorang suami, mungkin akibat penyakit tersebut. Namun, dari segi perbelanjaan ayah Zira sentiasa menunaikan tanggungjawab itu.

Zira sangat menyayangi ibunya. Walaupun kurang kasih sayang dari ayahnya, ibu Zira menjalankan sepenuhnya tanggungjawabsebagai ibu dan isteri. Sungguhpun keluarga Zira sangat berada, namun ibunya tidak pernah mencari pembantu rumah.

Segala urusan rumahtangga diuruskan oleh ibunya. Walaupun ketika menderita penyakit tersebut sehinggalah dia tidak berdaya. Ibu Zira sangat menjaga tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang solehah. Ibu Zira tidak pernah tinggal solat sehingga akhir hayatnya.

Kali terakhir ibu Zira menunaikan solat, Ziralah yang membantu ibunya berwudhuk kerana ibunya tidak mampu lagi untuk bangun kerana kesakitan.

Pemergian ibunya sangat meninggalkan kesan dalam kehidupan Zira. Selepas ibunya pergi Zira cuma ditemani seorang pembantu rumah warganegara indonesia muda dan agak pemalas.

Namun, Zira tidak pernah pedulikan kemalasan pembantu rumah itu. Zira tidak pernah memarahi pembantu rumah tersebut. Segala tugas pembantu rumah tersebut Zira perlu arahkan dahulu, barulah tugasan akan selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience